SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

The Ring (3 Versi)


Salam and good day REaDers...

Truth to be told...aku ni sangat2 penakut dan lemah semangat.....tapi tah nape la aku berminat nak tengok cerita seram ni....lebih kurang cam love-hate relationship...hari ni nak cerita pasal salah sebuah filem seram yang aku tonton...


Warning: Spoiler Alert!

The Ring ni adalah sebuah filem seram daripada Jepun asalnya...namun ada versi Amerika dan Korea Selatan....

First aku tengok adalah versi Amerika....aku tengok masa aku belajar di maktab dulu....tengok pun secara tak sengaja...masa tu aku dengan kawan2 tak bleh tido so kitorang lepak bilik tv dan ada cerita ni...so layanlah...


The Ring merupakan filem seram Amerika pada tahun 2002 American yang diarahkan oleh Gore Verbinski dan dibintangi oleh Naomi Watts. Filem ini dibuat berdasarkan filem seram Jepun pada tahun 1998, Ring, berdasarkan novel Ring oleh Kôji Suzuki (yang turut bertindak sebagai oenulis bersama untuk versi Jepun dan Amerika).

Katie Embry (Amber Tamblyn) dan rakannya, Becca (Rachael Bella) berada di rumah Becca di Washington. Becca bercerita tentang pita video yang dikatakan berhantu. Sesiapa yang menonton video tersebut akan menerima panggilan telefon misteri dan akhirnya mati selepas 7 hari. Katie menyatakan bahawa dia telah menonton video tersebut seminggu yang lepas. Kemudian, telefon tiba-tiba berdering, mengejutkan mereka berdua. Namun, mereka berasa lega kerana Ibu Katie yang menelefon. Selepas bercakap dengan ibunya, Katie kembali ke tingkat atas dan melihat imej perigi di skrin TV dan menjerit. Katie mati kerana serangan jantung.

Rachel Keller (Naomi Watts) adalah seorang wartawan yang tinggal di Seattle. Ketika dia pergi mengambil anaknya, Aidan (David Dorfman) di sekolah, guru Aidan memberitahu bahawa Aidan asyik melukis gambar menyeramkan yang menggambarkan kematian misteri sepupunya, Katie. Mereka kemudiannya menghadiri pengkebumian Katie di mana Rachel mendapat tahu daripada kakanya, Ruth, ibu kepada Katie, bagaimana dia menjumpai mayat Katie yang dalam keadaan mukanya menunjukkan ketakutan yang teramat sangat dan meminta Rachel untuk menyiasat misteri kematian Katie. Rachel mendapati kawa-kawan Katie yang menonton video bersama Katie telah mati pada malam dan waktu yang sama dengan Katie. Dia juga turut mendapati bahawa saatu-satunya saksi kematian Katie adalah, Becca, yang kini berada di hospital psikiatri. Rachel kemudian pergi ke bilik Katie, di mana dia menjumpai buku skrap Katie dengan gambar yang menunjukkan muka telah ditoreh. Rachel menjumpai resit kedai gambar dan pulang ke rumah.


Keesokan harinya, Rachel pergi ke kedai gambar dan mendapati gambar-gambar Katie dan kawan-kawannya yang terbaru semua telah kabur muka mereka. Penyiasatan Rachel membawanya ke sebuah kabin, tempat Katie dan kawan-kawannya menginap seminggu yang lepas dan menonton video tersebut. Rachel menjumpai video itu dan menontonnya, yang mana dipenuhi imej-imej rawak yang pelik dan menyeramkan termasuklah imej sebuah perigi. Tiba-tiba telefon berdering, dan dia mendengar suara kanak-kanak menyebut "tujuh hari." Keesokan harinya, Rachel menghubungi Noah (Martin Henderson), bekas teman lelakinya, untuk menunjukkan video itu dan meminta bantuannya. Noah meminta Rachel membuat salinan video itu untuknya.

Selepas menonton pita video itu, Rachel mula mengalami mimpi yang menakutkan, hidung berdarah, and kejadian-kejadian aneh. Dia menonton video itu lagi berulang kali dan tiba-tiba seekor lalat daripada video itu terbang keluar daripada skrin. Rachel melawat Becca di hospital psikiatri dan wbila Rachel bertanya tentang apa yang berlaku, Becca menjawab "Dia akan tunjukkan" dan mengingatkan Rachel bahawa dia hanya mempunyai masa 4 hari saja lagi. Rachel menyiasat video itu lagi dan menjumpai sebuah ladang kuda milik Anna Morgan dan suaminya Richard dan juga anak angkat mereka yang sakit dan pelik, Samara. Kuda-kuda di ladang mereka tiba-tiba menjadi gila dan berlari ke dalam laut dan mati lemas, yang mana menyebabkan Anna, pencinta kuda, menjadi tertekan dan membunuh diri. Rachel kemudian mendapati anaknya menonton video tersebut. Bila video tersebut tamat, mereka ternampak satu tangan mencapai keluar daripada perigi di dalam video. Berasa panik, Rachel menelefon Noah, yang akhirnya mendedahkan bahawa Noah adalah bapa Aidan.


Rachel pergi ke rumah Morgan dan menjumpai Richard, yang enggan bercakap tentang video tersebut mahupun tentang anaknya. Seorang doktor tempatan memberitahu Rachel bahawa Anna tidak dapat mengandung dan mengambil anak angkat bernama Samara (Daveigh Chase). Dr. Grasnik (Jane Alexander) menceritakan tentang Anna yang mengadu bahawa dia mendapat visi-visi pelik yang hanya berlaku apabila berdekatan dengan Samara, jadi mereka berdua dihantar ke hospital psikiatri. Noah pergi ke hospital psikiatri dan menjumpai fail Anna. Dia mendapat tahu bahawa terdapat video tentang Samara tetapi pita video tersebut telah hilang. Rachel menyelinap masuk ke rumah Morgan dan menjumpai sebuah kotak yang mengandungi pita video yang telah hilang itu. Dia menontonnya tetapi dijumpai oleh Richard, yang memberitahunya bahawa dia dan anak lelakinya akan mati, dan tiada apa yang dapat mereka lakukan. Dia membunuh diri di hadapan Rachel menggunakan kabel elektrik di dalam tab mandi.

Rachel dan Noah pergi ke bangsal di ladang, dan menjumpai loteng tinggi di mana Samara diletakkan oleh ayahnya. Terdapat imej pokok berdekatan kabin di dinding dalam keadaan terbakar. Mereka kembali ke kabin tersebut dan mendapati ia dibina di atas perigi. Rachel secara tidak sengaja terjatuh ke dalam perigi tersebut dan menjumpai mayat Samara, yang timbul daripada dasar perigi k permukaan air. Racehl tiba-tiba mendapat visi yang mana mendedahkan Anna melemaskan Samara menggunakan beg plastik adan menolaknya ke dalam perigi. Bagaimanapun, Samara tidak mati dan hidup di dalam perigi selama 7 hari. Noah memberitahu Rachel bahawa waktu kematiannya telah berlalu, membuatkan rachel percaya bahawa membebaskan Samara daripada perigi itu menamatkan sumpahannya.

Apabila Rachel memberitahu Aidan bahawa mereka tidak lagi akan diganggu oleh Samara, dia tiba-tiba ketakutan dan memberitahu ibunya bahawa Samara "tidak pernah tidur" dan mereka tidak sepatutnya menolong Samara, dan tiba-tiba hidung Aidan berdarah. Rachel menyedari bahawa Noah akan menjadi mangsa seterusnya dan segera ke rumah Noah. Pada masa yang sama, TV di rumah Noah terpasang dan mucul imej Samara dengan rambut hitam panjang menutupi mukanya merangkak keluar dari skrin. Noah mati ketakutan ketika dia bertentang mata dengan Samara. Rachel mendapati mayat Noah dan mendapati mukanya yang ketakutan sama seperti Katie. Rachel pulang ke rumah dan membakar pita video yang asal. Dia teringat tentang video Samara di hospital psikiatri dan menyedari bahawa Samara benar-benar jahat. Rachel berasa pelik kenapa dia tidak mati sperti mangsa yang lain, dan teringat bahawa dia ada membuat salinan video itu. Dia menyedari bahawa satu-satunya cara untuk menyelamatkan Aidan adalah dengan Aidan membuat salinan video itu dan menunjukkan pada orang lain, dengan itu, siri kematian akan berterusan seperti yang diinginkan oleh Samara.


Sumber: wiki

Versi Jepun plak aku tengok baru2 ni la....sebabnya masa bulan puasa yang lepas aku rajin plak tengok cerita seram masa waktu rehat di sekolah aku...yela, hari biasa kan waktu mkan, so bulan puasa tak de buat apa, aku pn layan la cerita2 sram...lagipun setan kan da kena ikat, kurang sket rasa takut...tapi still aku sikit rasa takut so aku tengok je la sambil silent laptop...lagipun tak de la kaco rakan sekerja yang lain...hihihi...kawan2 sekerja aku pun pelik tengok habit aku...siap kata blan puasa ni aku tema halloween....hehe...then jadi addict plak nak tengok cerita seram so aku masih mendownload dan menonton...tapi screen kecik dan volume pun minima la...




 Ring (リング Ringu) adalah filem Jepun misteri pada tahun 1998 yang diarahkan oleh Hideo Nakata, diadaptasi daripada novel Ring oleh Kôji Suzuki, berdasarkan cerita rakyat Jepun Banchō Sarayashiki. Filem ini dibintangi oleh Nanako Matsushima, Hiroyuki Sanada, dan Rikiya Ōtaka . Filem ini mengisahkan tentang seorang wartawan TV yang juga merupakan ibu tunggal, Reiko yang terlibat dalam siri kematian yang disebabkan oleh pita video.

Dua remaja, Masami (Hitomi Satō) dan Tomoko (Yūko Takeuchi), bercerita tentaang pita video yang dirakankan oleh seorang lelaki di Izu yang dikatakan berhantu dan akan menyebabkan penonton video mati selepas 7 hari. Tomoko menyatakan bahawa seminggu yang lepas, dia dan 3 rakannya telah menonton video yang pelik dan menerima panggilan selepas menonton. Tomoko telah mati dibunuh oleh sumber yang tidak diketahui dan Masami mengalamai trauma akibat kejadian itu.

Beberapa hari kemudian, Reiko Asakawa (Nanako Matsushima), seorang wartawan, menyiasat video berhantu yang popular itu, mendapati bahawa anak saudaranya, Tomoko, dan 3 rakannya, mati secara misteri pada waktu yang sama, malam yang sama, dengan muka mereka menggambarkan ketakutan yang teramat sangat. Dia juga mendapati Masami menjadi tidak siuman dan berada di hospital psikiatri. Selepas menjumpai gambar-gambar percutian Tomoko, Reiko mendapati bahawa keempat-empat remaja itu menyewa sebuah kabin di Izu.


Reiko pergi ke Izu dan tiba di kabin, di mana dia menjumpai pita video tanpa label di bilik resepsi tempat remaja-remaja tersebut menginap. Reiko menonton video tersebut dan melihat imej-imej pelik yang tidak berkaitan antara satu sama lain. Selepas video itu taamat, Reiko melihat bayang misteri di tv dan menerima panggilan telefon, yang mana satu suara menyebut "tujuh hari".

Reiko mendapatkan bantuan daripada bekas suaminya, Ryūji Takayama (Hiroyuki Sanada). Dia mengambil gambar Reiko dan mendapati wajahnya telah kabur di dalam gambat tersebut. Ryūji kemudiannya menonton video tersebut walaupun dibantah oleh Reiko. Sehari kemudian, Reiko membuat salinan video untuk Ryūji yang ingin membuat kajian. Mereka mendapati msej rahsia daripada video tersebut "frolic in brine, goblins be thine". Mesej itu berupa dialek daripada Pulau Ōshim di Izu. Pada malam itu, Reiko mendapati anak lelakinya Yoichi menonton video tersebut; menyatakan bahawa Tomoko menyuruhnya menonton. Reiko dan Ryūji pergi ke Ōshima dan mendapati kisah seorang wanita yang mempunyai kiasa psikik, Shizuko Yamamura, didakwa memalsukan kuasanya itu, dan akhirnya dia membunuh diri.


Dengan hanya tinggal sehari lagi sebelum masa kematian Reiko, Reiko and Ryūji mendapati pita video tersebut dihasilkan secara luar biasa oleh anak Shizuko yang telah hilang, Sadako Yamamura, yang mempunyai kuasa luar biasa lebih hebat daripada ibunya. Mereka berdua kemudian pergi ke Izu dengan menganggap Sadako telah mati dan rohnya yang menyimpan dendam (Onryō) membunuh remaja-remaja tersebut. Mereka menjumpai sebuah perigi di bawah kabin dan melalui visi yang didapati oleh Reiko, mereka mngetahui bahawa Sadako telah dibunuh oleh ayahnya. Mereka cuba mencari mayat Sadako dengan harapan melemahkan rohnya. Beberapa minit sebelum masa kematian Reiko, Reiko menjumpai mayat Sadako dan mereka berdua percaya bahawa sumpahan Sadako telah terhapus.

Keesokan harinya, Ryūji berada di rumah dan tiba-tiba TV terpasang sendiri, menunjukkan imej perigi. Hantu Sadako merangkak keluar daripada perigi,keluar melalui TV Ryūji, memberi ketakutan yang termata sangat kepadanya dan akhirnya dia mati akibat jantung terhenti. Sebelum mati, sempat menelefon Reiko; yang mendengar saat-saat akhir Ryūji dan mengetahui bahawa sumpahan pita video itu belum berakhir. Dalam usaha menyelamatkan anaknya, Reiko menyedari bahawa dia terselamat daripada sumpahan kerana dia telah membuat salinan video dan menunjukkan pada orang lainr. Dengan VCR dan salinan video Ryūji, Reiko bersama anaknya pergi ke rumah ayahnya, menyedari bahawa perkara itu tidak akan berakhir. Video itu mesti sentiasa dibuat salinan dan ditunjukkan kepada orang lain.
 

Sumber: wiki


Masa cari cerita The Ring versi Jepun, aku terjumpa yang versi Korea Selatan...tajuknya The Ring Virus...so aku tengok la...ceritanya lebih kurang la...cuma ubah sikit2 je...



The Ring Virus (Hangul: 링; lit. "Ring") adalah filem seram Korea Selatan pada tahun 1999 yang diadaptasi daripada novel Jepun, Ring oleh Koji Suzuki. Projek kerjasama antara Jepun dan Korea, versi ini terdapat Park Eun-Suh sebagai pembuat pita video berhantu. Walaupun pembuat filem mengatakan bahawa filem ini diadaptasi daripada novel, terdapat banyak adegan di dalam filem ini yang seakan-akan filem Jepun, Ring yang diterbitkan pada tahun 1998, seperti jantina watak utama, beberapa adegan dalam pita video, dan adegan-adegan lain yang sama seperti filem yang asal.

Berikutan kematian kawan-kawannya, seorang wartawan, Hong Sun-Joo menemui satu pita video yang mengandungi imej-imej yang pelik. Di akhir video, dia menjumpai sumpahan yang menyatakan bahawa penonton video itu akan mati pada waktu yang sama selepas seminggu jika tidak melakukan tugasan tertentu. Bagaimanapun, adegan berikutnya yang sepatutnya menerangkan tugasan yang perlu dilakukan telah dipadam. Sun-Joo dan seorang doktor bernama Choi-Yul meemulakan perjalanan untuk menghentikaan sumpahan yang telah terkena pada mereka. Mereka mendapati bahawa pita video itu telah dibuat oleh seorang psikik bernama Park Eun-Suh. Eun-Suh merupakan anak luar nikah seorang piskik wanita dan dilahirkan hermaphrodite (khunsa). Dia mempunyai hubungan dengan abang tirinya dan pernah bekerja seketika di kelab malam. Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa untuk melindungi dirinya yang mana seorang lelaki telah mati akibat mengetahui rahsianya. Pita video itu merupakan medium yang Eun-Suh gunakan untuk mendedahkan dirinya kepada masyarakat. Pendedahan awalnya kepada media merupakan pengalaman pahit baginya, yang mana menyebabkannya mengasingkan diri daripada masyarakat. Apabila dia semakin sukar untuk keluar bercampur dengan masyarakat, dia menwujudkan sesuatu yang seakan virus supaya menular dalam masyarakat.

Sumber: wiki


I SAY

Okay, aku dah menonton ketiga-tiga versi dan bagi aku yang versi Amerika paling best....sebabnya ceritanya lebih logik dan mudah difahami. Versi Jepun tu menarik gak cuma susah nak faham sikit la....macam watak bekas suami dia tu ada sixth sense, aku rasa macam tak perlu je sebenarnya...makin merumitkan cerita je....asal usul Sadako pun tak jelas....betul ke dia anak profesor tu....versi Amerika pun asal susul Samara lagi berbelit....sebab dia anak angkat kan...so identiti dia lagi la tak diketahui....yang versi Korea bagi aku lagilah tak best...lakonan pelakonnya pun hambar je...terutama watak utama tu....watak anak dalam versi Jepun dan Korea macam tak penting sangat tapi dalam versi Amerika, si Aidan pun memainkan peranan gak...dia sedar sapa Samara tu...

Cerita The Ring ni sesuai untuk penakut cam aku ni sebab ceritanya tak de banyak babak mengejutkan...paling seram pun bab hantu tu keluar dari perigi dan skrin tv la (masa menaip ni pun seram sejuk je aku rasa...huhu)....

Sepanjang aku menonton cerita seram ni, apa yang aku belajar adalah, manusia ni terlibat dengan benda2 ni sebab sikap suka menyibuk...kalau si watak utama cerita ni tak menyibuk, mesti dia tak terlibat kan...walaupun kerjanya adalah wartawan yang memang suka menyibuk...huhu

So, kesimpulannya:

1. Curiousity could kill the cat...and busybody too!

2. Mind our own business!


Sinopsis di atas adalah diterjemahkan oleh aku sendiri so maafkan segala kesilapan menterjemah dan kekelakaran bahasa yang digunakan....adios, bye bye bicycle




I'll be better~sayonara


No comments: