SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Singapura Hari Terakhir Bahagian 1 - Sentosa


Salam and good day REaDers....

Tibalah hari terakhir kami di Singapura...mengikut jadual, hari ni kami akan ke Sentosa semula....kali ni kami nak exploring Sentosa plak...selalunya orang ke Sentosa untuk ke USS saja kan...tapi sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik di Sentosa...

Setiap aktiviti tu kena beli tiket tau...ada gak kombo....murah sket la harganya...terutama kalo beli 1 day pass....bleh kata bleh join hampir semua aktiviti...tapi aku rasa cam rugi gak sebab dalam sehari memang takkan bleh habiskan 20 aktiviti tu....so aku ambik kombo 5 aktiviti...harganya tak ingatlah...nanti aku update lain ye...

Awal2 pagi kami ke Kampong Glam dulu untuk sarapan di Kg Glam Cafe yang femes tu...Alhamdulillah hari bukak...tapi indah khabar dari rupa je....tauke dan pekerjanya tak mesra pelanggan langsung...mentang2 ramai pelanggan, berlagak sket la dorang...cuba kalau tak de pelanggan, merayu2 suruh orang makan...hurmmm



Makanannya bleh la makan..edible...xde la sedap sesangat pun...hehe...sebab geram dengan pekerja, makanan pun jadi tak sedap...

Then balik hotel, sempat singgah bergambar...

Tertarik dengan ribot je...tak masuk pun muzium ni...


Ini adalah kawasan orang Melayu...banyak aktiviti tradisional melayu diadakan di sini....

  

Bawah ni adalah Istana Kampong Glam...tak sempat nak masuk, bergambar di luar je...

Kami terus check out sebab kami akan balik terus dari Sentosa nanti...
Sampai je di Sentosa kami ke satu bangunan ni untuk menyimpan beg...aku survey kat internet memang situ je ada perkhidmatan simpan barang...situ sebenarnya kawasan menunggu untuk penumpang cruise sebab tu bleh simpan beg situ untuk penumpang2 yang tengah tunggu kapal tapi nak jalan2 dapat mall tu jap...

Lepas simpan barang, kami ke tempat cable car...

Singapore Cable Car


Aktiviti pertama kami adalah menaiki Singapore Cable Car....tiket aku beli online gak...






Beli ni on the whim je sedangkan kami berdua ni gayat sebenarnya...hihihi


Macam biasa, bawak salinan cetakan email yang dia bagi lepas beli via online, then tukar tiket di kaunter...








Cable car ni bertemakan super hero....kami dapat topeng wonder woman dan green lantern....pastu dapat badge...dalam ni ada wifi tau...pastu dapat panduan cara nak bukak aplikasi super hero ni...nanti dapat bergambar dengan super hero...tapi dalam gondola kami ni tak de plak tempat nak scan kat aplikasi ni...hurmmm



Dalam kegayatan, Alhamdulillah sampai gak...

Gambar ni aku beli....dapat softcopy skali...download dari website dengan memasukkan kod yang diberi...


Skyline Luge


Di Sentosa ni aku beli tiket kombo 5 aktiviti, lepas tukar printed voucher di kaunter tiket, boleh pilih 5 aktiviti yang kita nak buat...apa2 saja daripada 20 senarai yang dia bagi...
First activity aku pilih skyline luge ni...aku da survey kat internet, aktiviti ni cuma ada di beberapa tempat je di dunia ni....paling dekat di Sentosa ni la...yang lain jauh2, New Zealand la...tah bila dpt merasa pergi...

Slyline Luge ni melibatkan dua bende, skyride, iaitu naik macam bentuk buai dan dibawa ke atas bukit...tapi kena naik dari bahagian pantai...kami memang da ada atas bukit so kami naik luge dulu....luge tu naik ala2 macam kereta mainan budak pastu turun bukit ikut trek yang disediakan...best sangat,,,,







Dah sampai bawah...sekarang kami nak naik atas bukit balik....

Masing2 gayat sebenarnya...huhu



 4D Adventureland


Next activity adalah 4D Adventureland....di sini je aku ambik 3 aktiviti daripada kombo tu...orang yang kat kaunter pun terkejut...hehe...sebenarnya masa research tu memang aku bertekad nak try semua dalam 4D Adventureland ni.....sebenarnya ada lagi satu yang baru Green Lantern tapi satu lagi aktiviti dalam kombo aku nak save for the last....lagi satu faktor aku ambik banyak aktiviti kat sini sebab nak jimat masa...kami tak boleh lama2 sangat kat sini, da nak balik kan...nanti terlepas train plak...lepas ni ada lagi aktiviti kami nak buat...



Aktiviti yang pertama di sini adalah Journey 2...kebetulan aku dengan Tiqah pernah tengok movienya so kira sesuai la kami tengok sama 2 di sini...masing2 tau jalan ceritanya....
Tapi yang ni quite boring la...sebab masa panjang 15 minit dan aktivitinya cuma tengok cerita Journey 2 yang da disingkatkan dan ditambah kesan2 4D la...percikan air, bergegar2, hentakan, dll




Aktiviti kedua adalah Desperados....yang ni best sket.... konon2 kami adalah sherif di satu pekan koboi tu...ada la sekumpulan penjahat kami kena tangkap...kami naik kuda mainan dan tembak target di skrin...last nanti siap de markah lagi....cis kalo tau, aku akan buat betul2, xde la segan sangat...hehe


Aktiviti ketiga, Extreme Log Rider...yang ni seriously best...sangat2...bagi aku la...kita akan naik gondola ala2 transformers the ride...tapi gondola tu tak bergerak pun....goyang2 kat situ je...then adalah skrin...kita akan rasa macam betul2 je...dalam pengembaraan ni, kita kononnya adalah sebatang kayu balak...yang akan diproses di satu kawasan pemprosesan...aku rasa macam bukan 4D tapi sebenarnya 6D...betul2 rasa macam betul...hehehe

Dua budak comey ni adalah rakyat tempatan...dorang datang dengan famili tapi dorang masuk sendiri je dalam ni...mak dorang tunggu di luar berehat...independent betul budak2 sekarang ye...sempat la sembang2 dengan broken English kitorang...hehe


Underwater World and Dolphin Lagoon


Aktiviti seterusnya adalah ke Underwater World and Dolphin Lagoon..kami ke sana dengan menaiki bas ni...percuma untuk pengunjung Sentosa...


Aku beli tiket ni awal, package di groupon...skali dengan Singapore Flyer dan River Cruise...tempat ni tak besar sangat...ok la, sebab kami pun tak bleh lama sangat kat sini...huhu



Berpeluang sentuh ikan..oops sebenarnya ikan yang datang sentuh tangan aku dengan mulutnya...dorang ingat aku nak bagi makan...huhu...geli tangan I tau....







Then, pada pukul 2, kami ke Dolphin lagoon sebab nak tengok sesi latihan dolphin dan anjing laut...sebenarnya aku da buat kesilapan besar...sesi latihan ni memang ekslusif pada hari Rabu pukul 2 petang je...merujuk di website mereka la...so aku baca ekslusif tu so aku ingat best sangat sebab tu aku arrange kan melawat tempat ni hari Rabu ni...tapi sebenarnya tak best sangat pun...tengok dorang wat latihan je...tak de sesi bergambar dengan dorang...hurmm...nak wat camne...nak tunggul show kul 4, da lewat sangat...pasni de aktiviti lain plak sebelum balik...hurmmm lagi...




Tapi tetap enjoy sebab first time tengok dolphin dan anjing laut dekat2...hehe







Habis tengok sesi latihan tu, kami jalan2 balik kat Underwater World ni....






Gambar ni pun aku beli untuk mengabadikan kenangan tengok dolphin... :)

Okay, masih belum tamat lagi ye...ada satu lagi misi yang belum selesai....tunggu bahagian kedua...stay tune...bye bye bicycle :)


No comments: