SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

I'm On Diet




Truth to be told.....currently I'm on diet.......hihihihi

Kat sini je aku bleh gtau....kat fesbuk aku tak brani nak habaq....

well kalau tengok susuk tubuh aku memang da sampai tahap wajib diet....

tapi aku ni jenis tak tabah orangnya...tak kuat iman....

kalau aku cakap kat diri aku tak nak makan certain foods, lagi la aku craving benda tu....huh

sebab tu la dari dulu aku cadang nak diet tapi tak jalan2 gak...

mula2 jer berkobar2...pastu hurmmmmm

tengah makan tu, aku cakap kat diri sendiri, hidup ni skali je, rugi la kalau tak dapat menikmati macam2 makanan semata2 nak kurus....huhu

tapi bila try baju kat fitting room, mula la memaki diri sendiri...tu la, orang suh diet tak mau....hihihi

aku tak bercadang pun nak diet sebenarnya....aku da mula pasrah dengan badan aku ni yang senang nak naik tapi susah nak turun.....

dan aku tidak mahu menimbang berat sendiri sebab tak mau kecewa melihat angka yang terpapar walaupun da dapat agak....

semuanya bermula masa kakak aku balik rumah dua minggu lepas....beliau menceritakan tentang diet yang diikutinya iaitu Diet Atkins....dia suh aku cari kat internet pasal benda ni....aku tak cari pun sebab malas....hihihi

aku macam pernah dengar gak pasal diet ni...member aku kat IPG dulu ada amalkan...tapi kadang2 je beliau amalkan..beliau cakap diet protein iaitu banyak makan makanan yang mengandungi protein dan avoid makanan yang mengandungi karbohidrat....

masa tu aku tak ambik pusing sangat sebab dia pun kadang2 je amalkan dan dia pun kejap naik kejap turun berat badannya...tapi bila kakak aku suggest diet ni dan beliau sendiri amalkan dan ada penurunan, aku macam tertark plak untuk mencuba...

tapi dugaannya besar plak....tak leh makan nasi...huaaaaaaaaaaa....makanan ruji masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu yang mana aku ini warganegara jati Malaysia dan juga orang melayu tulen...dari kecik disuapkan dengan nasi, mana plak nak avoid nasi ni...adoiiiii

tapi aku macam nekad gak kali ni sebab da seminggu aku tak makan nasi ni....hihihi...tengok la lama nanti aku bertahan...adik laki aku siap cabar laagi...dia kata tak tahan lama tu...huhu...we will see...

hurmmm tak dapat la nak order nasi goreng biasa + telur mata lagi seperti mana yang aku slalu makan masa kat IPG dulu...huhu

selain itu....aku juga tak dapat menikmati makanan feveret aku yang lain yang mana kebanyakkannya mengandungi karbohidrat seperti makanan berasaskan pisang (pisang goreng, cekodok, buah pisang itu sendiri), roti canai dan capati (tapi mak aku kata capati bleh makan sebab diperbuat drpd tepung yg x banyak karbohidratnya...hurmm xtau la sah ke tak huhu), burger dan pizza (rotinya mengandungi karbohidrat) dll yang sedap2 dan mengandungi karbohidrat...huaaaa

yang bestnya ayam dan telur bleh makan....tapi aku macam da muak je makan ayam...kat kantin pun aku makan lauk je, x makan nasi.....orang kantin dan cikgu2 lain macam perasan je...aku cakap la aku diet....slalunya kalau aku makan sket aku suka cakap aku diet tapi as a joke la...kali ni betul2 diet, rasa segan sebenarnya nak gtau i'm on diet....huhu

Aku ada beli ayam goreng segera dan nugget untuk dimakan di kala lapar tapi da mula muak la.....da la perut asyik lapar je...benda tu pn da habis ni....esok gaji baru nak restock balik....

stakat ni walaupun nasi aku tak makan, tapi aku makan je megi dan kuetiaw....tadi plak baru makan burger samurai mcD...hihihi...harap kakak aku xtau la...hehehe.....sebenarnya hasrat hati nak makan satay tapi puas ronda tak bukak2 lagi gerai satay maka makan mcD jela, cepat dan mudah, dan menggemukkan...hukhukhuk

sebenarnya aku tak brani nak annouce tentang keDIETan aku ni sebab aku sendiri tak yakin aku akan bertahan lama....tak lama lagi butir2 nasi akan menerjah masuk mulut aku juga...soon...very soon...hihi

tapi setakat ni bleh bertahan aku akan cuba bertahan...

aku pun tak la buat diet ni betul2 sebab tu la tak nampak pn perubahannya....aku tak pernah timbang lagi berat aku sekarang, mana la nak tau de perubahan ke tak...hohoho

dan kakak aku kataa mula2 nak diet kena ada fasa orientasi la kiranya...kena avoid benda bergula dalam dua minggu maksudnya nak minum air pn kena air masak je...air lain kan sumer bergula...kopi pahit x larat plak aku nak telan....so aku skip jela orientasi....anggap je aku second intake yg xyah orientasi.....hihihihi

sebelum ni aku nak wat diet kalori sebenarnya...nak kira kalori makanan yg aku ambik tapi leceh plak...mana la nak tau bape kalori setiap makanan dan nak kira lagi tu...susah la...ape je la yang senang kat dunia ni kan....hurmmmm

apa yang aku dapati, diet ni lebih banyak menghabiskan duit...slalu aku makan nasi separuh + satu jenis lauk campur air paling mahal pn 5 hengget....sekarang ni aku ambik lauk je, ayam aku ambik dua ketul campur air dalam 6 hengget la...hurmmmm...belum masuk lagi kos ayam goreng segera, nugget....semua tu penting tau sebab karbohidrat tak de so aku cepat lapar....~sigh~

tah la sampai bila aku bleh bertahan...doakan aku ye...semoga ada la perubahan....semoga ada la semangat aku nak teruskan dan lipatgandakan usaha aku dalam amalan diet ni....dan semoga dalam fitting room aku tak perlu mengeluh lagi....hihihi....insyaALLAH...;)



6 comments:

Nurul K said...

elly boleh!

ReDiculousLy said...

yeah...Malaysia boleh.....hehehe

Miss Aizamia said...

Xyah la nak diet2 elly. Aku ji diet2 pun buncit gak. Haha

ReDiculousLy said...

blah la...ko buncit sebab lain...buatan orang...hehehehe

Miss Aizamia said...

Aku buncit sbb dah tiba masanye aku buncit. Ko pun akn kurus bile tibe masenyer ko kurus nti. Hehe

ReDiculousLy said...

menunggu aku kurus ibarat menunggu prince william melamar aku sbagai isteri kedua la....hahaha