SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Dominan


Salam and good day REaDers...

Hari ni nak cerita pasal satu drama lama yang aku suka sangat jalan ceritanya...lakonan pelakon2 nya pun best...tajuknya adalah Dominan....


SINOPSIS

Dominan adalah sebuah drama / filem untuk televisyen yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1997. 



Ia diterbitkan oleh Kuasatek Pictures dan ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Mohd Nor Kadir dan diarahkan oleh Khir Mohd Nor. 





Drama ini menggandingkan dua pelakon handalan iaitu Sidi Oraza dan Azizah Mahzan.



Ia mengisahkan kehidupan Tan Sri Lokman Hakim (Sidi Oraza) yang hidup sebagai tokoh korporat yang tidak mendedahkan identiti dirinya. Sementara itu, di dunia yang sederhana, Lokman merahsiakan identiti dirinya sejak mula berkahwin dengan Suraya (Aziah Mahzan). Sepanjang perkahwinan itu juga dia menghadapi masalah apabila dirinya dilihat tidak dominan berbanding isterinya. Isterinya pula gemar memperkecilkan dirinya. Suatu hari anaknya Lynn (Intan Azura) mula berminat untuk mencari tokoh korporat Tan Sri Lokman mula mencari diri dan merahsiakan sesuatu daripada isteri dan anak-anaknya. Anak-anak dan isterinya mengesyaki Lokman mempunyai hubungan dengan Liza (Rina Khan).
Sumber: wiki



Terima kasih pada yang upload cerita ni di utube....da lama aku cari...nak tunggu ulang tayang kat tv tah bila tah....walaupun kat utubee ni kualiti kurang sket..almaklumlah cerita lama...dan audio pun tak synchronize dengan gerak bibir...tapi ok la...at least faham gak jalan ceritanya....


Selain jalan cerita best, aku juga minat pelakon utamanya, Sidi Oraza...lakonannya best terutama dalam cerita ni..relax dan bersahaja je...


http://www.reocities.com/malayfilms/pelakon/sidi_oraza1s.jpg
Gambar ni zaman lama punya, masa ni masih muda dan kacak...hehe


Latar belakang

Nama lahir:     Syed Osman Bin Syed Rastan
Juga dikenali sebagai:     Sidi Oraza
Kelahiran:     31 Oktober 1965 (49 tahun)
Berasal dari:     Pulau Pinang, Ayer Hitam, Malaysia
Tahun aktif:     1990-2000
Label:     Pelakon


Sidi Oraza atau nama sebenarnya Syed Osman Bin Syed Rastan dilahirkan pada 31 Oktober 1965 (49 tahun). Berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang, dia merupakan seorang pelakon Malaysia yang mencipta nama pada era 1990-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.

Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan. Kini beliau bergelar usahawan dan membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.


Filmografi

    Pelumba Malam (1989)
    Pening-pening Lalat (1990)
    Juara (1991)
    Suci Dalam Debu (1992)
    Konstable Mamat (1992)
    Anak Angkat (1993) Filem untuk televisyen
    Aku Anak Siapa (1994) Filem untuk televisyen
    Sayang Salmah (1995)
    Suratan Kasih (1996)
    Siapa Dia? (1996)
    Layar Lara (1997)
    Dominan (1997) Filem untuk televisyen
    Sebening Anugerah (1997) Filem untuk televisyen
    Metafizik (1998) Filem untuk televisyen
    Isketambola (1998) Filem untuk televisyen
    Najwa (2004) Filem untuk televisyen

Anugerah

    Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)
        FFM12: Hassan dalam Sayang Salmah
        FFM13: Malik dalam Layar Lara
    Pelakon Lelaki Terbaik TV
        Anugerah Skrin 1994: Drama "Anak Angkat"
    Pengarah Terbaik
        Anugerah Skrin 1999: Drama "Surah Terakhir"


Sumber: wiki


MAKSUD DOMINAN


Makna dominan ialah: 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb; 2. (Bio) berkenaan sifat yang lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi daripada salah satu induk (ibu bapa bagi manusia; 3. (Bio) berkenaan banyaknya spesies tertentu dalam sesuatu kawasan.

Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu


I SAY


Cerita ni bagi aku bersifat sarkastik...yang ditujukan khas untuk orang2 yang berjaya dan di atas yang sentiasa memandang rendah pada orang di bawah dan tak setaraf dengan mereka...contohnya watak Suraya dan anak lelakinya, Romi...malah mereka sanggup memandang rendah dan menghina Lokman yang merupakan suami dan bapa sendiri hanya kerana jawatan Lokman yang hanya pengurus syarikat dan gaji tak sampai RM6000....



Sedangkan Suraya memiliki sebuah syarikat yang diapungkan di bursa saham dan anak-anaknya pun memegang jawatan yang penting dalam syarikat tu...



tapi aku kagum sebab Lokman tu penyabar orangnya....senyap je...rajin baca novel Inggeris, kisah kehidupan orang2 yang berjaya, sambil baca minum kopi dan makan gula2....



yang aku lagi kagum, dia mengambil iktibar dan menjadikan cerita yang dibacanya sebagai inspirasi untuk menubuhkan syarikat sendiri....dia berani berhenti kerja walaupun jawatannya dah stabil dan akan dinaikkan pangkat lagi berdasarkan senioriti...



tapi dia sanggup bermula dari bawah, dengan syarikat kecil...



berkat kerajinan dan kebijaksanaannya dalam bidang hartanah,





dia membina empayar perniagaan dalam masa yang singkat, beberapa tahun je...



tapi kejayaannya tidak diketahui oleh ahli keluarganya...siap familinya nak berurus niaga dengan dia lagi...yang kelakar, bila dia mempermainkan saham syarikat isterinya tu...baru dia tau langit tinggi rendah...kalau kita rasa kita dah cukup hebat, ada lagi yang lebih hebat....

then aku kagum dengan anak perempuannya, Lynn yang sangat hormat pada bapanya...dia tau setinggi mana pun kedudukan seorang wanita tu, tempatnya tetap di bawah suami....tapi sebagai anak, dia tidak dapat melawan kata ibunya yang bersifat dominan...




adegan yang paling best masa familinya ingat dia ada hubungan dengan Liza, setiausaha Lokman (tapi familinya tak tau)...pada mulanya familinya ingat nak mempergunakan Liza untuk mendekati Tuan Lokman tapi tengok2 suami/bapa mereka yang macam ada hubungan dengan Liza...terus goyah...




siap nak rasuah Liza untuk jauhkan diri daripada Lokman...bak kata orang, dah nak kehilangan, baru tau kepentingannya....




then adegan yang paling best masa familinya konon2 dijemput ke rumah Tuan Lokman yang berada di sebuah pulau..nak pergi sana kena naik helikopter tau...



pastu si Lynn ternampak buku biografi Tuan Lokman, terkejut beruk mak dengan abangnya...





memang priceless muka Suraya masa Tuan Lokman tu muncul...hehe...tamat macam tu je...lagi best kalau tunjuk epilog, kan bagus...hihi




Sinopsis kat wiki tu cam tak lengkap dan lari sikit daripada cerita sebenar...sebab tu aku buat sinopsis lain....yang lebih lengkap berdasarkan pemahaman aku terhadap jalan cerita ni...memang best...bukan cerita kosong...ada pengajaran dan maksud tersirat...adios bye bye bicycle





I'll be better~sayonara


No comments: