SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Sarcasm


Salam and good day REaDers...


Tiba2 ade semangat nak menulis lepas terpikirkan satu bende ni......

Sarcasm

Sarkastik

tak de kena mengena dengan sarkas ek....

sarcasm ni dlm english...aku xtau nk translate dlm malay...tp konsepnya adalah sindiran....

contohnya macam sorang ibu yg marah anaknya main tengah panas...dia akan cakap macam ni..."pergilah main tengah2 panas tu"..... kalau anaknya da biasa atau faham dengan kata2 ibunya, dia takkan main da tengah2 panas....tapi kalau anaknya jenis slow, lurus bendul....atau siratul  mustaqim bak kata lecturer aku, anaknya akan terus bermain tengah2 panas tu...sebab dia ingat ibunya menyokong dan memberi galakan...

lagi satu contoh kalau ada sorang suri rumah tengah menyidai kain...tiba2 jirannya tegur, "sidai kain ke?" lalu suri rumah tersebut jawab, "tak la, tengah memasak." of course la suri rumah tu rasa bengang dengan soalan bodoh cmtu...sudah terang lagi bersuluh...dah nampak dia tengah sidai kain, jirannya boleh tanya lagi....kita pun sama kan...sering ditanya soalan2 yg obvious jawapannya....tapi sedarkah kita bahawa jiran suri rumah tu bertanya cuma berniat menegur....bukan betul nak ambik tau pun suri rumah tu tengah buat apa...cuma nak mulakan perbualan, interaksi antara jiran...tak tegur karang, kata menyombong plak...tapi tu lah, niat baik sering dibalas dengan perkara yg tak baik....

di negara barat, sarcasm ni da jadi mcm budaya....cuba tengok tv series dorang, drama ke, sitcom ke, reality show ke, dialog2 dorang penuh dengan ayat2 sindiran, yg dorang namakan "witty comebacks".....aku xtau nape dorg namakan benda mcm ni "witty"....tapi aku rasa sebab orang yg suka menyindir ni perasaan dia pandai sangat....dan org keliling dia bodoh, that's why la dia sesuka hati nak menyindir orang lain....huh

yang aku perasan, antara orang yg gemar sangat guna sarcasm ni adalah orang2 yang suka berbicara soal agama.....terutama dalam media2 sosial...

masa bulan ramadhan hari tu, aku terbaca sorang penulis ni up status pasal membaca quran di bulan ramadhan....secara sarkastiknya dia cakap membaca quran ni sepatutnya bukan di bulan ramadhan je...well, mmg la betul apa yg dia cakap.....tp yg aku rasa geram sebab cara dia cakap mcm tak gunalah kalau bulan ramadhan je membaca quran sedangkan bulan2 lain tak de baca pun....mmg betullah tu, tp dia terpikir tak bahawa kira elok la ade gak orang yg berinisiatif nak baca quran di bulan ramadhan berbanding manusia2 lain yg langsung tak menyentuh quran hatta bulan apa skali pun? dah ade org berniat baik nk baca quran sebab nk beramal ibdat di bulan puasa, apa lagi yg dia tak puas hati? maybe la dia jenis yg sentiasa membaca quran, mungkin  dah tahfiz pun, tp berhak ke dia nk judge orang lain? mungkin orang tu nak mula berubah di bulan puasa ni....sebagai fello umat Islam, terutama dia yg ada nama sebagai penulis dan menjadi ikutan ramai, sepatutnya memberi sokongan dan galakan....kenapa aku nampak kempen berhenti merokok je ada motto ni "mulakan nafas segar di bulan ramadhan"...bermaksud nak suruh perokok2 menjadikan bulan ramadhan utk berhenti merokok...bukankah itu satu perkara yg baik? xde pun dorang cakap, "ala tak gunalah bulan ramadhan je tak merokok, bulan lain merokok gak"....huh....kalaulah penulis tersebut membuat motto "jadikan bulan ramadhan sebagai medan utk mendekatkan diri dengan quran"...kan lagi bagus....peminat2nya yg membaca mungkin akan terpengaruh dengan kata2nya....dan mula mendekatkan diri dengan quran....bermula dengan bulan ramadhan dan diikuti bulan2 lain, insyaALLAH....

begitu juga tentang solat, ada sorang blogger yg aku minat dan follow blognya dan status2nya di fesbuk mengomen tentang masjid yg penuh masa terawih je...solat fardhu tak penuh pun....mmg tak patut pun macam tu...sebab yg sepatutnya masjid tu penuh utk setiap waktu solat kan? tapi bagi aku Alhamdulillah ramai yg masih mengamalkan solat terawih dlm zaman teknologi yg penuh dugaan dan cabaran ni....masih ramai yg memilih utk terawih berbanding melekat depan laptop mengapdet status atau mengomen status orang, atau melekat depan tv melayan pelbagai channel astro, atau hangout dengan kawan2 di pusat karaoke, snooker, computer centre, cafe, shopping mall....bersyukurlah...kenapa tak hargai apa yang ada, tapi sibuk nak tengok apa yang tak ada?

frankly speaking, masa remaja aku agak jahiliyah...aku tak jaga solat, solat ikut dan je....tapi aku mula berubah pada satu bulan ramadhan....aku berniat dalam diri aku yg aku nak berubah, aku nak jaga solat aku....dan Alhamdulillah, walaupun belum sempurna sangat, tapi setiap kali waktu solat aku akan jadi tak senang duduk selagi belum solat.....aku akan gagahkan diri utk bangun solat subuh walaupun mata tak larat nk bukak....bagi aku, semua ni adalah berkat bulan ramadhan....so aku adalah contoh bahawa dalam dunia ni, ada orang yg terbuka hatinya semasa bulan ramadhan....so tak perlu sarkastik sangat ye...

Baru tadi aku tterbaca kat fesbuk....pasal meteor shower malam tadi....aku xtau apa2 pun sebenarnya so aku xde la menunggu nak tengok...tp dengar citernya ramai yg menunggu nak tengok smpai lewat2 malam...then ade plak yg mengkritik "malam Lailatul Qadar tak de plak yg sanggup menunggu lewat2 malam"....Astargfirullahalazim.... kenapa ye dia bleh cakap mcm tu? salah ke orang nak tengok meteor shower tu? aku sebab tak tau je, kalau aku tau, aku pn nak tengok.... kejadian alam ciptaan ALLAH yg menarik dan misteri tu, mestilah nak tengok dengan mata sendiri.... kenapa ada org yg tak puas hati malah membandingkan dengan malam lailatul qadar? mana dia tau orang yg menunggu meteor shower tu tidak beribadat malam2 terakhir ramadhan utk mendapatkan malam lailatul qadar? dia ade buat survey tanya dorng ke? atau tu anggapan dia sendiri? mungkin 10 malam terkahir ramadhan tu dia tak tidur malam beramal ibadat utk mendapatkan malam lailatul qadar...maka dia boleh menghakimi dan menghukum orang lain? 

sebagai guru sebenarnya aku juga tak terlepas daripada menggunakan sarcasm...terutama terhadap murid...

murid: cikgu, nak buat sekarang ke?
guru: tak lah, tahun depan

sebagai manusia biasa, aku pun kadang2 perasan aku ni pandai dan org keliling aku tak sepandai aku, so secara selamba aku menyindir orang2 keliling aku, Astarghfirullahalazim..... aku akan cuba berubah.... sebab bagi aku sarcasm ni tak membawa faedah, malah melukakan hati orang lain je.... setiap manusia ada ego masing.... kalau ada org berniat nak berdakwah, tapi asyik menyindir2, rasanya ada ke org akan menerima dakwah tersebut? i don't think so.... adios, bye bye bicycle
 

I'll be better~sayonara



2 comments:

Miss Aizamia said...

ko x tulis pun ko bersarcasm dengan aku.. hehe

ReDiculousLy said...

banyak sangat sarcasm scenes dengan ko....kalau aku tulis karang panjang berjela pulak...hehe