SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

13 Places To Go Before I Die




1. Mekah



Sebagai umat Islam, tentulah aku mesti menunaikan ibadah ke-5 iaitu menunaikan haji jika berkemampuan...tak pun, kalau ada rezeki sikit, aku nak menunaikan umrah, bawak family skali...aku nak tengok sendiri kaabah...nak solat dalam Masjidil Haram...nak sentuh dan cium Hajaratul Aswad...semoga termakbul gak impian aku nak pegi ke Mekah ni suatu hari nanti...insyaALLAH


2. Madinah



Kalau dah pergi Mekah, tak lengkap plak kalau tak pegi Madinah...aku harap dapat menyaksikan sendiri negara yang dimajukan oleh Rasulullah S.A.W...aku juga nak menziarahi makam Rasulullah S.A.W...insyaALLAH


3. Jepun



Aku ni memang peminat Jepun...tak kira dorama...anime...lagu...artis...filem...pasukan bola sepak...bahasa....dan juga negaranya sendiri...aku teringin nak pergi tengok bunga sakura....nak naik menara Tokyo...dan juga nak pegi konsert artis Jepun yang aku minat...KAT-TUN, Ueda Tatsuya dan Akanishi Jin...;p


4. London



London ni memang aku teringin nak pegi sejak aku kecik lagi....aku tertarik bila tengok dalam filem atau drama bersiri, London ni suasananya macam tenang je...sejuk je....rasa teringin nak merasa sendiri keadaan kat sana....aku teringin nak pegi London Bridge bila dengar lagu London Bridge is Falling Down...aku teringin nak pegi tengok istana2 kat sana...terutama istana yang didiami oleh Prince William dan Prince Harry....aku harap dapat pegi melawat tempat2 dalam Harry Potter...platform 9 3/4, rumah dia, skolah dia (Hogwart)....dulu aku harap sangat dapat menyambung pelajaran ke University of Oxford...harap suatu hari nanti kesampaian jugak harapan aku ni...


5. Korea



Aku teringin pegi sini atas pengaruh drama2 Korea...terutama Winter Sonata....aku nak pegi melawat tempat2 yang ada dalam drama tu....dan juga drama2 Korea yang lain....melawat istana dalam Goong dan Jewel in The Palace...kafe dalam Coffee Prince....dll....sama macam dalam filem Thai, Hello Stranger, watak dalam tu pegi ke tempat2 scene drama Korea.....macam best jek...harap2 suatu hari nanti aku pun berpeluang....


6. Rusia



Tak tau kenapa...tapi aku tertarik sangat dengan negara Rusia ni....mungkin sebab aku ni suka seni bina dan seni bina kat sana best2 dan banyak bercirikan Islam....harap suatu hari nanti aku dapat tengok sendiri bangunan2 yang menarik kat sana.....aku juga nak menyelami budaya orang2 sana....macam best je aku tengok kat Jejak Rasul tahun lepas....;p


7. Italy



Italy ni aku rasa unik sebab Rom kan penuh dengan mitos dan sejarah....banyak bangunan2 lama yang membuatkan aku tertarik untuk melawat terutama Menara Pisa...walaupun aku selalu je pegi menara Condong Teluk Intan, tapi aku tetap nak pergi gak ke Menara Pisa ni....aku juga nak makan pizza dan pasta di sana.....mesti susah cari yang halal kan...huhu....


8. Prague



Tempat ni pun aku tertarik sebab bangunan2 yang unik di sana...aku first tau tempat ni dalam majalah....Prague ni adalah ibu negara Czech Republic....then aku tengok dalam filem Enter The Eagle dan Mission Impossible...lagi la aku tertarik nak pegi tempat ni....aku nak tangkap gambar bebanyak............................


9. Paris




Aku suka Paris bukan sebab Paris ni Kota Cinta ye....tapi sebab di sana penuh kesenian...aku bukan la berseni sangat orangnya...tapi aku suka tengok benda2 yang unik....dan aku paling teringin nak pegi Eiffle Tower....


10. Hong Kong



Aku suka Hong Kong sebab aku membesar dengan drama2 Hong Kong terutama TVB....huhu....masa menonton tu, aku rasa teringin sangat nak rasa kehidupan kat sana....macam best jek....harap2 aku berjaya gak la sampai ke sana....


11. China



Negara China ni pulak aku suka sebab aku suka zaman2 dinasti ni...rasa mcm best je kehidupan diraja dorang...aku snagat teringin nak pegi ke Tembok Besar dan Istana Larangan.....


12. Mesir




Aku suka Mesir sebab negara ni banyak tersembunyi mitos2 dan lagenda2...banyak misteri yang belum terungkai....walaupun mcm seram2 je dgn mumia la....tapi aku teringin gak nak masuk Piramid....


13. India



Yang aku suka pasal India tentulah Taj Mahal.....teringin nak tengok sendiri simbol cinta ni.....


Sumber gambar: google images



Update: No 3 dah tercapai walau bukan semua tempat...insyaALLAH ada rezeki nak pergi lagi dan melawat tempat2 yang tak sempat pergi... :)




Yay...Dah Ada Tiket


Salam and good day REaDers...


Yay...akhirnya aku berjaya membuat keputusan dan bertekad membeli gak tiket ke konsert A7X.....satu keputusan yang gila...hehehe

Dah lama sebenarnya aku beli tiket ni...tapi sibuk sangat nak post kat sini....aku beli secara online pada 10 Mac...betul2 sebelum aku bertolak ke Negeri Sembilan untuk bercuti....sebabnya aku buat keputusan tergesa2 adalah 11 Mac tu adalah hari terakhir untuk tawaran early bird iaitu harga murah sket...so cepat2 aku online dan beli tiket tu di ticketpro....aku beli dua tiket...yela, takkan aku nak pegi sorang....so aku ingat nak ajak adik aku...terpaksa la payung dia...huhu...sebenarnya bleh je ajak kawan aku kt kL tapi aku nakkan kawan dari Perak ni sebab habis konsert tu terus nak drive balik....

Aku tak tau la aku berkesempatan ke pergi konsert tu...mmg da beli tiket...tp mana la tau, de masalah plak yang datang bergolek masa tu...kita hanya merancang..Tuhan yang menentukan...aku berdoa supaya aku berkesempatan pergi dan tak de masalah yang melanda....kalaula aku tak dapat gak pegi, pasrah jela....300 lebey duit aku melayang cmtu jela...tiket tu simpan wat kenangan jela...huhu

Tak sabarnya 29 April ni...................................................wait for me A7X especially Synyster Gates...;p







I'll better~sayonara