SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Evolusi Handphone



Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, evolusi bermaksud perkembangan secara beransur-ansur, terutama pada bentuk yang lebih kompleks.

Benda yang jelas menunjukkan evolusi adalah telefon bimbit atau dalam bahasa Inggerisnya, 'handphone' / 'handset' / 'mobile phone'.

Handphone sekarang ni makin lama makin canggih....dulu hanya boleh call dan sms je...pastu bleh dengar muzik, pastu sekarang ni boleh melayari internet.

Jenama2 handphone pun berebut2 untuk menghasilkan telefon2 yang lebih cantik dan canggih daripada jenama pesaing mereka. Syarikat2 telekomunikasi pun mengambil kesempatan dengan menawarkan pelbagai pakej, pelbagai plan. Malah mereka bekerjasama pulak dengan syarikat handphone untuk menawarkan pakej yang hebat contohnya kerjasama antara Maxis dan Blackberry.








Ini adalah handphone pertama yang aku miliki, Nokia 3315. Bentuk dan fungsinya sama saja dengan Nokia 3310 atau lebih femes dengan nama 33 sekupang (10 sen). Kakak aku punya first handphone pun model ni gak. Mak aku belikan handphone ni masa aku form 5, tak tau sebab apa. Mungkin sebab aku masuk asrama dan senang untuk contact kot. Masa tu harganya 500 lebih kalau tak silap, skali dengan simkad. No aku yang mula2, 0174694191. Simkad masa tu mahal. Dalam 60 ringgit. Then turun jadi 20 ringgit. Aku beli nombor kedua sebab simkad aku yg first tu kena reject akibat main code. Second number aku, 0175546191. Tak reti tapi gatal nak main. Padan muka..huhu. Nombor aku yang kedua ni aku pakai lama gak. Then aku da tak pakai sebab aku pakai Celcom plak. Nombor ni aku bagi kat adik perempuan aku. Tapi sebab dia menggatal, aku pun ambik balik simkad. Tah mana pun simkad tu.

Handphone ni la yang paling femes pun. Fungsinya untuk call dan sms je. Paling hebat pun bleh main game. Adalah game ular, pastu game space war camtula...huhu. Pastu bila handphone2 lain kuar yang lebih cantik bentuknya dan lebih canggih, orang tak pandang sangat handphone ni. Orang kata hanya untuk baling kat anjing je (untuk halau). Yela, sebab handphone ni besar dan berat. Tapi sekarang susah nak cari balik handphone ni. Handphone aku ni ada lagi padaa adik aku. Elok lagi katanya tapi dia tak guna pun.








Ini handphone kedua aku, Nokia 6610. Aku tak tau pun nama handphone ni sebenarnya masa beli. Beli pun tak dirancang. Masa tu aku da masuk IPG. Adik aku yang lelaki tu nak sangat pakai handphone. Masa mak dan adik aku hantar aku ke stesen bas, terpergi plak kedai handphone dan terbeli handphone ni. Mahal jugak harganya, 500 lebih kalau tak silap. Nokia 3315 tu aku bagi pada adik aku. Aku kinda menyesal gak beli handphone ni sebab function sama je dengan handphone Nokia tu. Cuma bentuk kecik sket je dan ada kamera. VGA pun masa tu. Dah la tak de cable, infrared ada tapi tak bleh guna. So kalau ambik gambar pun tak bleh pindah mana2. Dah la gambar tak lawa.








Handphone ni kakak aku punya masa dia belajar di poli dulu, NEC E238. Aku pernah tukar handphone aku sekejap dengan dia. Saja nak merasa. Aku suka handphone ni sebab bentuknya cantik. Gambarnya pun cantik walaupun kamera VGA dan saiznya kecil. Jenama NEC ni tak berapa femes untuk handphone tapi aku tetap suka. Bayangkan gambar kamera VGA NEC lebih cantik daripada nokia yang kameranya 1.3 megapixel. Handphone ni still ada lagi kat rumah aku tapi kondisinyaa dah tak berapa elok. Al-maklumlah handphone flip / kepak ni memang akan de masalah kat bahagian tengahnya sebab slalu bukak tutup.. so lama2 akan longgarlah.








Aku sangat gembira dan bangga memiliki handphone ni sebab handphone ni antara handphone slide yang pertama la, Nokia Express Music 5300. Aku beli handphone ni menggunakan duit kutu yang aku dapat. Harganya rasanya dalam 600 lebih. Aku main kutu dengan mak aku menggunakan duit elaun yang aku dapat stiap semester. Masa tu sanggup makan megi je hari2, semata2 nak berjimat. Aku suka handphone ni sebab bentuknya comel, senang nak dengar muzik, dan ada warna merah kegemaran aku. Cuma 1 je prob, gambar tak cantik dan pecah2 walaupun 1.3 megapixel. Gambar NEC E238 yang VGA tu jauh lebih cantik. Handphone ni masih ada lagi pada aku. De masalah sket time call orang...orang tak boleh dengar sangat aku cakap apa. So aku simpan sebagai kenangan je la.







Pembeian handphone ni tidak dirancang. Masa tu temankan member, Dayah pegi beli handphone, then ternampak handphone ni, LG KS360. Aku dan roommate aku, Zam terus terpikat, love at a first sight. Terus kitorang pakat naak beli, Zam warna biru dan aku warna merah. Handphone ni memang stylo tapi lembap. Memang menyakitkan hati gak la. Tapi tetap suka sebab comel dan gambar boleh tahan lawa gak. handphone ni hilang masa aku pergi Pahang, majlis pertunangan Zam dan wedding kakak dia. Aku dengan member aku, Wardah tido rumah Zam. Aku letak handphone tu atas meja solek Zam sebab takut jatuh dari katil. Aku letak sebelah handphone Zam. Zam tak pakai da handphone tu sebab dia da ada handphone baru yang lebih canggih, bf (sekarang da jadi suami) dia bagi. Meja solek tu dekat dengan tingkap. Esoknya bangun dah tak de handphone tu dua2 skali. Cermin tingkap tu da ditanggalkan. Maksudnya ada orang curi la. Hurm, da sampai sini je jodoh aku dengan handphone ni. Yang klakanya aku dengan Zam beli sama2, hilang pun sama2...huhu. Tak pela, bagi jela kat pencuri tu merasa betapa lembapnya handphone tu...huhu







Sejak handphone LG tu hilang, aku pakai Nokia 5300 tu balik tapi mak marah sebab mak asyik tak dengar aku cakap apa bila call so mak suruh pakai handphone ni dulu, Sony Ericsson W205. Handphone ni originallynya milik adik lelaki aku, Loppy. Kakak aku yang blikan. Then Loppy tukr handphone dengan adik perempuan aku, Caah. Caah bukan pakai sangat sebab dia skola lagi. Lagipun dia de handphone lain yg kurang canggih. Tapi aku pulangkan balik handphone ni pada dia. Tak tahan dia asyik mengungkit je.








Ekoran kejadian tu, mak aku bagi aku guna handphone dia ni, LG KF300 atau Wine. Mak aku plak pakai handphone adik aku yang kurang canggih tu. Handphone ni kakak aku belikan tuk mak aku. Aku guna handphone ni sampailah aku kerja. Handphone ni ok, tapi kondisi dia da kurang baik, yela, da lama mak aku pakai. Mak aku bukan jaga sangat fizikal handphone ni, so kotor sket la luarannya.








Bila da keje, aku pun merasakan sudah sampai masanya aku tukar handphone yang lebih canggih. Beli handphone ni pun tak dirancang. Aku tengah jalan2 dengan mak dan adik2 kat shopping mall. Tetibe rasa nak beli handphone dan tengok handphone ni lawa pulak. Masa tu aku belum gaji. So aku guna kad kredit mak aku dan aku bayar tiap2 bulan (da habis bayar..kad kredit tu pun da terminate...tak nak berhutang da). Handphone ni pun prob gak. Lembap. Aku suka sebab tak fully touch screen. Aku de masalah sket dengan touch screen ni. Lagipun handphone ni mengingatkan aku dengan handphone LG yang da hilang tu...huhu. Handphone ni aku bagi pada Loppy bila aku tukar handphone. Loppy nak sangat handphone ni. Dia ada kumpul duit nak beli handphone. Masa mak aku tak de duit, mak aku suruh dia pakai duit dia dulu untuk perbelanjaan sekolahnya. So aku kena tolong mak aku gantikan balik la handphone yang sepatutnya dia beli tu. Handphone ni masih ada pada Loppy dan dia sedang menggunakannya.








Pembelian handphone ni memang dirancang. Si Loppy tak sabar nak ambik handphone Sony aku. So aku bercadang la nak tukar handphone. Dan alang2 tukar, baik tukar yang canggih terus. Mula2 dalam dilema gak nak Notes atau S2. Tapi aku pilih Notes sebab senang sket nak taip, skrin besar (tu pun still de typo masih typing). Dan nak tengok senang, aku ni kan rabun sket...huhu. Aku beli dua ribu dua ratus kalau tak silap. Setakat ni ok je aku pakai. Cuma lembap sket tu biasa la. Aku ni sumer nak cepat so sumer pun aku rasa lembap...huhu.


Tak tau la lepas ni pe lagi function2 canggih handphone. Setakat ni aku tak rasa nak tukar handphone. Tak tau la pasni kalau de yg lebih canggih melampau2...huhu





No comments: