SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Raya Pertama dan Kalori


Salam and good day REaDers....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tahun ni macam tahun2 lepas, raya aku tak berapa meriah....al maklumlah, keluarga kecil saja dan tak berapa akrab.....terutama baru2 ni ada masalah sikit dalam famili aku yang aku tak de mood nak bercerita ni...nantilah, hati da sejuk sket baru cerita...huhu

Aku ni sebenarnya tak berapa suka raya sebab hari raya ni akan mengingatkan aku segala yang aku missed out selama ni...jeles gak sebenarnya tengok2 famili2 lain yang meriah berhari raya....

 Raya ni yang aku suka pun makanannya lah...sebab hari2 biasa yang bukan hari raya, susah nak nak jumpa lemang, ketupat, rendang, nasi impit dan kuah kacang (my ultimate feveret)...tidak lupa juga kuih2 raya, tat nenas, shortbread cookies chocolate chips...only mentioned my feveret ye...hehe

Beraya tu beraya gak...kondisi badan jangan dilupai terutama kaum perempuan yang sangat menitikberatkan berat badan termasuklah aku ni...bulan puasa ni aku tidak berjaya menurunkan berat badan... lemak degil...nak jugak bermastautin dalam badan aku ni....maka, raya ni kena watch out la supaya tidak bertambah2 lemak lagi....aduhai, task yang paling sukar adalah menahan nafsu makan...huhu...lagipun aku dah nekad untuk kesekian kalinya untuk diet...hukhukhuk

Sebut pasal diet, aku nak share sikit pasal kalori ni....memandangkan aku tak ke mena raya pertama ni, aku luangkan sikit masa untuk research pasal kalori dan share kat sini untuk panduan bersama...

Kalori adalah sejenis unit tenaga. Perkataan ini berasal dari bahasa Perancis yang mengambil perkataan Latin calor (haba). Kalori telah digantikan dengan unit SI joule dalam kebanyakan bidang, namun ia masih selalu digunakan dalam konteks tenaga yang diperolehi daripada makanan.

Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan) lebih banyak daripada yang dibakar (tenaga yang digunakan), kalori tersebut akan bertukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan.

Kita perlu makan untuk mempunyai tenaga. Kumpulan makanan yang menyumbangkan tenaga kepada kita adalah karbohidrat dan protein (namun perlu diambil dalam kuantiti yang banyak). Contohnya, kita makan nasi (karbohidrat) pastu duduk berehat tengok tv, lepak2 je buat kerja ringan ke sampailah ke waktu makan seterusnya...maka kalori daripada nasi tu akan bertukar menjadi lemak. Berbanding dengan kita makan nasi, lepas dah cerna tu kita joging atau buat kerja2 berat,  badan kita akan menjana tenaga daripada karbohidrat (nasi) yang kita makan tadi, maka tenaga tu akan habis dan tiadalah lemak yang terbina. Lebih kurang camtu lah.

Mengenal pasti kalori yang diambil dan dibakar adalah contoh cara diet yang ada di antara pengamal diet amalkan. Tapi kena rajinlah...kena tau jumlah kalori bagi setiap hidangan yang diambil dan kenal pasti latihan2 yang boleh diamalkan untuk membakar kalori yang berlebihan.

Macam mana nak kira kalori? Kena tau jumlah kalori dulu. Macam mana nak tau?  Pada kebiasaannya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian
Maklumat Tentang Pemakanan.

Tetapi kiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi tersebut dengan nombor pekali tertentu yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh:

Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:

i. Karbohidrat –  53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.
ii. Protein – 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) =  64 Kalori

Justeru, untuk 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah 280.

OK, untuk tau kalori bagi makanan ruji di Malaysia ni, bleh rujuk website ni... celikvitamin

Untuk yang nak diet menggunakan kaedah kira kalori ni boleh rujuk website ni... kevinzahri

Thanks to Encik Kevin Zahri atas perkongsian kiraan kalori bagi makanan ruji hari raya....aku dapat gambar ni daripada kawan aku yang share daripada fesbuk Encik Kevin...





Sumber:

 wiki

celikvitamin

kevinzahri


Thanks pada tuan punya sumber....adios bye bye bicycle




I'll be better~sayonara


No comments: