SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Quick (2011)


Salam and good day REaDers...

Hari ni aku nak share satu filem yang baru je aku tonton...

Quick


Quick (Hangul: 퀵; RR: Qwik) merupakan sebuah filem aksi komedi kontemporari dari Korea Selatan pada tahun 2011. 

    Filem: Quick
    Nama lain: Qwik
    Hangul: 퀵
    Pengarah: Jo Bum-Gu
    Penolong Pengarah: Lee Seung-Joon
    Penulis: Park Soo-Jin
    Penerbit: Yoon Je-Kyun
    Lakon Layar: Kim Young-Ho
    Tayangan: 21 Julai 2011
    Jangka Masa: 115 minit
    Genre: Aksi
    Syarikat Produksi: JK Film, CJ Entertainment
    Pengedar: CJ Entertainment
    Bahasa: Korean
    Negara: Korea Selatan



PELAKON



    Lee Min-ki - Han Ki-su



Kang Ye-won - Chun-shim / Ah-rom
 

    
Kim In-kwon - Kim Myung-shik



Ko Chang-seok - Detective Seo



Lain-lain Pelakon

Yoon Je-moon - Jung In-hyuk
    Joo Jin-mo - Team leader Kim
    Ma Dong-seok - Kim Joo-chul
    Song Jae-ho - Kwak Han-soo
    Oh Jung-se - Park Dal-yong
    Kim Tae-woo - Junichi Watanabe
    Jeon Kuk-hwan - Masaaki Aikawa
    Choi Jae-sup - Manager

PLOT

SPOILER ALERT!!!


Ki-Soo (Lee Min-Ki), Myung-Sik (Kim In-Kwon) dan Ah-Rom (Gang Ye-Won) merupakan bekas anggota geng motosikal. Mereka selalu menunggang motosikal dengan sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.





Semasa hari kemerdekaan tahun 2004, mereka telah mengakibatkan kemalangan jalan raya yang besar.




Kini, Ki-Soo bekerja sebagai penghantar barang, Myung-Sik bekerja sebagai polis trafik dan Ah-Rom merupakan anggota kumpulan pop idol. 









Pada suatu hari, Ki-Soo diupah untuk menghantar Ah-Rom ke suaru acara konsert dengan segera. 



Ah-Rom memakai helmet Ki-Soo yang mengeluarkan bunyi yang aneh.  Ki-Soo dihubungi oleh seorang lelaki yang memberitahu bahawa terdapat bom dalam helmet tersebut yang akan meletup jika helmet ditanggalkan. 


 Ki-Soo diarahkan memakai seutas jam tangan yang akan menyebabkan helmet itu meletup jika berjauhan darinya.
 


Ki-Soo diarahkan untuk menghantar satu barang. Jika dia lewat menghantar, helmet itu akan meletup. Barangan yang perlu dihantar oleh Ki-Soo adalah bom yang akan meletup sebaik sahaja berada di tangan penerima. 



Ki-Soo dan Ah-Rom disyaki sebagai pengebom dan dijejaki oleh pihak polis. Mereka berusaha melarikan diri daripada polis sambil menjalankan arahan daripada pengebom sebenar.



 Pada masa yang sama, polis berusaha menyiasat tentang kes pengeboman yang berlaku dan akhirnya mendapati ianya didalangi oleh seseorang dan Ki-Soo dijadikan boneka sahaja.



Sumber: wiki
                      asianwiki



I SAY


Cerita ni aku tertarik nak cari dan tengok lepas tonton Fluttering India, dokumentari yang ada Minho daripada kumpulan SHINee...dia dan beberapa orang idol lagi ke India untuk buat liputan berita pasal penerimaan orang India terhadap kpop...lain kali aku cover pasal cerita tu ye...pendek cerita, di India, mereka ada jumpa seorang pengarah aksi Korea yang diupah oleh produksi India untuk satu filem bollywood...masa interview tu, dia ada la sebut beberapa filem yang dia terlibat untuk adegan aksi...antaranya cerita Quick ni la...  

Cerita ni mula2 macam tak best tapi lama2 tengok layan gak...movie Korea yang aku tengok kebanyakannya camtu la...pastu ada elemen kelakar plak tu....tak de la bosan sangat...lakonan para pelakon pun best dan berkesan...watak utamanya muka macho tapi suara kelakar bila dia marah...hehe


Cerita ni banyak sangat aksi....memang tahap profesional la punya aksi...bukan yang cikai2 tau...lebih kurang Fast and Furious je...huhu...tengok rating filem ni pun hebat...box office kot....fuh...bagi aku penulis cerita ni kreatif la...aksi campur kelakar campur romantika sikit2...sangat rekemen untuk ditonton...aku kasi 3.5/5 bintang...tak boleh bagi banyak sebab aku ni kedekut sket...lagipun takde pelakon feveret aku...hehe...till next time, adios bye bye bicycle... :)


I'll be better~sayonara


No comments: