SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

A Little Thing Called Love (2010)










Salam and good day REaDers....

Cerita ni aku download masa mula2 masuk streamyx....masa tu eager nak mendownload....tapi masa tu masih tak pandai nak cari website2 yang menawarkan free download...so bila jumpa jek website yang boleh download...aku main taram jek....saja nak test kebolehdownloadan (istilah baru) menggunakan streamyx ni....hehe...kebetulan plak download cerita Thai ni yang sebenarnya tak de langsung dalam list aku nak download....citer Thai yang aku pernah layan pun drama bersiri yang ada Jesadaporn Pholdee yg kacak tu...

Jesadaporn Pholdee

First Love (A Little Thing Called Love) (Thai: สิ่งเล็กเล็ก ที่เรียกว่า..รัก) (Sing leklek Tee reak wa... Rak), leboih dikenali sebagai Crazy Little Thing Called Love, merupakan filem komedi romantik Thai pada tahun 2010 dan juga merupakan 2011 Asian sleeper hit film dibintangi oleh Mario Maurer dan Pimchanok Luevisadpaibul.

Mario Maurer

Pimchanok Luevisadpaibul


JALAN CERITA
(spoiler) Nam tinggal bersama ibu dan adiknya. Dia secara diam-diam menyukai seniornya, Shone. Tiga orang kawan baik Nam membantunya untuk memberitahu perasaannya dengan bantuan sebuah buku bertajuk, '9 Recipes of Love'. Namun, usaha mereka sentiasa gagal kerana seorang gadis yang cantik turut menyukai Shone dan bersaing dengan Nam untuk memenangi hati Shone.

Nam terpilih untuk berlakon sebagai watak utama dalam persembahan drama sekolah, Snow White. Kawan baik Shone semasa sekolah rendah yang baru sahaja masuk ke sekolah itu menyaksikan persembahan tersebut dan jatuh cinta pada Nam yang telah pun berubah menjadi lebih cantik. Top mula mendekati Nam dan mengakui perasaannya pada Shone kemudian pada Nam. Nam tidak menjawab kerana terlalu terkejut. Apabila Top mengucup pipinya pada suatu hari, Nam mula sedar bahawa dia tiada perasaan langusng pada Top dan akhirnya berterus-terang pada Top. Top yang kecewa meluahkan pada Shone dan meminta Shone berjanji tidak akan jatuh cinta pada Nam.

Tiga tahun telah berlalu sejak permulaan cerita. Sebelum cuti tahunan, Nam meluahkan perasaannya pada Shone tetapi mendapat tahu Shone telah bersama dengan Pin. Pada malam itu, sebelum pergi ke Bangok untuk menyertai pasukan bola sepak, Shone meninggalkan diarinya di hadapan rumah Nam. Diari itu mengandungi gambar-gambar Nam dan terbongkarlah bahawa dia juga menyukai Nam tetapi tidak berkesempatan untuk meluahkannya. Nam pergi ke USA untuk melanjutkan pelajaran kerana ayahnya berjanji akan membawa Nam tinggal bersamanya jika dia mendapat kedudukan pertama di sekolah.


9 tahun kemudian, Nam telah menjadi pereka fesyen yang terkenal dan Shone pula merubah kariernya daripada pemain bola sepak kepada jurugambar. Nam dan Shone disatukan dalam satu rancangan TV.

Sumber info: wiki

Sumber gambar: google images


RED

Aku bersyukur sangat sebab terdownload cerita ni....memang best dan berbaloi ditonton...ceritanya simple jek tapi sweet sangat...walaupun aku dah beyond remaja tapi still rasa terpanggil untuk terharu tengok cerita ni...hehe...mungkin gak aku rasa deja wu...rasa ironi....

Cerita ni pasal sorang high school girl yang dalam kategori tak popular ada crush pada seniornya yang dalam kategori popular....pompuan tu sedar diri dia tu cmne so dia hanya memandang dari jauh jek sehinggalah kawan2 dia dapat mengesan perasaannya...doranglah yang menolong dan memberi semangat kepadanya untuk try confess....

Kenapa aku rasa deja wu...ironi??? Sebab aku pun sama macam pompuan tu gak...kategori tak popular masa skolah dulu...ada crush...tengok dari jauh jek sebab tak brani confess... de kawan2 yang selalu bagi semangat....hahaha....rasa klaka jek bila fikir balik....tapi aku tak de la macam pompuan tu....aku memang tak berani nak confess plus aku rasa stakat cinta monyet jek...bukan betul2 true love...pompuan tu minat kat sorang jek smpailah habis cerita...aku plak minat ramai orang...keh keh keh...tu yang aku rasa just attrack jek...bukan betul2 suka pun....

Aku rasa ramai jek yang sama kes macam pompuan ni kan....having crush kat skolah...sanggup buat apa jek semata2 nak tengok si dia....banyak kali try nak confess tapi tak berani....berlawa2, berhias2 semata2 nak tarik perhatian si dia...huhu

Bak kata pompuan ni di awal cerita...

"All of us have someone who is hidden in the bottom of the heart. When we think of him, we will feel like umm... always feel a little pain inside. But we still want to keep him."

Aktres ni memang la cantik...diburukkan untuk sesuaikan dengan cerita...so memang senangla dia nak dicantikkan balik untuk tunjukkan perubahan dia daripada tak cantik jadi cantik....

Macam yang aku cakap tadi, ramai jek pompuan macam Nam, bila suka kat seseorang tu, akan buat benda2 yang agak gila....hehe

Happy giler sebab crush dia tau nama dia


Curi tengok

Malu2 bila dia dekat

Tunjuk caring


Simpan barang yang berkaitan dengan dia

Curi nombor telefon then try call

Percaya pada buku yang kononnya love guide

9 Recipes of Love (for students)

First, kepercayaan Greek - guna jari untuk mengukir nama orang yang disukai pada bintang

Second, kepercayaan Mayan - fokus, pandang orang yang disukai dan suruh dia buat something, kalau dia buat, maksudnya dia tu soulmate kita la

Third, kepercayaan Scotland - curi2 bagi si dia something yang bermakna buatnya dan dia tak boleh tau siapa yang bagi supaya dia tau ada orang yang berminat padanya

The Last Method

If you want to do because of love, do it all-out with your heart. Your beloved will come to you finally...


Cerita ni bukan saja pasal cinta, juga pasal persahabatan...macam mana kawan2 dia bersusah-payah tolong dia memikat Shone....then bila dia da jadi cantik, dia semakin jauh daripada kawan2 dia....nasib la dia cepat sedar, so persahabatan dorang masih dapat diselamatkan...


Aku rasa Shone tu sweet sangat....aku cuma geram sebab dia banyak jek peluang dia nak luahkan perasaan dia pada Nam tapi still dia tak nak luahkan...yela, nak dijadikan cerita...kalau dia luahkan awal2 tak jadi cerita plak nanti...hehehe...tapi still aku rasa dia sweet...

Ambilkan air untuk Nam

Dia bergaduh dengan orang sebab Nam

Dia still simpan ais krim yang Nam bagi

Dia simpan diari pasal Nam

Dia tangkap gambar Nam senyap2

Dia tahu Nam guna buku 9 Recipes of Love, dia siap tangkap gambar buku tu

Dia cakap Nam sama jek masa sebelum make-up dan selepas make-up tapi sebenarnya dia maksudkan Nam cute as always

Dia selamatkan Nam masa Nam hampir jatuh

Dia bagi Nam epal yang dia dah gigit sikit...dia tulis nota cakap epal tu confirm takde racun

Dia memerhatikan Nam senyap2

Dia bagi dorongan pada Nam

Dia ambil air yang Nam bagi masa dia main bola sepak

Dia tanam bunga untuk bagi Nam (tapi yang bodohnya dia cakap kawan dia yang bagi)

Dia hampir confess tapi tak sempat (eeeeeee)

Dia kecewa sangat masa Top confess kat Nam


Cerita ni sangat bermakna walaupun ceritanya simple jek dan de sesetangah orang akan cakap cheesy la. menggelikan la, whatever la......yang penting heronya CUTE...hehehe

Sumber gambar: capture guna GOM Player



TRAILER




Sumber: utube



I'll be better~sayonara

2 comments:

Nurul K said...

alamak. nak tengok la!

ReDiculousLy said...

please tengok...memang best sangat...