SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Jangan Tidur Dengan...


Salam and good day REaDers...

Hari ni nak share sedikit pengetahuan tentang larangan ketika tidur....artikel ni aku translate darripada artikel dalam bahasa Inggeris yang aku dah lupa dari mana sumbernya so kebenarannya tidak dapat dijamin pasti....tapi bolehla buat panduan sebab ada jugak kebenarannya...huhu...douzo


1. JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI JAM TANGAN

Jam tangan boleh menghasilkan radioaktif pada satu tahap.
Walaupun kecil, namun jika kita kerap memakai jam tangan semasa tidur untuk untuk tempoh yang lama, ianya akan mempengaruhi kesihatan kita.



2. JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI BRA

Ahli Sains di Amerika telah mendapati bahawa memakai bra lebih daripada 12 jam akan meningkatkan risiko kanser payudara.



3. JANGAN TIDUR DENGAN TELEFON BIMBIT

Meletakkan telefon bimbit di sebelah katil atau tempat yang berhampiran dengan kita semasa tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada di antara kita yang menggunakan telefon bimbit sebagai jam loceng, tapi sila meletakkannya sejauh yang mungkin. Ahli Sains telah membuktikan bahawa bahan elektik yang terdapat dalam telefon bimbit dan televisyen menghasilkan gelombang magnetik ketika digunakan. Gelombang ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf kita. Maka, jika kita mahu meletakkan telefon bimbit berhampiran ketika tidur, pastikan ianya telah ditutup terlebih dahulu.



4. JANGAN TIDUR DENGAN MEMAKAI SOLEKAN

Mereka yang tidur dengan memakai solekan akan menyebabkan masalah kulit untuk jangka masa yang lama. Tidur dengan solekan akan menyebabkan kulit kita sukar bernafas dan bermasalah untuk mengeluarkan peluh.
Kita juga akan memerlukan masa yang lebih lama untuk lena.


Akhir sekali.....

5. JANGAN TIDUR DENGAN SUAMI / ISTERI ORANG LAIN

Anda mungkin tidak akan bangun lagi....hihihi...adios bye bye bicycle



I'll be better~sayonara

Doa-doa Harian


Salam and good day REaDers....

Hari ni aku nak share doa2 harian...ada di antaranya yang kita amalkan, namun ada juga yang kita tak tau langsung nak baca kan....hehe...cakap berdasarkan pengalaman sebenarnya....insyaALLAH lepas ni bleh la diamalkan.....

Klik pada gambar untuk besarkan ye...



 Semoga bermanfaat untuk kita semua.... :)


 I'll be better~sayonara


Horoskop dan Perwatakan


Salam and good day REaDers...

Hari ni nak kongsi something yang aku baca daripada buku The Complete Fortune Teller oleh Marc Lemezma....




buku ni dah lama aku beli...tapi tak habis baca lagi...sebab dalam bahasa kedua...so tak fasih sangat dan masih merangkak2 untuk memahami isi kandungannya diampur dengan penyakit malas yang sering menyerang...huhu....

fyi, aku ni agak berminat benda2 fortune telling ni...bukan percaya sangat....aku tau la syirik dn khurafat...aku suka untuk suka2 je...rasa unik dan misteri sebab benda2 camni sejak berkurun lama kan...zaman konon2 de magik dulu....so aku mcm tertarik la camne la dorang guna nature untuk menilik nasib atau membaca perwatakan/personaliti seseorang....

 Banyak info berkaitan fortune telling dalam buku ni...ada macam2 cara dan kaedah....penulis buku ni memang sangat kinat bende2 camni...sebab tu dia kompilasikan segala research dan pengetahuannya dalam sebuah buku....

Aku nak share salah satu kaedah melihat perwatakan yang sangat femes..iaitu horoskop...selalu je jumpa bacaan horoskop dalam paper la, majalah la, internet la kan...orang yang baca tu bukan prcaya sangat pun sebab kadang2 bacaannya jauh panggang dari api...cuma kadang2 tu macam tepat pulak kan...tu yang de percaya sikit2 tu...tapi menurut penulis buku ni, bacaan horoskop secara komersil tu biasanya dorang ambik fakta yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia, bende2 common yang sering terjadi dalam hidup kita, sebab tu la kita rasa macam berkaitan je bende tu dengan kita kan....

OK, yang bawah ni adalah perwatakan daripada horoskop...douzo....



Aries

(21 Mac - 19 April)

berdikari * mudah terdorong  * kompetetif * sombong * dominan * tergopoh-gapah



Taurus

(20 April - 20 May)

boleh dipercayai * penyabar * berprinsip * tabah * sangat degil * mementingkan diri * posesif * cepat marah



Gemini

(21 May - 20 Jun)

ekspresif * kreatif * sentiasa ingin tahu * mudah bergaul * mudah risau * cenderung untuk mengkhianati * kurang fokus dan matlamat



Cancer

(21 Jun - 22 Julai)

kurang matang * sensitif * prihatin * sangat pemalas * sangat mementingkan diri



Leo

(23 Julai - 22 Ogos)

Kreatif * berpura-pura * suka berbangga



Virgo

(23 Ogos - 22 September)

mudah curiga * suka belajar * teliti * tinggi sifat ingin tahu * suka bertanya * kurang disukai 



Libra

(23 September - 22 Oktober)

seimbang + bersifat neutral * memahami * sukar membuat keputusan * hipokrit



Skorpio

(23 Oktober - 21 November)

cepat membuat keputusan * ibu bapa atau penjaga yang baik * mudah berubah emosi * agak kejam *pendendam



Sagitarius

(22 November - 21 Disember)

tenang * pemurah * suka berfikir * selalu rasa diri sendiri betul * agak berlagak * berterus-terang



Capricorn 

(22 Disember - 19 Januari)

bercita-cita tinggi - rajin * jujur * sombong * tidak mesra * tiada emosi 



Aquarius

(20 Januari - 18 Februari)

suka protes * berdikari * berfikiran bebas * suka sesuatu yang unik * suka memberi idea baru * tidak setia * sukar diramalkan



Pisces

(19 Februari - 20 Mac)

suka berangan-angan * artistik * sangat prihatin * mudah simpati * suka menolong * kadang-kadang menyusahkan




I SAY

Aku berbintang Aries... berdikari * mudah terdorong  

* kompetetif 
ada la jugak...tapi tak extreme la

* sombong 
erm ada la jugak...hehe

* dominan 
pun ada jugak sikit2

* tergopoh-gapah
lagi la ada...jenis tak penyabar...hehehehe



Well, sekadar suka2 je ye...tak yah percaya sangat...tak semua yang berhoroskop sama mempunyai perwatakan yang sama kan...dan ada gak perwatakan di horoskop lain yang sama dengan kita plak...hurm macam2...huhu...adios bye bye bicycle




 I'll be better~sayonara


Nota 1M1S



Salam and good day REaDers...

Tadi selak2 buku2 nota lama, terjumpa pulak this so-called nota back then 2011, masa kursus 1Murid 1Sukan (1M1S)...masa tu jumpa pulak2 kawan2 masa skola teknik dulu, yang posting satu daerah dengan aku...

FYI, aku ni memang malas sangat nak salin nota...tulisan pulak buruk.....kalau baca balik konfem tak faham....so lukis jela...untuk lebih faham...hihihihi


Bola Jaring


Main dalam gelanggang, ada 2 tiang dan jaring....tak boleh bergerak selangkah je tanpa letakkan kaki yang dah mendarat dulu...hadang penyerang tapi tak boleh sentuh atau halangan terlalu rapat...masukkan bola dalam jaring untuk dapatkan markah...



Bola Tampar


Main di gelanggang, ada jaringan penghadang...



Bola Baling


Satu pasukan 7 pemain dalam padang, seorang penjaga gol, ada pertahanan (wall) dan penyerang...



Bola Keranjang


Pemain kena kelecek bola guna satu tangan ye...bola tak boleh kena kaki...masukkan bola ke dalam jaring untuk dapatkan markah....



Badminton


Paling kurang 2 pemain, ada raket, bulu tangkis, gelanggang dan jaringan penghadang.



Yang kelakar, cheerleaders pun ada.....hihihi


Yang ni, maybe basic masa tournament kot...ada umpire (pengadil), cheerleaders (pasukan sorak) dan benchwarmers (pemain simpanan)....tah ape la aku pikir masa tu bleh pikir nak lukis bende2 ni kan...
 

Bila tengok balik bende bukan2 aku buat dulu memang rasa kelakar la...sampai sekarang pun aku masih perangai camtu sebenarnya...kalau pegi mesyuarat ke, taklimat ke, kursus ke, bukan salin nota pun...conteng2 je kat buku nota yang aku bawak tu yang kononnya nak salin nota...huhu..adios bye bye bicycle

I'll be better~sayonara

Papercut


 Salam and good day REaDers...

Hari ni aku cerita tentang salah satu lagu favourite aku yang dinyanyikan oleh salah satu band favourite aku iaitu Papercut by Linkin Park...










"Papercut" adalah sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan rock Amerika, Linkin Park. Lagu ini terdapat dalam album debut mereka, Hybrid Theory di track pertama. Lagu ini juga amerupakan single ketiga mereka daripada album tersebut. Single ini tidak pernah dikeluarkan secara rasmi di US. Lagu ini mencapai tempat ke-14 di UK Singles Chart pada tahun 2001 dan berada dalam carta selama 6 minggu. Papercut turut mencapai tempat ke-32 di Modern Rock Tracks Chart pada tahun 2002.

Penyanyi utama, Chester Bennington menyatakan bahawa "Papercut" merupakan salah satu lagu kegemarannya daripada lagu2 Linkin Park. Dalam persembahan live, baris "something in here's not right today" ditukarkan kepada "something inside's not right today". Selain itu, Bennington juga menjerit di bahagian setiap rangkap semasa persembahan. Lagu ini turut dimasukkan ke dalam  soundtrack filem The One pada tahun 2001.

Dalam album remix Linkin Park, Reanimation (2002), terdapat lagu ini dalam versi remix bertajuk "Ppr:Kut", oleh Cheapshot. Elemen daripada lagu ini digunakan di dalam lagu "Sold My Soul to Yo Mama", yang terdapat dalam Linkin Park Underground 4.0. Malah, mashup EP Collision Course (2004) mengandungi mix lagu ini dan lagu "Big Pimpin" oleh Jay-Z pada tahun 2005, lagu ini juga telah di 'mashed-up' dengan lagu "Like a Pimp (Remix)"  oleh David Banner.

Dalam single "Crawling", persembahan live lagu ini dijadikan sebagai b-side.

Pada tahun 2014, lagu ini dipotong menjadi pendek, verse kedua dan korus kedua telah dibuang. Sejak itu, mereka jarang menyanyikan versi yang asal secara live.




Why does it feel like night today?
Something in here's not right today.
Why am I so uptight today?
Paranoia's all I got left
I don't know what stressed me first
Or how the pressure was fed
But I know just what it feels like
To have a voice in the back of my head
Like a face that I hold inside
A face that awakes when I close my eyes
A face that watches every time I lie
A face that laughs every time I fall
(And watches everything)

So I know that when it's time to sink or swim
That the face inside is hearing me
Right beneath my skin

It's like I'm paranoid lookin' over my back
It's like a whirlwind inside of my head
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like the face inside is right beneath my skin

I know I've got a face in me
Points out all my mistakes to me
You've got a face on the inside too
Your paranoia's probably worse
I don't know what set me off first
But I know what I can't stand
Everybody acts like the fact of the matter is
I can't add up to what you can but

Everybody has a face that they hold inside
A face that awakes when I close my eyes
A face that watches every time they lie
A face that laughs every time they fall
(And watches everything)

So you know that when it's time to sink or swim
That the face inside is watching you too
Right inside your skin

[x2]
It's like I'm paranoid lookin' over my back
It's like a whirlwind inside of my head
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like the face inside is right beneath my skin

The face inside is right beneath your skin [x3]

The sun goes down
I feel the light betray me
The sun goes down
I feel the light betray me

The sun
I feel the light betray me
The sun
I feel the light betray me

It's like I'm paranoid lookin' over my back
It's like a whirlwind inside of my head
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like the face inside is right beneath my skin

It's like I'm paranoid lookin' over my back
It's like a whirlwind inside of my head
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like I can't stop what I'm hearing within
It's like the face inside is right beneath my skin




Persembahan Live








I SAY

 Aku suka lagu ni sebab muziknya best, suara Chester sangat fit dengan lagu ni campur plak dengan rap oleh Mike...gabungan dorang berdua best sangat....then lirik lagu ni pun sangat mendalam dan bermakna bagi orang yang memahaminya...

Setiap orang akan interpret lagu ni mengikut persepsi dan kefahaman masing2 kan....bagi aku, lagu ni mengisahkan tentang kehidupan orang yang terlalu mendengar dan mengikut kata orang di sekeliling...maksudnya dia hidup up to people's expectation...sampailah dia jadi tak tahan...dan stress...bila dia seorang diri, dalam kepala dia rasa macam ada terdengar suara2 yang bercakap pasal dia...rasa macam ada orang perhatikan dia....bila dia berada di luar, seolah2 orang2 di sekeliling memerhati je dia, tunggu je dia buat kesilapan...dan bila dia buat, dorang akan gelak dan mengata...dia rasa macam semua orang tak suka dia, benci dia, membelakangkan dia...termasuklah matahari yang mengkhianati dia bila waktu malam ketika dia perlukan cahaya....hehe pelik kan...tapi itulah yang aku rasa bila dengar lagu ni...aku dapat rasakan perasaan orang yang rasa dirinya tiada siapa2 di dunia ini, dibenci semua orang...hurm life can be a bitch....

Baru2 ni aku rasa orang di sekeliling aku seakan berpakat untuk mengkhianati aku....serius cakap, I'm giving up on people...aku rasa macam tak berbaloi untuk apa yang aku dah buat untuk dorang...bukan nak mengungkit tapi kita selalu dimomokkan dengan slogan, buat baik dibalas baik kan? bukan harap dibalas, cuma sedikit penghargaan pun tak boleh ke? aku ni da la ada inferior complex....sepanjang hidup aku ni aku dipenuhi aura negatif je but I'd been struggle myself to get a better life....baru sekarang nak merasa senang sikit, tapi ada je halangan...people oh people....I couldn't say life would be much better without all of you because I know it wouldn't....but now, aku rasa tak guna aku berharap pada manussia...mereka hanya akan mengecewakan je...


Tapi semuanya terpulang pada diri sendiri la kan...kita boleh pilih jalan kita sendiri....ok, adios bye bye bicycle





I'll be better~sayonara


Dominan


Salam and good day REaDers...

Hari ni nak cerita pasal satu drama lama yang aku suka sangat jalan ceritanya...lakonan pelakon2 nya pun best...tajuknya adalah Dominan....


SINOPSIS

Dominan adalah sebuah drama / filem untuk televisyen yang ditayangkan di TV3 pada tahun 1997. 



Ia diterbitkan oleh Kuasatek Pictures dan ditulis oleh penerbitnya sendiri iaitu Mohd Nor Kadir dan diarahkan oleh Khir Mohd Nor. 





Drama ini menggandingkan dua pelakon handalan iaitu Sidi Oraza dan Azizah Mahzan.



Ia mengisahkan kehidupan Tan Sri Lokman Hakim (Sidi Oraza) yang hidup sebagai tokoh korporat yang tidak mendedahkan identiti dirinya. Sementara itu, di dunia yang sederhana, Lokman merahsiakan identiti dirinya sejak mula berkahwin dengan Suraya (Aziah Mahzan). Sepanjang perkahwinan itu juga dia menghadapi masalah apabila dirinya dilihat tidak dominan berbanding isterinya. Isterinya pula gemar memperkecilkan dirinya. Suatu hari anaknya Lynn (Intan Azura) mula berminat untuk mencari tokoh korporat Tan Sri Lokman mula mencari diri dan merahsiakan sesuatu daripada isteri dan anak-anaknya. Anak-anak dan isterinya mengesyaki Lokman mempunyai hubungan dengan Liza (Rina Khan).
Sumber: wiki



Terima kasih pada yang upload cerita ni di utube....da lama aku cari...nak tunggu ulang tayang kat tv tah bila tah....walaupun kat utubee ni kualiti kurang sket..almaklumlah cerita lama...dan audio pun tak synchronize dengan gerak bibir...tapi ok la...at least faham gak jalan ceritanya....


Selain jalan cerita best, aku juga minat pelakon utamanya, Sidi Oraza...lakonannya best terutama dalam cerita ni..relax dan bersahaja je...


http://www.reocities.com/malayfilms/pelakon/sidi_oraza1s.jpg
Gambar ni zaman lama punya, masa ni masih muda dan kacak...hehe


Latar belakang

Nama lahir:     Syed Osman Bin Syed Rastan
Juga dikenali sebagai:     Sidi Oraza
Kelahiran:     31 Oktober 1965 (49 tahun)
Berasal dari:     Pulau Pinang, Ayer Hitam, Malaysia
Tahun aktif:     1990-2000
Label:     Pelakon


Sidi Oraza atau nama sebenarnya Syed Osman Bin Syed Rastan dilahirkan pada 31 Oktober 1965 (49 tahun). Berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang, dia merupakan seorang pelakon Malaysia yang mencipta nama pada era 1990-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.

Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan. Kini beliau bergelar usahawan dan membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.


Filmografi

    Pelumba Malam (1989)
    Pening-pening Lalat (1990)
    Juara (1991)
    Suci Dalam Debu (1992)
    Konstable Mamat (1992)
    Anak Angkat (1993) Filem untuk televisyen
    Aku Anak Siapa (1994) Filem untuk televisyen
    Sayang Salmah (1995)
    Suratan Kasih (1996)
    Siapa Dia? (1996)
    Layar Lara (1997)
    Dominan (1997) Filem untuk televisyen
    Sebening Anugerah (1997) Filem untuk televisyen
    Metafizik (1998) Filem untuk televisyen
    Isketambola (1998) Filem untuk televisyen
    Najwa (2004) Filem untuk televisyen

Anugerah

    Pelakon Lelaki Terbaik (FFM)
        FFM12: Hassan dalam Sayang Salmah
        FFM13: Malik dalam Layar Lara
    Pelakon Lelaki Terbaik TV
        Anugerah Skrin 1994: Drama "Anak Angkat"
    Pengarah Terbaik
        Anugerah Skrin 1999: Drama "Surah Terakhir"


Sumber: wiki


MAKSUD DOMINAN


Makna dominan ialah: 1. berkuasa atau berpengaruh, men­dapat tempat atau kedudukan yg (berkuasa, berpengaruh, dsb; 2. (Bio) berkenaan sifat yang lebih kuat pengaruhnya yg diwarisi daripada salah satu induk (ibu bapa bagi manusia; 3. (Bio) berkenaan banyaknya spesies tertentu dalam sesuatu kawasan.

Sumber: Pusat Rujukan Persuratan Melayu


I SAY


Cerita ni bagi aku bersifat sarkastik...yang ditujukan khas untuk orang2 yang berjaya dan di atas yang sentiasa memandang rendah pada orang di bawah dan tak setaraf dengan mereka...contohnya watak Suraya dan anak lelakinya, Romi...malah mereka sanggup memandang rendah dan menghina Lokman yang merupakan suami dan bapa sendiri hanya kerana jawatan Lokman yang hanya pengurus syarikat dan gaji tak sampai RM6000....



Sedangkan Suraya memiliki sebuah syarikat yang diapungkan di bursa saham dan anak-anaknya pun memegang jawatan yang penting dalam syarikat tu...



tapi aku kagum sebab Lokman tu penyabar orangnya....senyap je...rajin baca novel Inggeris, kisah kehidupan orang2 yang berjaya, sambil baca minum kopi dan makan gula2....



yang aku lagi kagum, dia mengambil iktibar dan menjadikan cerita yang dibacanya sebagai inspirasi untuk menubuhkan syarikat sendiri....dia berani berhenti kerja walaupun jawatannya dah stabil dan akan dinaikkan pangkat lagi berdasarkan senioriti...



tapi dia sanggup bermula dari bawah, dengan syarikat kecil...



berkat kerajinan dan kebijaksanaannya dalam bidang hartanah,





dia membina empayar perniagaan dalam masa yang singkat, beberapa tahun je...



tapi kejayaannya tidak diketahui oleh ahli keluarganya...siap familinya nak berurus niaga dengan dia lagi...yang kelakar, bila dia mempermainkan saham syarikat isterinya tu...baru dia tau langit tinggi rendah...kalau kita rasa kita dah cukup hebat, ada lagi yang lebih hebat....

then aku kagum dengan anak perempuannya, Lynn yang sangat hormat pada bapanya...dia tau setinggi mana pun kedudukan seorang wanita tu, tempatnya tetap di bawah suami....tapi sebagai anak, dia tidak dapat melawan kata ibunya yang bersifat dominan...




adegan yang paling best masa familinya ingat dia ada hubungan dengan Liza, setiausaha Lokman (tapi familinya tak tau)...pada mulanya familinya ingat nak mempergunakan Liza untuk mendekati Tuan Lokman tapi tengok2 suami/bapa mereka yang macam ada hubungan dengan Liza...terus goyah...




siap nak rasuah Liza untuk jauhkan diri daripada Lokman...bak kata orang, dah nak kehilangan, baru tau kepentingannya....




then adegan yang paling best masa familinya konon2 dijemput ke rumah Tuan Lokman yang berada di sebuah pulau..nak pergi sana kena naik helikopter tau...



pastu si Lynn ternampak buku biografi Tuan Lokman, terkejut beruk mak dengan abangnya...





memang priceless muka Suraya masa Tuan Lokman tu muncul...hehe...tamat macam tu je...lagi best kalau tunjuk epilog, kan bagus...hihi




Sinopsis kat wiki tu cam tak lengkap dan lari sikit daripada cerita sebenar...sebab tu aku buat sinopsis lain....yang lebih lengkap berdasarkan pemahaman aku terhadap jalan cerita ni...memang best...bukan cerita kosong...ada pengajaran dan maksud tersirat...adios bye bye bicycle





I'll be better~sayonara