SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Wanita dan Unsur


Salam and good day REaDers....


Hari ni aku nak share tentang personaliti wanita berdasarkan unsur....Terdapat 4 unsur utama iaitu, Tanah, Angin, Air dan Api...Unsur-unsur ini ditentukan oleh tarikh lahir atau zodiak setiap wanita...



WANITA TANAH




Taurus (21 Apr-20Mei)
Virgo (24Ogos-23 Sep)
Capricon (22 Dis-20 Jan)


*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semula jadi yang pendiam dan tenang.

*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.




WANITA ANGIN





Gemini (22 Mei-21 Jun)
Libra (24 Sep-23 Okt)
Aquarius (21 Jan-19 Feb)


*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semula jadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.




WANITA AIR




Cancer (22 Jun-23 Jul)
Scorpio (24 Okt-22 Nov)
Pisces (20 Feb-20 Mac)


*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati, mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yangg berada di sekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.




WANITA API




Aries (21 Mac-20 April)
Leo (24 Jul-23 Ogos)
Sagittarius (23 Nov-21 Dis)


*Dilahirkan sebagai pemimpin.

*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.

*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra menunjukkan sifat yg mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dgn lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas utk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.





I SAY


Sebagai wanita Api, aku nak  membuktikan kebenaran tentang wanita dan unsur ni...


*Dilahirkan sebagai pemimpin.
Erm I don't think so hough I won't deny that I'm kinda of bossy...hehe

 
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
 Aha memang tak dapat dinafikan...aku ni sangat degil....susah terima pendapat tapi sebenarnya aku mudah terpengaruh gak...I mean walaupun mulut cakap tak setuju, fikiran dan hati still consider pendapat tu...pelik sket kan perangai aku ni...


*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
OK yang ni aku sangat setuju...aku ni agak seimbang dari segi perangai positif dan negatif...


*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
Erm agak la....aku kadang2 mulut main lepas je...tapi ada masa aku lebih suka berdiam diri mungkin da makin tua ni makin matang la...da bleh menahan diri daripada mengeluarkan kata2 yang boleh menyakitkan hati orang...sebab aku tau sekali kata2 tu da menikam kalbu orang, susah nak erase balik...

 
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas utk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
 Erm no comment.... :p

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
Erm ye kot...walk away...that's what I do best...hehe


Well, tak tau la benda ni da terbukti saintifik ke tak...macam tak je....ada la kebetulan personaliti aku sama plak dengan ciri2 yang digambarkan oleh Wanita Api ni....suratan atau kebetulan...tak tau la...tapi bagi aku, personaliti manusia ni based on background, environment dan cara didikan...tak de kaitan dengan unsur pun kan...so benda ni dor fun je...ok till next time, adios bye bye bicycle... :)



I'll be better~sayonara


No comments: