SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Hari Ibu yang Tidak Haram


Salam and good day REaDers...

Dah 25 tahun aku hidup.........tahun ke-25 ni la first time aku mendapat tau yang menyambut Hari Ibu adalah haram.....huh

Mula2 tau tu bila sorang colleague aku baca kat fesbuk dan menghebohhebahkan.....kononnya sebab orang (tak pasti Kristian atau Yahudi atau zaman Greek dulu) ada menyambut hari untuk memuliakan Mother God dorang.....so kalau kita pun sambut maka menyerupai la....

So macam2 la pendapat...ada yang setuju...tak kurang juga membantah....termasuklah aku.....

Come on la....sejak bila plak masa menyambut hari ibu, kita memuja2 ibu kita? Ada ke kita menganggap ibu kita Mother God???? Setau aku, di Malaysia ni, sambutan hari Ibu bukan sambutan keagamaan....sama la macam Hari Guru, Hari Polis, Hari Merdeka, Hari Jururawat, Hari Kanak2 Sedunia, Hari Pekerja, Hari Tandas Sedunia...dan lain2 lagi yang aku malas nak taip....

Well sebelum ni aku tak de la sambut mana pun hari2 macam ni....setakat tau jela...tapi tak pernah berfikiran negatif pun...cuma tahun ni, de rezeki lebih sket, ingat nak belanja mak aku makan besar.....nak menunjukkan penghargaan....bagi mak aku hepy sket....tapi bila dengar benda2 nonsense ni, hurmmmm

Tak taula orang lain sambut macam mana....mungkin meriah, beria2...tapi aku rasa xdela sama macam mempersembahkan apa2, lembu ke...kerbau ke....darah ke....dan xde plak mengorbankan apa2...bayi ke...anak dara ke....

Memang ada orang kata, penghargaan untuk ibu tu perlu setiap hari, bukan untuk hari tertentu je...tapi fikirlah sikit...ada ke hari2 orang bawak mak dorang makan besar? hari2 bagi hadiah? atau hari2 wish selamat hari ibu? Kita manusia yang memang slalu lalai ni memang memerlukan excuse untuk satu hari ditetapkan untuk buat benda2 tu semua....

Sama la macam Hari Guru...bukan 16 Mei je murid kena hargai dan hormati guru...hari2 pun kena...tapi takkan hari2 murid kena wish selamat hari guru, bagi hadiah....takkan hari2 plak guru kena nyanyi lagu Kami Guru Malaysia....so ditetapkanlah satu hari tu khas untuk memperingati guru....

Sama la dengan Hari Ibu ni....

Masa tengah heboh2 dengan Hari Ibu yang haram ni, aku adalah terbaca blog keretamayat...aku hepy sebab pendapat beliau lebih kurang sama macam aku....dan aku sangat2 setuju dengan pendapat beliau....common sense......

Pendapat iniwootwoot pun boleh diterima...nak sambut, sambut, tak nak sambut, sudah....senang......

Bagi aku manusia sekarang ni dah banyak disogokkan dengan reality show...semuanya nak jadi juri....semuanya nak jadi pengkritik....so benda2 macam ni pun bleh dikritik...apa2 saja di dunia ni nak dijadikan modal....next week dah Hari Guru....then pasni Hari guru pun haram gak???? yela, barat kan yang mula sambut Teacher's Day....so kita tak blehla mencontohi barat....

Then pasni birthday pun tak bleh sambut....

Huh

Tolong faham konsep ok.....menyerupai sesuatu kaum tu kalau kita cakap, pakai atau buat sumthing yang bila orang dengar atau tengok, terus assume kita adalah dari kaum tersebut....contohnya pemakaian salib....sape2 yang nampak terus orang assume Kristian...so kita yang Islam tak boleh la pakai...kalau sape2 pakai, orang anggap Kristian, akan tergolonglah si pemakai tadi ke dalam kaum tersebut....

Kalau nak ikut menyerupai memang banyak yang kita serupa dengan kaum tersebut tapi tidaklah sampai melanggar akidah....contohnya dari segi pemakaian (kemeja, jeans, tali leher), tulisan dari kiri ke kanan (bak kata encik Hamka dalam keretamayat)....kalendar, sistem pentadbiran negara, perniagaan, perubatan, pendidikan, perundangan...dll....kenapa serupa? sebab kita banyak belajar daripada dorang....untuk kebaikan kita sendiri juga...asalkan benda2 tu tidaklah sampai menyebabkan kita meniru agama dorang pulak....kita ada akal....ada iman...guna la....

Ok

Aku nak orang bersikap rasional so I'll do the very same....

Korang ada pendapat sendiri....aku pun ada pendapat sendiri....

Manusia ni ada penyakit kritikal....kalau dah percaya kat sesuatu tu akan jadi taksub....then nak semua orang percaya benda yang sama...then condemn orang yang tak nak percaya benda yang sama....

You can't tell me what to believe!

Aku pun takkan paksa orang percaya pada apa yang aku percaya.....

Kita ikut jalan masing2 la...sukati ko nak percaya apa tapi tak perlu condemn orang lain.....

Tahun ni first time aku sebetul2nya nak celebrate Hari Ibu sebab tahun2 lepas tidak berkesempatan....insyaALLAH Hari Ibu yang aku dan adik2 aku sambut ni tidak haram sama sekali kerana kami meraikan mak kami dan mak kami sama sekali bukan Mother God or whatever....kami makan di Pizza Hut yang insyaALLAH makanannya halal2 belaka dan aku membayar menggunakan duit gaji aku yang insyaALLAH halal....tak nampak pun celah mana yang haram.....;?

Oh ye, kalau nak kata sambutan ni menyerupai kaum bukan Islam tu, don't worry...setakat kitorang makan tadi, tak de sape pun yang kata kitorang bukan Islam....tak menyerupai langsung....

Selamat Hari Ibu mak......semoga bahagia selalu.....;)

 













I'll be better~sayonara




2 comments:

3yd@ said...

lepas ni kene pkai baju kurung je..jalan kaki..internet ni pon jangan pakai..hehe

THiNKeR-eLL said...

adoi....tak lalu la nak pakai baju kurung je ke mana2...cukupla ke skola dan pegi kenduri....hehe