SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Mengenang Whitney Houston




Salam and good day REaDers...

Pagi tadi aku bukak fesbuk then terbaca post sorg kawan aku ni yang tertulis "RIP Whitney Houston"......biaq betiq? RIP tu setau aku shortform untuk Rest In Peace...Rest In peace tu plak membawa maksud someone tu dah mati....

Terus aku googling taip "whitney houston died"...dan keluarlah pelbagai link sites yg tertulis "Whitney Houston dies at 48"....aku pun memilih satu sites yg tertulis cnn untuk dibukak...banyak sites tapi aku pilih cnn ni sbb cnn macam bleh percaya jek...huhu

Dalam sites tu bagitau yang Whitney dijumpai mati di sebuah Beverly Hilton yang terletak di Beverly Hills, California....punca kematian masih disiasat...polis yg bertugas tu cakap tak de kesan2 nyata yang dia dibunuh..

Whitney mati pada usianya 48 tahun....aku pun da lama tak mengikuti pasal Whitney ni sampailah aku dapat tau pasal kematian dia ni...






Apsal aku kesah pasal dia?


Masa aku skola rendah dulu, aku sangat minat Whitney Houston....aku paling suka lagu When You Believe yang mendiang duet dengan Mariah Carey...



Sumber video: utube


Sorang klasmate aku cakap muka aku cam Whitney...yela sebab aku memang gelap pun...tapi aku tak kisah dia cakap aku cmtu...sebab aku memang minat Whitney....masa aku first kenal Whiteny di kaca tv, dia berambut pendek...maybe tu salah satu sebab aku suka dia...masa kecik aku kan berambut pendek so aku akan tertarik la dengan orang berambut pendek gak....



Lagu2 dia yang aku minat masa tu..

When You Believe


Heartbreak Hotel


It's Not Right But It's OK


Whatchulookinat


I Will Always Love You



Sumber mp3: 4shared





Aku rasa dia ni berbakat besar...lagu2 dia pun best....tapi sayangnya dia terlibat dengan ketagihan dadah...tu yang membuatkan aku minat aku pada dia pudar....yela, nak harap apa pada artis terutama artis barat...mesti ada jek yang terlibat dengan benda bukan2...dadah la..alkohol la...sxx la.....so artis barat ni setakat nak minat rupa dan lagu tu bleh la...tapi nak dijadikan idola a big NO...tak sesuaiiiii



TENTANG MENDIANG

Nama penuh
Whitney Elizabeth Houston

Lahir
9 Ogos 1963
Newark, New Jersey, A.S.

Mati
11 Februari 2012 (umur 48)
Beverly Hills, California, A.S.

Pekerjaan
Penyanyi, pelakon, peragawati, penerbit filem, penerbit rakaman, penulis lagu

Tahun aktif
1977-2012



Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati berbangsa Amerika Syarikat. Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records. Antara 415 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 6 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 170 juta album, single dan video ke serata dunia. Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun. Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas.

Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama. Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200. Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video untu "How Will I Know", mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya.


Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja. Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah. Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records. Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You.

Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.


Sumber info: copy paste wiki






Sumber gambar: google images


I'll be better~sayonara