SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Guru Sekolah Rendah Berhari Raya


Salam and good day REaDers...
 

Selamat Hari Raya 2015


 Sempena raya tahun ni aku nak share my pengalaman yang boleh dijadikan tips sebagai guru sekolah rendah....



1. Nasihat, ingatan, amaran


Manusia ni khususnya budak2 sifatnya adalah leka, lalai, alpa dan pelupa...jadi, walaupun cliche, guru2 kena jugak sentiasa mengingatkan mereka untuk menjaga keselamatan diri semasa beraya....memang tiap2 tahun akan keluar ayat "jangan main mercun"...tapi tiap2 tahun gak mesti ada kes kecederaan akibat mercun kan...nak buat camne...kita ni hanya boleh bercakap je...mana plak nak pegi rumah tiap2 sorang2 untuk mengawal mereka untuk tidak bermain mercun kan...parents mereka sendiri susah nak kawal...huhu...tapi kita tetap ada tanggungjawab terhadap mereka untuk sentiasa memberi nasihat, peringatan mahupun amaran...huhu



2. Kerja rumah


Kalau beraya ni mesti cuti panjang sikit kan....boleh je nak bagi kerja rumah supaya dalam kegembiraan mereka masih ingat pelajaran...tapi janganlah bagi terlalu banyak...mereka pun nak beraya gak kan...tahun ni aku tak bagi kerja rumah pun sempena cuti raya ni...ada gak tanya deme nak kerja rumah tak dan majoriti sudi nak buat...tapi bila pikir balik, biarlah mereka nak beraya sakan tahun ni...~kalau minoriti je yang nak kerja rumah dan majoriti tak nak, konfem aku akan bagi untuk mengenakan mereka...hehe~



3. Kad raya


Bagi guru2 yang menerima kad raya...apa salahnya balas balik kan...aku ingat lagi masa aku sekolah menengah, tingakatan 3 kalau tak salah....aku bagi kad raya kat sorang guru yang aku suka sebab cikgu tu baik...lembut je...tak de marah2 (kontra dengan aku...huhu)...tak sangak beliau balas dan aku happy sangat...bayangkan, aku da skola menengah tu...apa plak perasaan budak2 innocent skola rendah ni? mestilah lagi happy kan...so beli jela kad raya yang 10 keping lebih kurang RM4 tu...empat kupang je sekeping kan...tulis2 sket, sign dan hantar... kalau non muslim yang bagi, tak yah la balas...buat apa ucap selamat hari raya kat dorang kan...so bagi la duit raya...tanda menghargai mereka yang menghargai kita....




4. Duit raya


Ha point ni yang penting sebab budak2 memang tunggu....letak seringgit je dalam sampul tu...memang la sikit tapi yang penting bagi kan...biar la kalau de budak cakap "ala singgit jek"...sebab yang cakap camtu sorang dua je...yang lain cukup bersyukur dan berterima kasih dapat duit raya tau...bagi la masa sebelum cuti tu lagi budak2 seronok...sebenarnya bagi duit raya bulan puasa ni lagi baik...pahala lebih....aku sebenarnya ingat nak bagi semua murid kat skola aku tu tapi bajet tak brape cukup so bagi kelas yang aku ajar je...3 kelas jugak tu....sampul raya? esti ada tau...da la bagi singgit, takkan nak bagi camtu je...karang deme peronyok2 je selit kat mana2 la...bagi dengan sampul baru rasa sikit aura hari raya...jangan risau, tak yah susah2 nak cari atau beli...sediakan kertas je...sebelum hari kejadian nak bagi tu, arrange masa suruh budak2 buat sampul sendiri, ala2 aktiviti salam bulan puasa....selalu buat kad raya kan? so kali ni modified sket buat sampul raya...



Ha...kan senang...tengok, untuk 3 kelas aku da cukup 3 set sampul...setiap kelas tu bagi kaler lain2 so senang la nak cam....oh yee, untuk budak yang tak datang masa buat sampul ni, bleh cari alternatif lain...iaitu buat la sendiri untuk dorang...lipat kertas, selotip dan tulis nama dorang je...done...hehe
 



Sesi mengedarkan duit raya...leceh sket sebab kena tengok nama sorang2 di sampul tu...well tak aci la plak kalau budak tu da decorate cantik2 tapi aku bagi random je kat orang lain...dia plak dapat sampul yg budak tu malas nak decorate...kosong je..tak fair la kan...



Well, ittu je yang mampu ku kongsikan...bleh la jadikan panduan untuk tahun depan untuk diri sendiri dan rakan2 lain yang rasa bende ni bleh diaplikasikan dalam kehidupan masing2....bye bye bicycle


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin




I'll be better~sayonara



2 comments:

Nurul K said...

Sape yang snap pic ni elly?

ReDiculousLy said...

my personal photographer la nurul k....next time jumpa i bgtau sape ye...haha