SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Pengkritik vs Kritikan


Salam and good day REaDers...

Aku peliklah tengok perangai manusia ni...ade je bende tak kena di mata...semua bende salah....semua bende nak kritik.....

Dan aku pelik kenapa aku pelik...sedangkan bende tu memang normal pun....perangai manusia memang macam tu.....perasan sendiri bagus....orang lain tak sebagus dia....so dia bertanggungjawab la untuk mengkritik mereka yang tidak sebagus dia....

Well, aku pun macam tu gak...sebab aku manusia....tapi semua bende ada had.....mungkin terdetik di hati rasa tak puas hati....rasa tak betul...rasa salah...rasa tah pe....tapi sebelum nak mengkritik, tolonglah pikir dua bende ni dulu;

1. Ko layak tak?

Kalau tak layak, tak yah kritik....simpan je dalam hati...tak pun luah kat pokok masa tak de orang....sama macam kisah raja yang bertanduk....orang yang tahu rahsia baginda tak tahan sangat nak bagitau rahsia tu sedangkan dia dah janji takkan cerita pada sesiapa...akhirnya dia luah pada pokok sebab pokok takkan bagitau sesiapa....~the rest of story pegi cari sendiri~

Well, kalau layak pulak, sila lihat point di bawah....

2. Wajarkah dikritik?

Ko ada akal kan....so tolonglah timbangkan sama ada perkara / orang yang ko nak kritik tu wajar tak dikritik....??? Besar sangat ke kesalahannya sampai akan memudaratkan? Apa kesannya selepas dikritik? Adakah semuanya akan normal seperti biasa? Adakah akan ada hati yang terguris? Adakah akan ada isu yang timbul?

Well, kalau ko rasa memang PERLU sangat mengkritik, sila lihat point di bawah....

3. Bagaimana ko mengkritik?

Setiap perkara ada caranya...begitu juga mengkritik / menegur / menasihati.... Sila teliti perkataan dan ayat yang digunakan.... Memang pada aku, tak kisah ko guna cara apa pun, orang yang dikritik tu akan terasa.... tapi at least kalau ko guna bahasa yang elok, cara yang sopan, insyaALLAH akan terbuka juga hati orang yang dikritik untuk meneliti semula kritikan tersebut dan memperbaiki diri....

Dengan kata2 yang kesat dan menyinggung hati, bagaimana boleh ko harapkan orang tu akan menyambut baik kritikan ko dan seterusnya mengubah diri untuk menjadi seperti yang ko harapkan? HUH

Kenapa tetiba ada entry macam ni ek?

YES...betul tekaan anda....kalau blog tu dimiliki oleh seorang guru, dalam tempoh masa ni tentunya akan ada entry tentang isu semasa yang melanda dunia perguruan sekarang...kritikan terlampau terhadap profesion keguruan....

Memang dah lama da isu ni...selalu ada je manusia yang bosan cuba mencari publisiti murahan dengan menjadi pengkritik hebat terhadap kerjaya guru ni.....aku senang je cakap, orang yang mengkritik ni biasanya atas dasar jeles...sorry to say, para pengkritik....tak suka dengan kritikan aku? well, we're even then....aku pun tak suka orang kritik aku apatah lagi kerjaya aku...

Biasanya aku memang tak ambik pot sangat isu2 semasa macam ni...aku malas nak tulis sebab tak nak orang cari info pasal isu tu dan terjumpa blog aku dan terbaca entry aku dan........
aku biasanya mengambil sikap berkecuali....tak suka publisiti...hohoho

Tapi kisah kritikan ni da makin melampau...lepas sorang, sorang...ada je yang nak mencuba nasib berbalah dengan golongan guru....apa yang korang dapat ek?

Aku tak nak menyatakan siapakah manusianya....sebab ramai yang da tau...kalau tak tau pegi googling...banyak blog dah post pasal bende ni...aku je outdated sket...saja nak bagi reda dulu....tapi muncul plak attention getter yang lain...HUH...nak tunggu reda lagi, karang muncul lagi yang lain....so aku tulis jela sementara tengah rajin ni....

Banyak isu2 yang diutarakan tentang guru ni....tapi pelik...kalau korang ni faham benar tentang profesion ni, apsal korang tau yang negatif je ek? yang positif mana? takkan tak de langsung????? ke korang saja nak ketengahkan yg negatif je...yg positif tak best, tak bleh jadi isu....?

Korang tak puas hati dengan kerja guru? Aku pun tak puas hati dengan korang yang tak puas hati ni!

Point pertama, Kalau ikhlas jangan berkira tentang gaji....

Point ni aku buat jadi top chart....sebab aku memang pentingkan gaji....normal la...semua orang keje sebab gaji...gaji adalah hak pekerja...ada ke orang keje tanpa gaji??? nak pertikaikan keikhlasan? keje guru je kena ikhlas? keje lain tak payah? kalau korang ikhlas keje, korang tak yah la ambik gaji korang tu....tak pun biar gaji statik...tak de pergerakan gaji...tak yah claim OT or whatsover elaun...boleh?

Guru pun manusia juga wahai manusia2 lain yang bukan guru...kami pun nak makan juga, nak bayar bil, nak beli baju, nak beli kasut....

Korang tak puas hati gaji guru tinggi?

Apasal korang siasat gaji guru je...korang siasat tak tugas guru?

Aku malas nak state tugas guru kat sini....karang kata show off... pastu pertikai keikhlasan....so korang pandai siasat, pegi siasat....

Aku memang nak gaji tinggi.....dan aku akan berikan perkhidmatan aku berbaloi dengan gaji yang aku terima, insyaALLAH.....sebagai manusia, kadang2 aku pun ada rasa kemalasan dan kebosanan terhadap tugas terutama pagi Isnin....rasa lemah je....nak bangun pagi tu pun rasa malas, rasa nak tido balik je terutama kalau hujan....huh bestnya kalau dapat sambung tido....tapi aku akan ingatkan diri aku yang aku ni da bekerja....aku pok pek pok pek kat budak yang suka ponteng, takkan aku nak jadi cmtu plak...da la sedap2 blanja gaji....nak keje malas plak...so aku gagahkan diri.....aku nak duit yang aku terima tu halal....lewat masuk kelas tu biasa la...memang ada...tapi insyaALLAH aku topup sebaik mungkin...kadang2 aku yang keluar lambat dari kelas...nak tunggu budak2 yang tak siap keje....

Tiada niat riak di sini, cuma nak inform....ada percent daripada gaji aku yang aku salurkan ke murid2 aku....aku sambut besday setiap murid kelas aku, mind you, setiap.... bukan 2, 3 bulan skali ye...setiap kali tarikh besday dorang aku sambut...nyanyi sama2....dan aku belanja something...memang tak banyak... nugget....kadang2 kek apollo...kadang2 coklat....macam bulan lepas aku bawak kuih raya....then aku berjual bunga masa hari guru dan kad raya masa sempena hari raya...modal sendiri.....keuntungan aku bagi sikit pd kedai buku skola....yang lain masuk tabung kelas, nak tampung jamuan hujung tahun nanti...modal pun aku tak ambik balik...sebab nak harapkan kutipan daripada murid, memang tak cukup....itupun walau da bulan september ni, masih ada yang tak bayar lagi...mmg aku berhasrat nak topupkan.....tujuan aku bukan nak pujian sapa2...cuma nak dorang makan sedap2 sket masa jamuan nanti....ada ke sape2 siasat bende ni dan ketengahkan? macam tak de je....it's okay then...not my intention anyway...

Itu baru aku yang baru setahun jagung jadi cikgu...cikgu2 lain yang dah berpengalaman, lagi la macam2 yang telah dorang korbankan....tak pernah nak berkira soal duit....aku percaya, kalau da namanya guru, mesti pernah je guna duit sendiri untuk fotostat bahan untuk murid....terutama pada zaman KSSR ni...semua benda nak evidens...peruntukan tak de...nak tak nak kena guna duit sendiri...ni baru dua tahun KSSR dijalankan...da banyak duit yang habis, da banyak kertas yang terkorban....ada ke sape2 yang siasat bende ni dan ketengahkan? macam tak de je....aku harap ada sebenarnya.....susah gak la kalau semua nak guna duit cikgu kan...setiap topik, kali setiap murid, kali bilangan kelas...brape dah? skrg baru tahun 1 dan tahun 2....akan datang????? mintak duit parents karang keluar isu lain...dulu aku mintak seposen untuk fotostatkan jadual pn da bising.....tu aku TOLONG untuk memudahkan dorang tak yah salin jadual...bukan wajib pun aku fotostatkan...kalau nak dijadikan isu, memang macam2...

Well, tak puas hati lagi soal gaji? Sekarang aku nak tanya plak, brape duit korang yang da spent untuk company / office / whatsoever? tak yah bagitau...aku tak minat nak tau sebab aku bukan nak kritik korang pun...kalau ada, Alhamdulillah....duit habis, pahala dan keberkatan ada...

Enough soal gaji, kesimpulannya, jangan pertikai soal gaji orang lain....gaji aku bukan milik aku orang je....tapi hak milik bank, Celcom, TM, TNB, LAP, Tesco dll



Point kedua....Cikgu2 ni bukan semuanya dari kecil nak jadi cikgu kan?

HaHaHa

Apa point ko sebenarnya?

Apa masalahnya?

Adakah orang yang bercita2 sejak kecil tu baru ikhlas?

Macam mana ko ukur keikhlasan orang ni....? Guna kaedah apa?

Aku tak ingatlah amsa kecil aku ada ke tak cita2 nak jadi cikgu....dalam kad 001 tu kena tulis 3 cita2 setiap tahun....aku rasa ada kot melekat GURU tu dalam 2 atau 3 kolum.....macam tu boleh tak? layak tak aku nak jadi cikgu ni??? ikhlaskah aku? ko boleh ukurkan?

Tolonglah....

Fikir logik sket...berapa ramai plak yang bercita2 nak jadi cikgu sejak kecil tapi tak kesampaian? Kiranya dorang layak la jadi cikgu walaupun tak menuntut sebarang ilmu perguruan? Dorang lebih ikhlas?

Masa kecil apa ko tau? Yang aku ingat, masa kecil, cita2 utama aku polis dan peguam...sebabnya...terpengaruh dengan drama Hong Kong.....adik aku nak jadi bomba dan polis trafik....terpengaruh tengok pakaian seragam dan kenderaan dorang....kawan aku masa skola rendah nak jadi doktor haiwan tapi sekarang tengah belajar medik...kiranya tak ikhlas la dia masa rawat orang sebab masa kecil dia nak rawat haiwan, bukannya manusia...gitu?

Kalau sebelum ni ko tak terpikir, sila fikir sekarang....silakan....

Point ketiga, bukan semua cikgu tu baik....

SALAH!!!!

BUKAN .................... tu baik

Tempat kosong tu boleh diisi dengan pelbagai perkara termasuklah pekerjaan....bukan untuk cikgu2 sahaja...harap maklum.....mungkin ramai yang menempuhi pengalaman yang buruk dengan guru sendiri, atau guru anak, atau guru lain yang anda pernah teengok atau dengar cerita buruk tentangnya...

Tapi adilkah nak menghukum semua guru? Kerana nila setitik?

Boleh je nak mengkritik....state je nama guru tu....dan apa yang dia buat.....jangan sebut SEMUA...jangan sebut GURU2....bukan semua ye....harap maklum.....ramai guru2 yang baik....kerana merekalah aku menjadi seperti aku sekarang....sejak tadika sampailah ke IPG....memang masa belajar dulu kadang2 rasa tak puas hati apda dorang....tapi aku sedar mereka hanya nak yang terbaik untuk murid2 mereka...bukan semua menjadi seperti yang mereka dan masyarakat harapkan.....tapi ramai yang menjadi...contohnya terdekat, AKU!


Point keempat, ilmu cikgu tak berkembang, ajar subjek yang sama je....

Ko ni cakap berlandaskan apa? ada buat research tak? Gaji cikgu rajin plak ko buat research ye....kepada mereka yang tidak mengetahui, tak semestinya guru mengajar mengikut opsyen....Alhamdulillah skola aku mengutamakan guru2 mengajar opsyen tapi mesti gak mengajar subjek2 lain yang bukan opsyen mengikut keperluan....skola yang kecil macam skola aku tak layak menerima guru opsyen seni dan opsyen muzik...so ko ingat sapa yang kena ajar subjek2 tersebut?

Aku opsyen PJ/PK/BM...tahun lepas aku mula posting...aku dapat 9 subjek; PJ, PK, BM, PMT4, PMT5, PSK, PS, KH, KT.....memang kalau tengok subjek senang2....pok pek pok pek je...tapi pikir sket bende apa aku kena pok pek pok pek tu? kena study gak subjek2 tu...baru bleh sampaikan pada murid....aku mengajar KT tahun 5 macam mengajar dinding...tak de respon langsung....aku macam syok sendiri je pok pek pok pek....so aku study betul2....cari macam2 bahan....buat powerpoint...semuanya nak tarik minat murid....dah la KT setengah jam sebelum rehat dan setengah jam selepas rehat...kitorang panggil kelas kangkang....masa budak2 rehat, aku duk dalam kelas...sebab laptop ada dalam kelas, connect to projector...tinggal nanti budak2 tu kejekan...terpaksa tunggu waktu rehat habis dan sambung ajar....

Then de cikgu kena tarik ke PPD, aku kena ambik kelas Matematik Tahun 1....memang korang rasa senang, tahun 1....kacang2 je...tapi mind you, aku bukan opsyen....aku tak de pengalaman mengajar Math...aku study balik, rujuk2 dengan cikgu2 math skola tu.....buat soalan sendiri masa exam dan tanda kertas jawapan...semua tu aku blaja balik....tu yang ko kata tak berkembang???? macam2 ilmu yang aku dapat....Alhamdulillah....

Tahun ni masih mengajar Math tahun 1, aku da dapat sesuaikan diri...malah Math da macam part of me....yela sebab bukan opsyen, so kena study balik....sebelum kelas, bukak buku, tengok pe bende yg kena ajar....cari bahan, cari ABM / BBM kalau ada....kalau xde, pakai buku dan pengetahuan sendiri....dan ditambah pulak kena ajar Math tahun 3.....tahun 3 masih PPSMI...aku yang tak teror English ni terpaksalah guna dwibahasa, mostly in BM la....cuma terms saja dalam English....rojak2...sama macam entry ni...huhu

Dan aku masih belajar....susah gak Math tahun 3 ni rupanya....nasib la de guru opsyen Math yang memang hebat...dia lebih muda tapi aku anggap mcm cikgu sbb dia ajar aku....apa2 tak faham, aku sanggup cari dia keliling skola tuk dapatkan tunjuk ajar...Alhamdulillah, makin berkembang Math aku....dengar cerita tahun depan macam akan makin berkembang ke Math tahun 4 plak....so mungkin aku kena study Math tahun 4 plak pasni.....ni kira berkembang tak?

Tahun lepas aku ajar muzik tapi ajar nyanyi2 je sebab aku bukan opsyen dan tak reti nak main alat muzik...tak de guru opsyen muzik pun kat skola aku....so tahun lepas aku terpilih pegi kursus muzik, kompang dan rekoder....Alhamdulillah, berkat pegi kursus tu, aku mula blaja not2 muzik, main kompang, main rekoder.....tahun ni aku tak ajar muzik tapi aku still praktis rekoder once in a while...harap2 bila da mahir nanti aku berpeluang ajar muzik semula dengan pengetahuan baru aku....so, ni dikira berkembang tak?

Banyak lagi point, tapi aku da penat menaip....penat kot nak menaip sambil memikirkan perkataan dan ayat yang insyaALLAH tidak terlalu mengguris hati sesape....kalau ada tu, aku mohon maaf...aku da cuba yang terbaik....tapi people make mistake.....

Pesanan terkahir aku,

GURU PUN MANUSIA BIASA



I'll be better~sayonara



No comments: