SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Jenis Darah dan Personaliti


Salam and good day REaDers...

Hari ni aku nak share tentang jenis darah dan personaliti...

 Jenis darah selain boleh menjadi panduan untuk menentukan diet yang sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorg. Hasil kajian yang dilakukan di Jepun terhadap beberapa jenis darah, ada beberapa keperibadian tertentu yang dikatakan sesuai dengan jenis darah orang yang berkaitan. Anda boleh lihat sendiri apakah anda mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian dibawah ini:

KUMPULAN DARAH ‘O’


Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, orang dengan kumpulan
darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-setter, setia,
punya daya juang tinggi dan percaya diri yang kukuh. Kelemahan anda adalah mudah
cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.


KUMPULAN DARAH ‘A’


Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dengan baik dengan
orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak
boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’


Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan orang
lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan
fleksibel dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yang
anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yang boleh merugikan.



KUMPULAN DARAH ‘AB’


Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tempat
berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan untuk
menghibur orang lain secara semula jadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan
sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.




Honestly, aku tak tau jenis darah aku...so tak dapat nak komen sama ada tepat atau tidak...nampak gaya macam AB je...tapi tah la..nanti aku sahihkan bila ada buat ujian darah....huhu....tak tau la kajian ni betul ke tidak...just for fun la...ok till next time, adios bye bye bicycle... :)


I'll be better~sayonara


No comments: