SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Concert yang Tidak Dapat Kuhadiri


Salam and good day REaDers...

Annyeong kepada peminat SHINee sekalian....apparently, SHINee akan mengadakan concert tour mereka yang keempat, SHINee WORLD IV bermula di Seoul. Pada awalnya, tarikh konsert tersebut adalah 16 dan 17 Mei 2015. Tapi sebab high demand peminat2, maka ditambah sehari lagi iaitu pada 15 Mei 2015...
 

Kenapa tetiba aku buat post pasal SHINee sedangkan sebelum ni tak pernah pun aku menunjukkan sebarang obsession terhadap kpop...well untuk pengetahuan orang yang tak tahu, kpop ni salah satu genre yang aku minat selain rock, balada, r&b, oldies, jpop etc.....hahaha punya la banyak genre yang aku minat...apa salahnya...tak de pun undang2 kata setiap manusia tu bleh minat satu genre lagu je kan....dan walaupun banyak tanggapan negatif terhadap kpop terutama rakyat Malaysia ni, tapi aku ni jenis neutral...bagi aku kalau korg tak suka korang punya pasal la...aku nak suka aku punya pasal la kan...memang la ada gak pengaruh negatif kpop ni tapi kalau kita pandai kawal diri, tak de masalah pun...maksudnya tak perlu obses sangat...tak perlu nak ikut gaya hidup dorang dll....

OK, enough about that....back to the basic...sebenarnya tujuan aku tak lain dan tak bukan adalah untuk meluahkan perasaan sedih, kecewa, terkilan dan macam2 lagi la sebab aku tak berpeluang nak menghadiri konsert mereka buat kesekian kalinya...

Hukhukhukhukhuk
Dah konsert keempat pun tak berkesempatan nak pergi....huh
Banyak sebabnya aku buat keputusan untuk tidak pergi ni...

1. Faktor tak de kawan....hahaha...ni la faktor paling utama....tak de kawan2 aku sama minat dengan aku...hukhukhuk...terutama da berusia ni....masing2 da ada famili...tak de sapa da nak layan kegilaan aku ni....

2. Kedua adalah faktor tarikh yang kurang sesuai....dengan kerjaya aku ni, aku hanya bleh pergi masa cuti skolah jela.....walaupun konsert tu weekend tapi mcm terkejar2 la plak nanti...pergi balik je dekat dua hari habis masa...

3. Ketiga, of course la faktor kewangan....aku mampu jela nak beli tiket flight, tiket konsert dan hotel...cuma jadi membazir la...aku pegi korea semata2 pegi konsert pastu balik...tak ke membazir...da la x pernah pegi korea...lebih baik la jalan2 dulu melihat keindahan alam di sana...tapi faktor masa tidak mengizinkan, jadi memang membazir la kalau aku pegi gak...aku mmg nak pegi korea tp aku nak pegi puas2...pegi semua tempat yg aku nak pegi...

Setakat ni tu jela faktor penghalang untuk aku bersama2 peminat SHINee yang lain melambaikan light stick aqua green yang merupakan warna tema SHINee....nampaknya setakat ni masih belum ada jodoh jumpa budak2 SHINee tu...budak2?? sebab aku lagi tua...dorang patut panggil aku noona...huhu...kelakar kan minat kat budak2 tapi nak wat camne...aku mmg de softspot untuk budak2 comey dan talented....hihihi

Kalau ikutkan hati ni, rasa nak abaikan je faktor2 di atas...pejam mata beli je tiket dan pegi...huhu...tapi bak kata orang ikut hati mati...ikut rasa binasa....aduhai....aku ni da la jenis patuh cakap orang tua (konon)...

Da la tu, semakin aku luah, semakin bertambah rasa sedih, kecewa, terkilan dan macam2 lagi ni....


I'll be better~sayonara