SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Red (2010)


Salam and good day REaDers...

Hari ni nak share satu filem yang tajuknya sesuai dengan aku...RED...hehe



Red adalah filem aksi-komedi America yang diinspirasikan berdasarkan siri buku komik 3 isu dengan nama yang sama karya Warren Ellis and Cully Hamner, dan diterbitkan oleh DC Comics imprint Homage. Filem ini dibintangi oleh Bruce Willis, diarahkan oleh Robert Schwentke dan lakon layar oleh Jon Hoeber dan Erich Hoeber. Filem ini mula ditayangkan pada 15 Oktober 2010. Dalam versi filem, In the film version, tajuk filem, "Red", diambil dari stamp pada fail ejen Frank Moses (Bruce Willis), bermaksud "retired, extremely dangerous".




PELAKON DAN WATAK



Bruce Willis sebagai Frank Moses



Mary-Louise Parker sebagai Sarah Ross



Morgan Freeman sebagai Joe Matheson



Helen Mirren sebagai Victoria



John Malkovich sebagai Marvin Boggs



Karl Urban sebagai William Cooper



Lain-lain

Julian McMahon sebagai Vice President Robert Stanton
Ernest Borgnine sebagai Henry, The Records Keeper
Richard Dreyfuss sebagai Alexander DunningBrian Cox sebagai Ivan SimanovJames Remar sebagai Gabriel SingerRebecca Pidgeon sebagai Cynthia Wilkes
Sumber: wikipedia

Poster: impawards




AL-KISAH


Kisah bekas ejen CIA, Frank Moses yang telah bersara dan hidup bersendirian...dia selalu berkomunikasi dengan Sarah Ross, seorang pekerja di bahagian servis pelanggan di Kansas City...apabila Frank diserang di rumahnya, dia mengetahui yang ada orang yang menyiasat tentang dirinya dan menyedari yang Sarah berada di dalam bahaya. Dia segera ke Kansas City untuk melindungi Sarah...walaupun terpaksa menculik Sarah...Sarah cuba melepaskan diri namun setelah menyedari nyawanya dalam bahaya, dia terus mengikut Frank untuk mancari siapakah yang merancang serangan ke atas mereka...dengan bantuan bekas ejen2 CIA, Joe, Marvin, dan Victoria serta ejen rahsia Russia, Ivan, yang juga merupakan bekas kekasih Victoria, mereka berjaya menjejak Robert Stanton, naib presiden US yang pernah terlibat dalam pembunuhan di sebuah kampung pada tahun 1981 dan sekarang cuba menghapuskan saksi2 sebelum dia naik menjadi presiden...Joe yang sudah tua dan menghidap kanser akhirnya mati ditembak setelah mengorban diri menyamar sebagai Frank untuk menyelamatkan Frank dan Marvin...Frank dan rakan2nya turut mendapat halangan daripada William Cooper, seorang ejen CIA yang mendapat arahan daripada ketuanya, Cynthia untuk menjejaki Frank dengan alasan kemahiran yang dimiliki Frank sebagai bekas ejen CIA sangat berbahaya...namun, setelah mengetahui Cynthia bersubahat dengan Alexander Dunning yang merupakan dalang di sebalik semua serangan, malah turut memperalat Stanton, Cooper menembak Cynthia...Dunning mula mati ditembak oleh Marvin...Frank dan Sarah akhirnya bersama dan bekerja di bawah Ivan bersama Marvin sebagai balasan atas pertolongan Ivan...



ReD:

Citer ni sesuai untuk aku kan sebab tajuknya Red...hehehe...citer ni direkemenkan oleh Yana...dia kata best...so aku teruslah mencari dan mendownload citer ni menggunakan torrents...lama gak baru complete tapi kesabaran aku berbaloi...dapat gak tengok dan citer ni best la...unik sket...jarang nak tengok orang tua guna senapang...terutama perempuan...hehehe...untuk cerita ni aku bagi 3.5 daripada 5 bintang....ok till next time, adios bye bye bicycle... :)



I'll be better~sayonara

No comments: