SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

American Heist (2014)


Salam and good day REaDers...

Hari ni share pasal satu filem yang baru je aku tonton....

American Heist



American Heist merupakan filem aksi indie Amerika-Rusia pada tahun 2014 yang diarahkan oleh  Armenian Director Sarik Andreasyan, berdasarkan The Great St. Louis Bank Robbery yang diarahkan oleh Charles Guggenheim dan John Stix pada tahun 1959. Filem ini diterbitkan oleh Georgiy Malkov, Ghevond Andreassian, Tovey Christensen, Hayden Christensen dan Vladimir Polyakov.

Filem ini dibintangi oleh Hayden Christensen, Jordana Brewster, Adrien Brody dan Akon. Filem ini telah ditayangkan  pada 11 September 2014 di Toronto International Film Festival 2014 sebagai persembahan istimewa.



SINOPSIS


Spoiler Alert!!!

James (Hayden Christensen), seorang lelaki yang tidak memiliki apa-apa, terhutang budi pada abangnya, Frankie (Adrien Brody) selepas Frankie menanggung kesalahan jenayah yang mereka berdua lakukan. Sementara Frankie di dalam penjara, James cuba mengubah nasibnya. Dia berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai mekanik dan mempuntai teman wanita, Emily (Jordana Brewster). Selepas Frankie dibebaskan, dia didekati oleh dua lelaki yang mempunyai rancangan melakukan rompakan bank. Mereka memerlukan khidmat James dan mereka menggunakan Frankie sebagai umpan. Akibat desakan wang dan abangnya, James terlibat dalam rancangan itu. Tetapi, apabila dua rakan jenayahnya mengetahui Emily bekerja sebagai operator di balai polis, mereka memaksa James berpisah dengan Emily. Kebetulan, Emily dan James juga mempunyai masalah dalam hubungan mereka. Rancangan merompak bank itu dilaksanakan namun mereka polis tiba dan mengepung bank itu. Dua rakan jenayah mereka segera melarikan diri tetapi James dan Frankie terperangkap di dalam bank akibat Frankie terkena tembakan. Selepas meminta maaf pada James kerana merosakkan hidupnya, Frankie memukul James dan menyamarkan James sebagai mangsa rompakan. Dia menjadikan James sebagai tebusan namun dia ditembak oleh polis. James diselamatkan namun segera melarikan diri. 

Sumber: wiki

 

 

I SAY


Aku tak faham sangat cerita ni sebenarnya....lagi satu banyak sangat carutan...selang dua tiga perkataan mesti ada carutan...aduhai...sakit telinga ni....aku tak pasti sangat la apa motif cerita ni...sekadar nak meniru filem yang lepas ke? Nasib la Hayden tu hensem, layan gak la citer ni...tapi apa fungsi Emily tu? sekadar ada je la...sayang je Jordana Brewster tu mainkan watak yang tak penting sangat ni...ending cerita ni pun tergantung camtu je...bagi aku citer ni kurang best la...aku bagi 2 bintang je....banyak gak sebab ada citer lebih teruk daripada cerita ni yang pernah aku tengok...huhu..ok till next time, adios bye bye bicycle.... :)



I'll be better~sayonara


No comments: