SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Raya Kedua dan Tradisi


 Salam and good day REaDers...

Hari ni raya kedua dah...cepat betul masa berlalu....ni la yang aku takut bila hari raya...hari berlalu dengan cepat dan kena tunggu lagi setahun untuk the next hari raya....

OK, enough of the fearness...sekarang nak citer pasal my day...

Sejak tahun 2000, aku dan 2 orang kawan baik aku di sekolah memulakan tradisi raya kedua, di mana kami akan beraya bersama ke rumah masing2 dan kawan2 lain....anggota tetapnya aku dan dua orang tulah....tapi kekadang ada gak kawan lain yang ikut serta....

 Sedar tak sedar, dah bertahun2 kami meneruskan tradisi raya kedua tersebut dan masuk tahun ni adalah kali ke-15....sepatutnya lah..bukan senang tau nak keep up...ada je masalahnya, biasanya membabitkan keluargalah tapi kami akan cuba sedaya upaya untuk meneruskan juga...at least kami bertiga...

Tapi akhirnya tahun ni tradisi dipecahkan...seorang daripada kawan aku tu tak dapat join....hurmmm...kerisauan selama 15 tahun ini akhirnya menjadi realiti...memang tiap2 tahun aku risau je akan terjadinya sesuatu yang menyebabkan kami tak dapat raya bersama pada hari raya kedua...akhirnya tahun ni terjadi....lepas ni tak yah risau lagi...

Kami berdua yang tinggal ni campur sorang lagi kawan yang raya2 sebelum ni pun rajin join kitorang pun meneruskan raya cam biasa...cuma beberapa buah rumah je tapi at least beraya la gak kan...setahun kot tak jumpa...huhu...memang bermula tahun ni aku nak mengurangkan rumah untuk beraya...malas nak dengar soalan cepu cemas...

Kami berdua bercadang raya kedua tahun depan kami malas nak beraya dah...kami nak pergi buat benda lain, berkelah ke, berjalan2 ke, shopping ke...huhu

Well, aku malas nak salahkan sesiapa...cuma terkilan je....persahabatan tak boleh datang dari satu pihak je...dua2 pihak kena ambil bahagian....



Kami ni masing2 sengkek dulu, so tak de la kamera ke ape nak capture our moments....cuma terpahat di ingatan je...













OK, jumpa lagi tahun depan...tinggal dua orang ni nak tengok sape plak yang pecah tradisi lagi...huhu...adios bye bye bicycle


I'll be better~sayonara


No comments: