SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

High Crimes (2002)


Salam and good day REaDers...

Perasaan apakah yang paling menyakitkan dalam dunia ni?

Bagi aku

perasaan kehilangan

dan 

perasaan dikhianati

Pernah tak korang dikhianati?

Mesti pernah kan?

Walau sekecil2 pengkhianatan

Aku pun tak terlepas

Mengkhianati dan dikhianati

Paling menyakitkan adalah mengkhianati orang yang kita sayang

juga dikhianati oleh orang yang kita sayang....

Boleh tak korang memaafkan orang yang mengkhianati korang?

Mesti tak boleh kan? 

Bila kita dah beri kepercayaan sepenuhnya pada seseorang....then mereka mengkhianati kita.....kita tak boleh buat apa2....terpaksa senyum di luaran walaupun hati sakit di dalam....

Boleh ke nak maafkan?

Well, time will heal...so do I

Dengan masa yang berlalu, there's only two choice:

1. Forget but won't forgive

2. Forgive but won't forget

Aku pun tak pasti mana satu pilihan aku......maybe both...huhuhu

Cerita pasal betrayal ni, aku nak cerita tentang satu filem yang aku pernah tengok di TV satu masa dulu....dan aku baru download cerita ni semalam dan sedang menonton cerita ni buat kali kedua dalam hidup aku ni....

High Crimes


Cerita ni diterbitkan pada tahun 2002, lakonan utama Ashley Judd dan Morgan Freeman...Cerita ni berdasarkan sebuah novel tulisan Joseph Finder...

Cerita ni permulaannya sama maca cerita2 omputih yg biasa....agak boring sket....aku pun tak dapat agak cerita ni pasal apa sebenarnya....tapi aku tengok gak sebab heroin citer ni lawyer...aku kan pernah berangan2 nk jadi lawyer (layan je walaupun biasanya citer pasal undang2 ni membosankan)....

Then da lama2 tu rasa best plak....baru dapat tangkap la citer ni pasal apa....ok aku citer dari mula...aku citer ni berasaskan apa yang aku tengok, tak translate drpd wikipedia pun mcm yang biasa aku buat...hihihi

Cerita ni bermula dengan kisah kehidupan pasangan bahagia, Tom (lakonan James Caviezel) dan Claire (lakonan Ashley Judd) Kubik. Tom aku tak pasti apa kerjanya tapi aku tengok dia sibuk bertukang je so mungkin dia tukang kayu...lagipun ada bengkel kayu kat rumah dorang. Claire plak adalah peguam bela yang sangat berjaya sampai masuk2 TV lagi... Dorang berdua ni memang serius nak membina sebuah keluarga....buktinya dorang tengah berusaha nak dapat anak...huhu

 
Tom Kubik

Claire Kubik


Ada satu malam tu, ada pencuri masuk rumah dorang...then dorang pun report polis walaupun pencuri tu da lari....jangan ingat scene ni tak penting ye.....kemasukan pencuri tu la yang membuka cerita....

Rumah mereka diceroboh oleh dua orang pencuri yang sempat melarikan diri...

Tengah dorang shopping untuk krismas, tetiba ada FBI dan polis ramai2 serbu dorang.....terkejut dorang masa tu...yela tengah happy2 tu tetibe plak kena serbu...then baru la tau....masa polis ambik cap jari kat rumah dorang sebab pencuri masuk tu, ada la terambik cap jari si Tom tu...dan si Tom tu yang nama sebenarnya adalah Ron Chapman memang da lama ada dalam rekod dorang...maksudnya dorang memang mencari si Tom or Ron or whatever his name tu sebab si Tom ni dulu adalah marine (kiranya army special force la)...dia didakwa masa dia jadi marine dulu dia ada menyerang sebuah kampung di Mexico dan membunuh sembilan orang termasuk wanita dan kanak-kanak...


Mereka sedang shopping untuk krismas...

Diserbu oleh FBI dan SWAT (polis bersenjata) yang sebelum ni men yamar jadi orang awam...


Tom dipenjarakan dan akan dibicarakan di military court. Tom ni mengaku tak bersalah so si Claire ni bersungguh2 la nak membuktikan suaminya tak bersalah....dia sampai sewa rumah kat Mexico untuk duk kat situ dalam masa kes suami dia berjalan.....then adik dia, Jackie yang slalu je buat masalah datang nak duk dengan dia...konon nak tolong tapi sebenarnya dia kena halau dari rumah sewa dia....


Tom bersungguh2 mengatakan dia innocent...

 
Claire dan adiknya, Jackie...

Si Claire ni sanggup nk bela suami dia walaupun military court dengan mahkamah biasa tak sama....dia sanggup belajar....ada sorang peguambela tentera  telah dilantik untuk membela si Tom ni iaitu First Lieutenant Terence Embry tapi peguambela tu muda dan tak pernah menang kes pun...so si Claire ni tak brape yakin la maka dia sendiri nak jadi peguambela untuk suami dia...dia mencari seorang peguam yang dulunya agak femes dan handal mengendalikan kes untuk tolong dia iaitu, Charlie Grimes (lakonan Morgan Freeman)......


Peguambela tentera untuk Tom, First Lieutenant Terence Embry

Peguambela yang hebat tapi reputasi buruk


Si Charlie ni banyak gak kontroversi masa dia muda dulu so si Claire ni tak yakin sangat la tapi dah tak de sape yang boleh diharapkan lagi....kes ni susah sebab melibatkan pegawai yang berpangkat besar. Si Tom ni kata dia dianiaya oleh orang atasannya...malah sebenarnya pembunuhan tu kawan dia yang buat, Major James Hernandez....tapi pegawai atasan dia tu sekarang da berpangkat besar iaitu Brigadier General Bill Marks...si Major James Hernandez plak da jadi penolong kanan dia....so tentulah pegawai tu akan backup si Major James Hernandez dan si Tom ni la jadi kambing hitamnya. Lagi satu cabaran dorang adalah si pendakwaraya tu yang bernama Major Waldron sangat hebat dan susah dikalahkan.


Mahkamah tentera ni macam 'bias' sikit terhadap peguam biasa


James Hernandez yang mengatakan Tom bersalah tapi si Tom plak kata dia ni yang bersalah


Si Claire ni tak putus asa sebab dia yakin suaminya tak bersalah....dan si Tom ni pun memang bersungguh2 menyatakan dia tak bersalah....maka si Claire ni pun mencari bukti dengan dibantu oleh si Charlie...tengah2 cari bukti tu, Claire dan adiknya Jackie diserang di rumah dorang....nasib la peguambela suaminya tu, si First Lieutenant Terence Embry datang...dan si penyerang tu lari...tapi Claire tetap tak putus asa....

Claire diserang dirumahnya...

Jackie yang diikat diselamatkan oleh Terry...


Si Tom ni mencadangkan untuk menjalani ujian Polygraph untuk mengesan penipuan....ujian ni tak diterima sebagai bukti tapi si Tom nak buat untuk membuktikan dia tak bersalah pada isterinya je....so dia pun buat dan dia lulus....tapi de la sorang tu tetiba datang jumpa si Claire dan bagitau yang semua anggota marine dilatih untuk menipu ujian polygraph...Claire pun mula berasa syak dan tanya suami dia...si Tom mengaku tapi dia sungguh2 cakap dia tak bersalah....tapi kalau Claire tak percaya, dia sanggup mengaku bersalah je....sampai nangis2 gitu, kalau aku pun mesti percaya....huhu


Tom buat ujian polygraph...

Keputusannya si Tom bercakap benar...

 
Seorang stranger bagitau si Claire yang si Tom tu memang da diajar menipu ujian polygraph...

 
 Tom sampai menangis2 nak buktikan dia innocent...


Dorang macam pelik la camne de orang lain tau psl ujian polygraph tu sedangkan dorang tak bagitau sape2 pun...dorang syak si First Lieutenant Terence Embry tu mengkhianati dorang dan pecat si Terry (jackie panggil Terry, nama manja sebab dorang ada hubungan...huhu) tu....

Si Charlie ni guna satu taktik untuk dapatkan bukti yang si Tom dianiaya tapi bukti tu tak diterima plak...rupa2nya kat rumah dorang dipasang alat pendengar so pihak lawan da tau awal2 pasal bukti tu dan da bersedia untuk lawan....


Si Charlie bersusah payah dapatkan bukti pita rakaman yang merakam sorang saksi mengaku dia diugut untuk memberi kenyataan palsu...


Bukti tak diterima...

Claire tak berputus asa...

Si Claire ni panggil wartawan dan umumkan pasal dia nak defend suami dia.....dia buat amcam tu sebab dia nak jumpa balik orang yang pernah serang dia....orang tu adalah orang kampung yang kononnya suami dia serang tu....dan orang tu betul2 datang jumpa Claire dan ceritakan apa yang dia nampak....


Claire buat kenyataan media...

Penduduk kampung yang diserang di mexico juga penyerang Claire


Then, Claire dan Charlie diserang dan nasib la dorang berdua selamat...tapi Claire keguguran walaupun dia sendiri tak tau dia pregnant....dia kecewa sangat sebab dia memang nak sangat ada baby....tapi Charlie bagi semangat kat dia....malah Terry pun da terbukti tak mengkhianati dorang setuju nak tolong dorang balik...siap bagi idea nak dapatkan bukti mendakwa James Hernandez...

 
Claire dan Charlie diserang ketika dalam perjalanan pulang...

 
Claire dapat tau dia keguguran...

 
Charlie memberi semangat pada Claire...

Terry juga datang memberi semangat...


Lepas tu macam2 bukti la dorang dapat yang menunjukkan millitary yang terbunuh orang secara tak sengaja, then cover it up, then cari kambing hitam untuk salahkan....nasib la si Claire ni bersemangat tinggi....berani plak tu...dia sanggup jumpa pegawai berpangkat tinggi tu siap ugut2 lagi nak dedahkan bukti ke pengetahuan umum kalau dakwaan ke atas suami dia tak digugurkan.

Claire ke sana sini medapatkan bukti....

Claire berurusan dengan Brigadier General Bill Marks untuk membebaskan suaminya...


Tapi bila dia blik rumah dia dapat tau yg mungkin dia akan digugurkan sebagai peguambela si Tom tu sebab dia buat kenyataan media.....dianggap melanggar etika....Charlie plak tiba2 hilang cmtu je...tak dapat dihubungi....


Masa court hearing, dorang diberitahu yang dakwaan ke atas Tom digugurkan dan dia dibebaskan...semua terkejut dan macam tak percaya...punyala banyak halangan dan kes tu nampak macam akan kalah je, tetibe je bleh menang.....


Claire diberitahu yang Tom dakwaan ke atas Tom digugurkan atas faktor keselamatan negara...

Tom terkejut...

Berpelukan gembira...


Rupa2nya si Charlie pegi Mexico untuk menyiasat dengan lebih lanjut...dia dapat beberapa bukti yang menyatakan si Tom ni pernah bunuh beberapa kawan dia untuk menghapuskan saksi....dia pun call Claire untuk bagitau...

Charlie mencari kebenaran....

Charlie menelefon Claire untuk memberitahu perkara sebenar...

 
Claire yang terkejut menerima perkhabaran yang mengejutkan itu...


Si Tom terdengar plak perbualan telefon Claire dan Charlie.....Tom mengaku dia yang membunuh semua orang tu.....orang2 kampung kat mexico dan kawan2 dia untuk hapuskan saksi...then Claire try larikan diri....nasib orang Mexico yang sebelum ni menyerang si Claire tu yang selamatkan dia.....
Tom mengaku melakukan semua pembunuhan itu...


Kononnya dia hanya mengikut arahan orang atasan untuk mencari pengganas dan orang2 kampung itu dibunuh sebab tak nak bekerjasama...


Claire diikat oleh Tom sebab dia da tau semua rahsia....

Claire diselamatkan oleh penyerang dia dulu...how ironic....huhu


Cuba korang bayangkan apa perasaan Claire masa tu?

Dia punyalah percaya pada suami dia....

bukan takat percaya, malah bersusah-payah demi nak selamatkan suami dia....dia hampir hilang nyawa dan telah hilang baby....hilang kerja plak tu....sebab sibuk sangat dengan kes suami dia....

Tapi akhirnya dapat tau yang segala usaha dia sebelum ni sia2.....dia dikhianati oleh orang yang paling dia sayang....

Nasib la si Claire tu semangatnya kuat...last skali dia jadi partner kat firma si Grimes tu....starting over....

Claire menyertai firma si Charlie yang hidup segan mati tak mau...hihihi


Hurmmm kalau aku la, entah bila la baru boleh pulih selepas hilang segala2nya....kena contohi sikap si Claire ni....huhu
 

Cerita ni melekat kat sanubari aku sebab aku sama macam si Claire tu, tak sangka yang si Tom tu sebenarnya jahat.....aku punyala percaya kat dia...yela, muka dia hensem....nampak baik...siap nangis2 gitu nak buktikan dia innocent...huhu...tapi masa ujian polygraph tu aku mcm da syak gak dia tu bersalah tp lepas dia nangis2 tu, hilang syak wasangka aku...tp rupanya memang betul dia bersalah...kami (aku dan Claire) tertipu....huhu

Soundtrack lagu ni pun best...aku suka lagu yang last skali....first time aku tengok kredit dari awal sampai habis semata2 nak cari tajuk lagu dan penyanyi....da dapat terus la googling....

Tajuk lagu: I'm Not The Enemy
Penyanyi: Lina
Penulis lagu: Lina & Jeeven

Aku jumpa lagu ni kat aimini.net


Cerita ni plak aku download from kickasstorrents
Subtitles plak from subscene

Ada lagi satu cerita yang berkaitan pengkhianatan ni...kali ni cerita Cina....lain kali jela aku citer sebab citer ni panjang....dan memang menyakitkan hati...serius...aku yang menonton memang terasa sakit hati yg amat sangat....kisah manusia yg mempermain2kan hidup manusia lain semata2 untuk kajian...huh...da la...emo plak aku bila mengenangkan.....

Till next time....bye bye bicycle....


Sumber maklumat: tontonan sendiri dan wiki
Sumber gambar: caption from GOM player dan wiki


I'll be better~sayonara

10 comments:

Nurul K said...

baca entri ni, rasa seperti berada di panggung wayang.

nape rase sedih ni ell? ade pape nak crita ke?

ReDiculousLy said...

aku suka sgt tengok citer ni so aku harap org yg baca blog ni turut faham apa yg aku rasa masa tngok citer ni...so ko faham x???

Nurul K said...

faham. sbb tu aku kata baca entri ni macam beli tiket masuk panggung wayang. mcm best je citer ni.

ReDiculousLy said...

mmg best sgt pun....tp ko da baca kat sini da tak surprise la bila ko tengok nti...seriously aku tak sangka laki dia tu jahat...

Miss Aizamia said...

Aku xyah bace atau tgok da cter ni, sbb aku pun da boleh hafal jln cter die sbb dah byk kali dgar org citer. Hehe.

Ko slah pasal cter undang2 bosan. Ko try tgok cter suits. Aku ngan jang pminat setia citer tu.

ReDiculousLy said...

slalunya citer yg ko minat membosankan...hehehehe

Miss Aizamia said...

Aku jnji yg cter ni x bosan. Drama bersiri ni. Carik la elly. Mmg best sgt2. Cter ni da main 2 season kat diva universal. Season 3 kluar tahun depan. Au xsabar tggu. Hehe

ReDiculousLy said...

bleh percaya ke ni? slalunya kalau ko rekemen lagu aku bleh la terima...tp kalau movie ni....takut jadi mcm senario dulu....hahahahahahahahahahahahahaha tak dapat tahan gelak la kalau terkenang....hahahahahahahahaha

ok la...aku try cari....skrg ni da xleh download kt skola...kena block...susah sket la...huhu

Miss Aizamia said...

Sampai skrg aku masih rase dan percaye yg citer senario tu klakar. Hahahahahahaha. (Tgok! Dr care aku gelak pun dah mnunjukkan citer tu kalakar)

Umah ko kan ade tenet. Carik jgn x carik. Ko xkan mnyesal mcm tgok citer senario dulu. Hahahahahaha (lg sekali aku berase sgt kelakar)

ReDiculousLy said...

yela tu...tetap nk menegakkan benang yg basah...tp sbb ko mengandung, aku layankan je, gelak sekali la...hahahaha

~sekali je aku gelak~

internet kat rumah ni lembap....kdg2 disconnect ikut suka hati dia....tp nti aku try cari demi x menghampakan ko....