SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

From the Other Side




Salam and good day REaDers...



Selalu je terpampang di dada akhbar, tersiar di kaca televisyen, berkumandang di radio....tentang kes penderhakaan anak terhadap ibu bapa yang telah tua....

Pelbagai kes.... anak tinggalkan ibu bapa di rumah orang-orang tu dah biasa la..... yang luar biasa, anak tinggalkan ibu di hotel.....hurmmmmm

Dalam kes macam ni, tentu ramai akan salahkan anak-anak....pelbagai makian dikeluarkan....tak kenang jasa la, lupa daratan la, kejam la.....

Bagi aku, memang kejam la kalau tinggalkan di hotel macam tu je....

Tapi dalam kes lain, tak pernahkah anda terfikir, apa punca yang menyebabkan anak-anak bertindak sebegitu?

Memang ada yang betul-betul lupa daratan, tak kenang budi, tak kenang jasa, kacang lupakan kulit....

Tapi kena ingat, ibu bapa pun ada saham atas kelakuan anak-anak...

Kena imbas semula, bagaimana didikan yang diberi....? cukup ke kasih sayang dan perhatian yang diberi?

Ada sesetengah ibu bapa, masa anak-anak kecil, mereka abaikan, sibuk bekerja, sibuk dengan urusan dunia, tak beri anak-anak didikan yang cukup, kasih sayang yang cukup, tak pernah ambil tahu tentang keperluan dan kehendak mereka, tak pernah ambil tahu tentang perasaan mereka....

Then, bila anak-anak dah besar, what? nak harapkan anak-anak kenang budi, balas jasa, ambil berat tentang ibu bapa, ambil tahu keperluan dan kehendak ibu bapa? beri ibu bapa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya? ambil tahu dan fahami perasaan ibu bapa?

So kena muhasabah diri dulu...

Bagi korang yang ada anak-anak yang masih kecil...cuba tanya diri sendiri...

* Adakah korang beri mereka kasih sayang dan perhatian yang secukupnya?
* Adakah korang ambil tahu keperluan dan kehendak mereka?
* Adakah korang didik mereka dengan agama dan moral yang cukup?
* Adakah korang menunjukkan contoh yang baik?
* Adakah korang memahami perasaan mereka?
* Adakah korang ambil berat tentang pelajaran mereka?
* Adakah korang tau sama ada dorang ada kerja rumah tak?
* Adakah korang tau siapa kawan baik mereka?
* Adakah korang tau makanan dan minuman kegemaran anak-anak korang?
* Adakah korang tau apa yang anak korang suka dan apa yang mereka tak suka?
* Adakah korang tau hobi dan cita-cita anak korang?

Kalau ada jawapan TIDAK di antara soalan di atas, baik korang perbaiki diri korang....baru la nak demand apa-apa....

Kalau nak anak-anak yang baik, yang boleh jaga korang masa tua...tolonglah melabur dari sekarang...jaga anak-anak tu baik-baik....didik mereka supaya menjadi seperti yang korang harapkan iaitu boleh jaga korang masa tua nanti...adios bye bye bicycle


I'll be better~sayonara



2 comments:

Nurul K said...

mak bapak sibuk bekerja, langsung x ingat anak kat rumah. pastu tanggungjawab bagi kat skolah. anak buat perangai, pi marah skolah. alahaiii.... check diri sendiri dulu ape-ape pun sebelum tuding jari pada orang lain.

jom pg bercuti....! aku nak muntah jaga UPSR.

ReDiculousLy said...

tu la pasal...hubungan parents dengan anak2 bkn sekadar nama je....kena la faham anak2 tu....kadang2 anak dah darjah brape pun x tau...ade je parents mcm tu...pastu bile da tua, harap anak tu jaga dorang....hurmmmm

jom.....aku stress la lately....nak pegi mana ye?