SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Jepun Hari Kelima - Asakusa, Ginza, Tokyo Tower dan Disneyland

Ohayou minna...

Hari ni hari kelima kami berada di negara matahari terbit ni....wow still rasa macam tak percaya....

Hari ni seperti yang dijadualkan, kami akan ke Disneyland...yay

Kami nak stay sampai malam sebab nak tengok parade, so sebelum ke Disneyland, kami nak pergi tempat lain dulu....let's go.....



Ta..da...

Sekarang kami berada di Asakusa Kannon Temple atau nama glemernya Sensoji...

Oh no, kami ke sini bukan nak sembahyang ye walaupun ianya temple...huhu



Tujuan kami sebenarnya nak pergi market ni...yang popular dalam kalangan pelancong....kat sini bleh la cari souvenir dan momento untuk dibawa balik ke Malaysia...harga? hurm lebih kurang jela....aku rasa macam murah lagi kat Teramachi....tapi sini pun ok la...aku beli penanda buku untuk murid2 aku...tu je yang mampu dibeli untuk jumla manusia yg ramai...huhu



Sempat juga kami explore kawasan temple...







 

Ini dah kawasan luar temple....belakang aku tu de satu menara yang tak berapa jelas...itulah Tokyo Skytree...tak berkesempatan nak pergi....tangkap gambar dari jauh jela..huhu








 

Kami meneruskan perjalanan ke Ginza pulak...ada apa di Ginza?



 

Teng Teng Teng

Akhidnya kami jumpa restoran milik rakyat Malaysia... "Rasa" namanya...kedainya kecik je...terletak agak tersorok....dalam bangunan...kena naik lift...so mula2 kami pun macam tak yakin je...tapi jumpa gak...


Ramai gak pengunjung restoran ni....orang Jepun pun ada...bangga plak ada orang Jepun minat makanan Malaysia...

Di sini aku makan kuetiaw goreng...al maklumlah, masa ni tengah berdiet....konon..hehe


Destinasi seterusnya adalah Tokyo Tower....aku memang NAK SANGAT pergi ke Tokyo Tower...capital letter tu menunjukkan betul2 nak...hehe....bagi aku tak lengkaplah datang Tokyo kalau tak de gambar dengan mercu tanda Tokyo ni...



 

Kami hanya bergambar dari jauh je....memang tak sempat sangat nak pergi...xpe, yang penting dapat bergambar...aku pasrah dan akur...yela, da bayar tiket Disneyland mahal2...takkan nak sekejap je kat sana kan...sepatutnya dari awal bukak sampai tutup berada kat situ...huhu


Tokyo Tower ni memang tak de special sangat...bak adik aku kata, sama macam menara pencawang kat Malaysia je...hehe...tapi maybe sebab aku suka tengok drama Jepun dan banyak scene berlatarkan menara ni...so hati terpaut la...


Puas bergambar, kami pun bergerak ke Disneyland....cuaca tak berapa ok sebenarnya...gerimis2 gitu...harap2 kat Disneyland tak de la hujan....tak best la nanti kan...


OK, welcome to Tokyo Disney Resort....ni baru kat stesen keretapi ye...



 

Yay....sampai gak ke Tokyo Disneyland.....still rasa macam mimpi....rasa macam kembali ke zaman kanak2....dulu tak merasa....huhu
 


Belakang ni adalah resort aka hotel untuk yang berkemampuan la...bestnya kan kalau dapat menginap kat situ....keluar hotel terus main kat Disneyland or Disneysea...


Belakang ni tempat beli tiket...tapi kami da ada tiket kombo Disneysea dan Disneyland untuk 2 hari, so tak yah beratur da....

 

Inilah mercu Disneyland, Mr Walt Disney dan  Mickey Mouse..

Dan Cinderella Castle....aku pun xtau kenapa orang panggil istana Cinderella sedangkan princess2 lain pun duk dalam castle gak kan...Cinderella tu pun bukan asalnya royal...lepas kahwin baru dia duk istana tu pun bukan istana dia kan...hurm...ok whatever...who's care...!?

Sama macam Disneysea semalam, Disneyland pun padat dengan manusia....local and pelancong....memang nak main apa pun susah...penuh orang beratur...dekat tempat nak masuk line tu ada pekerja dengan masa tercatat berapa lama nak tunggu...paling awal pun sejam lebih...bayangkan....akhirnya bergambar jela lebih...


Aktiviti pertama naik train jela yang mampu, orang tak ramai sangat...alahai, Jepun kan sinonim dengan train...tak habis2 dengan train kitorang ni...da tu je mampu...huhu

Train ni pusing2 keliling Disneyland...yang bestnya setiap kali lalu, pekerja2 yang bertugas di kawasan lain akan melambai pada train ni...so kami dalam train akan terpanggil untuk melambai sama...


 

 Then, kami naik kapal plak....nampak klasik kan kapal ni...

Kapal ni pun pusing2 keliling Disneyland kat tempat berair jela...pun pekerja2 sana akan melambai pada kami...tapi aku nampak gak yang pemandu keretapi dengan bot ni yang lambai dulu so orang2 lain yang nampak akan balas lambai akhirnya jadi sesi lambai melambai...



Aktiviti yang glemer bergambar jela....sampai la ke malam...kami nak tunggu parade...





Sementara nak tunggu parade, kami sempat masuk ke dunia kanak2 ni....nampak best je kan...


Aktiviti dalam ni just naik sampan yang xde pemandu, sampan ni jalan ikut arus...kiri dan kanan ada patung2 kecil yang bergerak2...patung2 tu berpakaian tradisional ikut negara2 yang ditetapkan...Malaysia tak de ye...negara2 femes je...China, India, Afrika dll

Sambil tu kami didendangkan dengan lagu kanak2...

Rasa best sangat dalam tu...kagum...sebenarnya dalam tu tak leh ambik gambar...tapi kitorang mana la tau....pekerja2 tu bagi arahan dalam Japanese...so masa sibuk2 kami bergambar, de pelancong tegur yang tak leh bergambar, barulah kitorang stop...huhu




Yeah, setelah lama menunggu akhirnya parade pun bermula....tak jelas sangat sebab ramai yang dah cop tempat awal2 kat depan...orang Jepun ni memang suka menunggu...awal2 da duk sepanjang jalan...huhu

Wow...cantik2 belaka...rasa tak puas sangat tengok...









Then perarakan ni diakhiri dengan fireworks...rasa seronok dan bersyukur dapat tengok sendiri perarakan ni...selalu dengar2 cerita je...sekarang dapat tengok dengan mata sendiri...still tak percaya da menjejakkan kaki ke Disneyland ni....huhu

Hari ni last day aktiviti di Tokyo....tapi rasa puas....semua kenangan ni akan tersimpan rapi sampai bila2.....

Okay....jumpa esok, keberangkatan pulang ke Osaka....

Sayonara







No comments: