SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Guru vs Ibu Bapa / Penjaga


Salam and ood day REaDers...


Sebab aku macam rajin menulis je baru2 ni so aku nak babbling pasal isu keguruan yang hangat sejak dulu hingga sekarang.......

Aku terbaca bende ni di fesbuk...kawan sekerja aku yang share..... 

 

Bila baca keratan yang pertama terus dadah aku mendidih....terang2 lah mesej tu dihantar oleh golongan ibu bapa/penjaga.....yang ditujukan kepada guru sebagai ugutan.....aku sebagai guru tentulah terasa dan terkilan dengan kenyataan tersebut....nampak sangat si pemberi mesej ini tidak menghormati kerjaya guru....

yang peliknya, dia tulis guru tidak boleh marah kalau murid tidak siap kerja sekolah atau tidak mahu belajar......jadi dia hantar anak pergi ke sekolah untuk apa? normally, orang hantar anak ke sekolah untuk belajar....selama 26 tahun aku hidup dalam dunia ni, konsep ke sekolah adalah untuk belajar....kalau dah anak tak nak belajar, so apa point hantar ke sekolah???? kalau anak dia suka main video game, hantar ke arcade, kalau anak dia suka main internet, hantar ke cyber cafe....and so on...... tak perlu hantar ke sekolah...jadi ibu bapa atau penjaga tak perlu risau anak mereka dimarahi atau didenda oleh guru.....

yang kelakarnya, dia tulis guru tidak boleh marah atau mendenda murid.....well, setakat ni aku tak pernah jumpa guru2 yaang memarahi atau mendenda muridnya tanpa sebab....jelas2 dia tulis murid tersebut tidak buat kerja rumah dan tidak mahu belajar....jadi salah ke cikgu marah? kalau murid tidak mahu menjalankan tanggungjawab mereka untuk belajar, macam mana cikgu nak menjalankan tugas untuk mengajar? nak mendidik, perlulah tegas....disiplinkan murid, barulah sesi pembelajaran dan pengajaran (pdp) dapat dijalankan dengan baik..... 

apa yang ibu bapa atau penjaga tersebut harapkan? guru masuk ke dalam kelas.....mengajar saja.....murid tak nak belajar pun tak apa?...murid tidur pun tak apa?.....murid bergaduh pun tak apa?... murid kacau kawan pun tak apa? nak marah tak boleh...ibu bapa atau penjaga tersebut tak bagi.... jadi guru terpaksa biarkan....macam mana pdp nak berjalan dengan baik?


Sekarang ni banyak kes ibu bapa atau penjaga saman guru atas pelbagai sebab....kalau memang salah guru tu yang bertindak keterlaluan dan tidak sepatutnya, tak apalah...memang patut diambil tindakan...tapi kalau nak saman kerana anak mereka dimarahi atau didenda sebab tidak berdisiplin di sekolah...memang tak patut.....
 Aku baru je setahun jagung dalam bidang ni so macam x layak nak kritik apa2..... tapi sepanjang aku berkhidmat, aku juga sentiasa memerhatikan perkembangan isu pendidikan dan pendapat guru2 lama untuk dijadikan panduan.....ramai guru yang terkilan atas sikap ibu bapa atau penjaga yang sudah tidak menghormati kerjaya guru....sedangkan guru2 lah yang mengajar mereka dulu.... dan guru2 lah yang mengajar anak mereka sekarang.... 

Mereka perlu ingat, tugas guru bukan untuk mengajar saja, tapi juga mendidik....supaya murid2 menggunakan akal dengan bermoral...pandai saja tak guna kalau tak de sahsiah...tu yang jadinya kes penipuan...orang yang bijak menggunakan kepandaiannya menipu orang lain....

Kalau nak mendidik perlulah tegas....tu yang perlunya marah, bebel, denda, rotan....asal tak melampau la... tapi kalau semua ni dah tak boleh, macam mana guru nak mendidik???

Ada guru2 yang sudah fed-up dengan karenah2 dan tekanan2 drpd pelbagai pihak.....akhirnya buat keputusan untuk mengajar saja tanpa mendidik...tumpukan pada murid yang nak belajar saja, yang tak nak belajar biarkan je.... kalau marah atau denda, nanti sendiri kena saman pulak.... guru pun ada keluarga, nak cari makan juga.... tak perlu bersusah payah nak mendidik anak orang sedangkan akhirnya sendiri yang terkena....

Tapi takkanlah nak semua guru jadi camtu? serius cakap, setakat ni aku tak sanggup lagi...memang pernah terpikir.....tapi serius tak sanggup...setiap murid adalah amanah....walau sedegil atau senakal mana pun, mereka berhak untuk belajar.... dan aku terima gaji untuk mengajar dan mendidik.....aku memang akan membebel dalam kelas kalau ada sikap mereka yang aku tak berkenan, aku akan marah jika ada yang tak mendengar cakap, dan aku akan mendenda (pukul tapak tangan guna pembaris) jika mereka tidak menyiapkan kerja atau tidak berdisiplin....memang berisiko....sebab bila masa je ibu bapa atau penjaga mereka akan datang menyerang.... setakat ni Alhamdulillah belum berlaku...tapi andai kata berlaku suatu hari nanti,mungkin aku dah tak buat macam tu....untuk anak dia jela....aku akan mengajar saja...takkan mendidik....sukatilah anak dia nak buat apa.....untuk murid yang ibu bapa atau penjaga mereka faham dengan niat baik aku, aku akan terus mengajar dan mendidik anak mereka sepenuh hati dan usaha, insyaALLAH......adios bye bye bicycle



I'll be better~sayonara









2 comments:

Illiana Hidayah said...

mak bapak skrg dh xsama mcm mak bapak dulu...aku ms meeting pibg, ada usul jgn bg homework byk kat budak..ape dia igt kita ni rajin nak menanda??? anak kau buat 2pages, cikgu nak tanda 2pages x 33 murid, dh brp oiiii! tensen!

ReDiculousLy said...

wow...ada plak cmtu...sedangkan ada budak yg minta keje rumah banyak2.... aku je yg xnk bg sbb x lalu tanda banyak2... menunjukkan perbezaan pemikiran org yg value education and not...