SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

A-Z Make Up


Salam and good day REaDers...


Hari ni nak share all about make up from A to Z.....yang ni aku dapat dari satu majalah, lupa plak nama majalah dia...rasa artikel ni unik so nak share kat sini....

 

ALIS MATA 

 

 

Alis mata atau kening mempengaruhi karakter wajah seseorang.  Namun biarkan garisan asli dan rapikan bulu mata yang nampak terlalu tebal dan kusut.



 

BLUSH ON

 

 

Sapukan pemerah pipi pada bahagian tertinggi di tulang pipi saat kamu tersenyum.  Pilih pemerah pipi rona terang waktu siang dan rona gelap waktu malam.  Pemerah pipi jenis serbuk sesuai untuk kulit berminyak dan berpori-pori besar.  Pemerah pipi jenis krim untuk kulit kering dan pemerah pipi cair untuk kulit berminyak.



 

CONCEALER

 

 


Untuk sembunyikan kulit yang kurang mulus.  Sapu senipis mungkin di bahagian kulit yang berjerawat, berbintik dan berparut.



 

EYE SHADOW

 

 

Sapukan bedak sebelum pembayang mata supaya tahan lebih lama.  Guna berus yang sesuai supaya kemas dan rata.



 

FOUNDATION

 

 

Titiskan bedak asas di dahi, pipi, dagu, hidung dan leher.  Guna span untuk ratakan.  Tunggu 3-4 minit sebelum pakai bedak.



 

GLOWING GLITTER

 

 

Terdapat glitter pada lipstick dan pemerah pipi.  Kini, terdapat juga glitter untuk badan supaya nampak lebih glamor.



 

HIGHLIGHT

 

 

Berfungsi untuk menampakkan kelopak mata lebih besar dan luas.  Biasanya rona putih, silver dan krim dipakai sebagai highlight.



 

INK EYELINER

 

 

Liquid eyeliner hanya boleh dipakai di kelopak mata sahaja.  Buat garis nipis di bibir mata dengan penuh kesabaran dan pastikan ia kering sebelum membuka mata.



 

JERAWAT

 

 

Pastikan jerawat benar-benar sembuh dan kering sebelum merias wajah.  Jika jerawat pecah dan berair, keringkan dengan alat pengering rambut bersuhu rendah.  Samarkan dengan concealer dan bedak tabur berwarna lebih gelap daripada kulit wajah.



 

KEMAS 

 

 

Guna berus khas untuk merias wajah supaya lebih kemas.



 

LIPSTICK

 

 

Warna lipstick seakan-akan warna bibir memberi kesan neutral.  Warna pink, peach atau lip gloss terang membuatkan bibir nampak segar.  Warna agak gelap dan tua sesuai untuk acara malam.
 

 

MASKARA

 

 

Sapu perlahan supaya kemas.  Guna cotton bud untuk buang kesan gumpalan maskara sekitar bulu mata.



 

NUDE LOOK 

 

 


 

Teknik yang tidak berapa menonjol.  Nampak agak lembut dan semula jadi pada wajah.  Sesuai ke majlis semi formal.



 

OIL FREE

 

 

Produk kecantikan yang tidak mengandungi minyak sesuai untuk kulit berminyak.



 

PELEMBAP 

 

  

 

Perlu dipakai setiap hari kerana formulanya mengandungi anti oksida yang dapat melambatkan kesan penuaan pada kulit.



 

QUALITY MAKE-UP 

 

     

 

Pilih kosmetik yang benar-benar berkualiti dan sesuai dengan jenis kulit.



 

REMOVER

 

 

Guna kapas untuk membersihkan seluruh wajah secara merata.  Jangan terlalu kuat pada bahagian mata kerana bahagian ini lembut dan sensitif.



 

SHIMMER 

 

 

 

Hanya akan berkilau apabila di bawah cahaya matahari.



 

TABIR SURIA

 

 

Dikenali sebagai sun block.  Sapuan rata akan melindungi kulit daripada terbakar dan terhindar daripada penyakit kanser kulit.  Perlindungan lebih tahan lama jika SPFnya lebih besar.



 

UNDERTONE

 

 

Warna dasar kulit .  Warna kulit umumnya dinilai dari segi keturunan dan gen.  Sesuaikan jenis make-up dengan warna kulit.



 

VITILIGO

 

 

Kekurangan zat melanin (zat yang menentukan warna kulit asli) pada beberapa daerah di kulit.



 

WATER PROOF

 

 

Sesuai untuk yang mudah berpeluh.



 

X-TREME LOOK

 



 
Gaya make-up yang unik.



 

YELLOW BASED

 

 
 

Warna kuning boleh dijadikan penutup samar bagi kulit orang Asia yang umumnya berkulit cerah ataupun kuning.



 

ZON T

 

 
 

 Bahagian dahi, hidung dan dagu mempunyai minyak yang banyak berbanding bahagian lain.  Guna kertas serap minyak untuk menyamarkan kesan minyak pada wajah. 






 Masa kecik dulu aku pernah cakap yang aku takkan pakai make up...hihihi...masa kecik dulu perwatakan aku agak boyish sket sebab tu boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu...bila masuk maktab, kawan2 baik aku suka bermekap so terpengaruh la sikit2....tengah pakai make up aku slalu terpikir, make up ni macam seni gak la...warnakan muka kita mengikut kesesuaian, ton warna nak sekata, warna nak matching dengan baju, occasion dll....pastu kita akan apply dengan hati2 supaya kemas...sama la macam kita menghasilkan karya seni...so bermekap adalah salah satu seni gak ye...aku cikgu seni, FYI...hehe...ok till next time....adios bye bye bicyle



I'll be better~sayonara


No comments: