SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Aktiviti PJ Tahun 1 di Bulan Ramadhan


Salam and good day REaDers.....

Selamat berpuasa yang terakhir bagi tahun ini....

Aku dah bercuti bermula semalam dan sementara nak tunggu beraya ni, aku ada masa terluang untuk update blog so here I am....

FYI, aku mengajar subjek Pendidikan jasmani (PJ) Tahun 1.... so aku nak share aktiviti2 yang aku jalankan sepanjang bulan puasa ni...

Well sebenarnya subjek PJ ni sepatutnya kena berjalan macam biasa tapi macam cruel la pulak kan nak buat aktiviti yang memenatkan di bulan puasa ni...kejam pada murid dan pada gurunya sekali...memang la orang kata jangan jadikan puasa ni sebagai alasan tapi kalau kita dah tau sesuatu tu akan memenatkan kita seterusnya mengurangkan pahala berpuasa kalau da terdampar keletihan (aku ni manusia biasa gak, tau istilah penat dan dehydrate)...malah menambahkan risiko tidak berpuasa dalam kalangan murid....nanti mereka jadikan penat sebab PJ sebagai alasan tak nak puasa...acaner tu? Kesian kat budak2 yang baru nak belajar puasa ni...dan kesian pada cikgunya juga...penat kot nak kontrol budak di padang...kita kena buat sekali apa yang kita ajar, bermula dari warming up sampailah cooling down...nak organize dan kawal disiplin lagi....habis kelas je mesti perit tekak tau....

So, apa salahnya kita modified aktiviti yang sesuai untuk bulan puasa ni kan...at least ada aktiviti...dan membuang persepsi PJ mesti di padang...

Aktiviti2 yang aku pilih ni berdasarkan Modul P&P PJ Tahun 1....antara tajuk yang ada dalam silibus PJ Tahun 1 adalah rekreasi...jadi boleh la kita jalankan aktiviti yang mengikut silibus dan tidak terlalu memenatkan di bulan puasa ni....

1. Reka cipta menggunakan blok

Murid membina objek menggunakan blok. Aktiviti ini akan membantu meningkatkan kemahiran motor dan kognitif. Selain itu, dapat memupuk kerjasama antara murid. Blok yang aku gunakan adalah set lego. Seti ni memang ada dalam almari belakang kelas. Aku pun tak tau asal usulnya so guna jela. Bagi sekolah yang tak ada set lego boleh guna blok lain yang ada.







2. Reka cipta menggunakan tanah liat (plastisin)

Murid mereka cipta objek menggunakan tanah liat atau plastisin. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran motor murid juga kognitif.. Lebih sesuai kalau beri mereka tema berbanding suruh mereka reka cipta secara bebas. Selain itu, pastikan aktiviti diadakan secara berkumpulan untuk memupuk semangat kerjasama antara merekaTanah liat atau plastisin boleh suruh murid bawa kalau tiada di sekolah. Macam aku, memang ada beli tahun lepas untuk panitia PJ.







3. Batu seremban

Murid bermain permainan tradisional, batu seremban. Aktiviti ini membantu meningkatkan kemahiran motor serta kordinasi mata dan tangan murid. Selain itu, murid dapat mengenali dan mempelajari permainan tradisi turun-temurun. Guru perlu meminta murid membawa sendiri batu. Macam aku suruh bawa 5 je. Sebab kalau guna 7 batu macam susah sikit jadi ajar mereka permulaan guna 5 batu je. Ajar teknik yang mudah je, macam main ketam ke, keretapi ke, then ajar seremban. Ajar juga teknik yang baisa, lambung,dan tangkap 2 batu yang biasa kita main tu. Tak semestinya murid terus dapat tapi at least mereka tau cara nak main. Minta mereka berlatih di rumah. Yang penting, mereka seronok main dengan kawan-kawan.






Untuk bagi murid lebih semangat, buat la pertandingan antara mereka...bagi ahdiah sticker je pun mereka akan happy....



OK, itu je antara aktiviti yang aku jalankan sepanjang bulan puasa tahun ni.....siapa2 yang tak de idea untuk subjek PJ masa bulan puasa boleh cuba cadangan aku ni tahun depan... :)


I'll be better~sayonara


No comments: