SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Jangan Tidur Dengan...


Salam and good day REaDers...

Hari ni nak share sedikit pengetahuan tentang larangan ketika tidur....artikel ni aku translate darripada artikel dalam bahasa Inggeris yang aku dah lupa dari mana sumbernya so kebenarannya tidak dapat dijamin pasti....tapi bolehla buat panduan sebab ada jugak kebenarannya...huhu...douzo


1. JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI JAM TANGAN

Jam tangan boleh menghasilkan radioaktif pada satu tahap.
Walaupun kecil, namun jika kita kerap memakai jam tangan semasa tidur untuk untuk tempoh yang lama, ianya akan mempengaruhi kesihatan kita.



2. JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI BRA

Ahli Sains di Amerika telah mendapati bahawa memakai bra lebih daripada 12 jam akan meningkatkan risiko kanser payudara.



3. JANGAN TIDUR DENGAN TELEFON BIMBIT

Meletakkan telefon bimbit di sebelah katil atau tempat yang berhampiran dengan kita semasa tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita yang menggunakan telefon bimbit sebagai jam loceng, tapi sila meletakkannya sejauh yang mungkin. Ahli Sains telah membuktikan bahawa bahan elektik yang terdapat dalam telefon bimbit dan televisyen menghasilkan gelombang magnetik ketika digunakan. Gelombang ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf kita. Maka, jika kita mahu meletakkan telefon bimbit berhampiran ketika tidur, pastikan ianya telah ditutup terlebih dahulu.



4. JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI SOLEKAN

Mereka yang tidur dengan memakai solekan akan menyebabkan masalah kulit untuk jangka masa yang lama. Tidur dengan solekan akan menyebabkan kulit kita sukar bernafas dan bermasalah untuk mengeluarkan peluh.
Kita juga akan memerlukan masa yang lebih lama untuk lena.


Akhir sekali.....

5. JANGAN TIDUR DENGAN SUAMI / ISTERI ORANG LAIN

Anda mungkin tidak akan bangun lagi....hihihi...adios bye bye bicycle



I'll be better~sayonara

No comments: