SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Hero Kedua

Salam and good day REaDers...

Repost....post sebenar telah didelete.....

Adalah satu masa tu aku addicted pada cerita Korea....ni semua gara2 meminjam external hard disc junior aku la yang banyak giler citer Korea dalam tu...terpaksa la aku ambik untuk menonton....sambil2 tonton tu terpikirlah sesuatu....biasanya dalam cerita ada hero dan heroin....then kalau cerita cinta biasanya mesti ada cinta 3 segi, 4 segi, 5 segi dan sebagainya....so akan adalah watak lain yang akan merebut cinta hero atau heroin....aku sebagai perempuan tentulah akan lebih menumpukan perhatian pada watak hero....dan juga watak kedua yang cuba merebut cinta si heroin, juga digelar sebagai hero kedua (aku yang gelar macam tu...hehe)....

Bila dikenang2 balik, nampaknya dalam banyak cerita aku lebih tertarik kepada watak hero kedua berbanding hero pertama.....entah la....rasa dorang macam lebih hensem jek dan watak dorang pun lebih baik....


Contoh pertama....cerita He' Beautiful...dari mula aku tengok citer ni, aku tertarik pada satu watak iaitu Shin Woo...dia bukan hero...tapi dia jatuh cinta pada heroin...dianggap macam hero kedua jugakla sebab dia baik dan banyak tolong heroin tu...bukan aku tak suka kat hero dalam citer tu, Hwang Tae Kyung, cuma aku rasa Shin Woo tu lebih hensem, lebih baik, dan lebih sesuai dengan heroin tu...huhu..tapi biasala, da takdir dia bukan hero...huhu








Then, aku terfikir...bukan citer ni jek yg aku fall in love dengan hero keduanya berbanding hero sebenar...

Satu citer lagi, Boys Before Flower (de yang sebut Boys Over Flower)...citer ni asalnya citer Jepun, tapi dibuat plak versi Taiwan (Meteor Garden) dan versi Korea...aku paling suka versi Korea...sebab aku sangat suka watak Yoon Ji Hoo....yang merupakan hero kedua dalam citer ni...da la dia tu memang hensem...dalam citer ni plak watak dia cool jek...jenis yang misteri...da la kaya...pandai main violin...tu yang membuatkan heroin tu bleh jatuh cinta kat dia masa awal2 citer...huhu







Lagi satu citer adalah Princess Hours (Goong...aku suka sangat kat Lee Yul yang merupakan hero kedua dalam citer ni...Lee Yul tu suka pada heroin dalam citer tu...tapi heroin tu suka pada hero dalam citer tu, Lee Shin...kesian sangat Lee Yul tu...sepatutnya dia adalah crown prince...tp sebab bapak dia meninggal awal sebelum jadi maharaja...maka ayah Lee Shin yang jadi maharaja dan Lee Shin jadi crown prince...so, Lee Yul dengan mak dia terpaksa kuar dari istana sebab mengikut peraturan istana, putera selain crown prince tak bleh duduk dalam istana...heroin tu plak ditunangkan dengan crown prince oleh datuknya yg merupakan kawan kepada bekas maharaja...sepatutnya Lee Yul la...tapi sebab nasib malang yg menimpa, Lee Yul hilang semuanya...kesian sangat...memang mak dia jahat dalam citer ni...tapi Lee Yul yg banyak selamatkan keadaan...bagi aku, dialah hero sebenar...huhu...







Then, citer My Girl...seriously aku tak suka hero dalam citer ni...bagi aku tak hensem pun...walau ramai member2 aku cakap dia hensem...huhu....watak hero kedua dia pun tak la baik sangat...biasa2 je...cuma kelebihannya, aku rasa dia hensem...comey...hehehe...personaliti dia tak baik, tapi dia sangat baik pada heroin citer ni...Yoo Rin...dia banyak temankan Yoo Rin waktu Yoo Rin bersedih...tapi still tak dapat menambat hati Yoo Rin sebab dalam skrip tulis camtu...huhu








Sedihkan nasib hero kedua...walau sebaik mana pun dia, dia bukan watak utama...watak utama plak, kalau dia jahat pun tapi akhirnya akan dapat kesudahan yg baik gak sebab dia watak utama...hurmmm nak wat cmne....




Contoh2 yang aku bagi sumer citer Korea...al-maklumlah, sekarang ni asyik layan citer Korea jek...huhu...adios...bye bye bicycle



I'll be better~sayonara

 

Mengenang Whitney Houston




Salam and good day REaDers...

Pagi tadi aku bukak fesbuk then terbaca post sorg kawan aku ni yang tertulis "RIP Whitney Houston"......biaq betiq? RIP tu setau aku shortform untuk Rest In Peace...Rest In peace tu plak membawa maksud someone tu dah mati....

Terus aku googling taip "whitney houston died"...dan keluarlah pelbagai link sites yg tertulis "Whitney Houston dies at 48"....aku pun memilih satu sites yg tertulis cnn untuk dibukak...banyak sites tapi aku pilih cnn ni sbb cnn macam bleh percaya jek...huhu

Dalam sites tu bagitau yang Whitney dijumpai mati di sebuah Beverly Hilton yang terletak di Beverly Hills, California....punca kematian masih disiasat...polis yg bertugas tu cakap tak de kesan2 nyata yang dia dibunuh..

Whitney mati pada usianya 48 tahun....aku pun da lama tak mengikuti pasal Whitney ni sampailah aku dapat tau pasal kematian dia ni...






Apsal aku kesah pasal dia?


Masa aku skola rendah dulu, aku sangat minat Whitney Houston....aku paling suka lagu When You Believe yang mendiang duet dengan Mariah Carey...



Sumber video: utube


Sorang klasmate aku cakap muka aku cam Whitney...yela sebab aku memang gelap pun...tapi aku tak kisah dia cakap aku cmtu...sebab aku memang minat Whitney....masa aku first kenal Whiteny di kaca tv, dia berambut pendek...maybe tu salah satu sebab aku suka dia...masa kecik aku kan berambut pendek so aku akan tertarik la dengan orang berambut pendek gak....



Lagu2 dia yang aku minat masa tu..

When You Believe


Heartbreak Hotel


It's Not Right But It's OK


Whatchulookinat


I Will Always Love You



Sumber mp3: 4shared





Aku rasa dia ni berbakat besar...lagu2 dia pun best....tapi sayangnya dia terlibat dengan ketagihan dadah...tu yang membuatkan aku minat aku pada dia pudar....yela, nak harap apa pada artis terutama artis barat...mesti ada jek yang terlibat dengan benda bukan2...dadah la..alkohol la...sxx la.....so artis barat ni setakat nak minat rupa dan lagu tu bleh la...tapi nak dijadikan idola a big NO...tak sesuaiiiii



TENTANG MENDIANG

Nama penuh
Whitney Elizabeth Houston

Lahir
9 Ogos 1963
Newark, New Jersey, A.S.

Mati
11 Februari 2012 (umur 48)
Beverly Hills, California, A.S.

Pekerjaan
Penyanyi, pelakon, peragawati, penerbit filem, penerbit rakaman, penulis lagu

Tahun aktif
1977-2012



Whitney Elizabeth Houston (9 Ogos 1963 – 11 Februari 2012) ialah seorang penyanyi, pelakon, penerbit dan peragawati berbangsa Amerika Syarikat. Houston merupakan seniwati yang paling banyak meraih anugerah sepanjang zaman, menurut Guinness World Records. Antara 415 anugerah yang dimenanginya setakat tahun 2010 ialah 2 Anugerah Emmy, 6 Anugerah Grammy, 30 Anugerah Muzik Billboard dan 22 Anugerah Muzik Amerika. Houston juga merupakan salah seorang seniman muzik yang paling laris jualannya di seluruh dunia, setelah menjual lebih 170 juta album, single dan video ke serata dunia. Dengan mendapat ilham daripada penyanyi-penyanyi soul yang tersohor dalam keluarganya, termasuk ibunya Cissy Houston, sepupu-sepupu Dionne Warwick dan Dee Dee Warwick, dan walinya Aretha Franklin, Houston mula menyanyi bersama koir gospel kanak-kanak di New Jersey pada umur 11 tahun. Setelah mula membuat persembahan bersama ibunya di kelab-kelab malam sekitar Bandaraya New York, bakatnya ditemui oleh ketua label Arista Records, Clive Davis. Houston mengeluarkan tujuh album studio dan tiga album runut bunyi filem, kesemuanya meraih sijil berlian, berbilang platinum, platinum atau emas.

Houston merupakan satu-satunya seniman yang berjaya menempatkan lagu-lagunya di tangga teratas carta Billboard Hot 100 secara tujuh kali berturut-turut ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" dan "Where Do Broken Hearts Go"). Album pertama beliau pada tahun 1985, Whitney Houston, menjadi album debut yang paling laris dijual oleh seorang artis wanita ketika ia diterbitkan. Album ini dipilih sebagai album terbaik oleh majalah Rolling Stone pada tahun 1986, dan menduduki tangga 254 dalam senarai 500 Album Terhebat Sepanjang Zaman oleh majalah yang sama. Album studio keduanya, Whitney (1987), menjadi album pertama oleh seorang artis wanita untuk muncul di tangga pertama dalam carta album Billboard 200. Daya tarikan Houston yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta keterserlahan beliau di saluran muzik video MTV, mulai dengan video untu "How Will I Know", mempengaruhi ramai seniwati berketurunan Afrika-Amerika untuk mengikuti jejak langkahnya.


Houston mula-mula menceburi bidang lakonan sebagai bintang filem cetera The Bodyguard (1992). Runut bunyi asli filem tersebut memenangi anugerah Album Terbaik Grammy pada tahun 1994. Single terajunya, "I Will Always Love You", menjadi single yang paling laris dijual oleh artis wanita sepanjang sejarah muzik. Dengan album ini, Houston menjadi seniman pertama (baik solo mahupun berkumpulan, lelaki mahupun wanita) yang menjual lebih sejuta salinan sesebuah album dalam tempoh seminggu sahaja. Houston terus membintangi filem-filem serta menyumbang kepada runut-runut bunyinya, termasuk Waiting to Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996). Runut bunyi The Preacher's Wife menjadi album gospel yang paling laris dijual dalam sejarah. Tiga tahun selepas keluarnya album studio keempatnya, My Love Is Your Love (1998), Houston memperbaharui kontrak rakamannya bersama Arista Records. Beliau mengeluarkan album studio kelima, Just Whitney pada tahun 2002, dan album bertema Krismas, One Wish: The Holiday Album pada tahun 2003. Pada tahun 2009, Houston mengeluarkan album studio ketujuhnya, I Look to You.

Pada 11 Februari 2012, Houston ditemui mati Beverly Hilton Hotel, di Beverly Hills, California.


Sumber info: copy paste wiki






Sumber gambar: google images


I'll be better~sayonara


A Little Thing Called Love (2010)










Salam and good day REaDers....

Cerita ni aku download masa mula2 masuk streamyx....masa tu eager nak mendownload....tapi masa tu masih tak pandai nak cari website2 yang menawarkan free download...so bila jumpa jek website yang boleh download...aku main taram jek....saja nak test kebolehdownloadan (istilah baru) menggunakan streamyx ni....hehe...kebetulan plak download cerita Thai ni yang sebenarnya tak de langsung dalam list aku nak download....citer Thai yang aku pernah layan pun drama bersiri yang ada Jesadaporn Pholdee yg kacak tu...

Jesadaporn Pholdee

First Love (A Little Thing Called Love) (Thai: สิ่งเล็กเล็ก ที่เรียกว่า..รัก) (Sing leklek Tee reak wa... Rak), leboih dikenali sebagai Crazy Little Thing Called Love, merupakan filem komedi romantik Thai pada tahun 2010 dan juga merupakan 2011 Asian sleeper hit film dibintangi oleh Mario Maurer dan Pimchanok Luevisadpaibul.

Mario Maurer

Pimchanok Luevisadpaibul


JALAN CERITA
(spoiler) Nam tinggal bersama ibu dan adiknya. Dia secara diam-diam menyukai seniornya, Shone. Tiga orang kawan baik Nam membantunya untuk memberitahu perasaannya dengan bantuan sebuah buku bertajuk, '9 Recipes of Love'. Namun, usaha mereka sentiasa gagal kerana seorang gadis yang cantik turut menyukai Shone dan bersaing dengan Nam untuk memenangi hati Shone.

Nam terpilih untuk berlakon sebagai watak utama dalam persembahan drama sekolah, Snow White. Kawan baik Shone semasa sekolah rendah yang baru sahaja masuk ke sekolah itu menyaksikan persembahan tersebut dan jatuh cinta pada Nam yang telah pun berubah menjadi lebih cantik. Top mula mendekati Nam dan mengakui perasaannya pada Shone kemudian pada Nam. Nam tidak menjawab kerana terlalu terkejut. Apabila Top mengucup pipinya pada suatu hari, Nam mula sedar bahawa dia tiada perasaan langusng pada Top dan akhirnya berterus-terang pada Top. Top yang kecewa meluahkan pada Shone dan meminta Shone berjanji tidak akan jatuh cinta pada Nam.

Tiga tahun telah berlalu sejak permulaan cerita. Sebelum cuti tahunan, Nam meluahkan perasaannya pada Shone tetapi mendapat tahu Shone telah bersama dengan Pin. Pada malam itu, sebelum pergi ke Bangok untuk menyertai pasukan bola sepak, Shone meninggalkan diarinya di hadapan rumah Nam. Diari itu mengandungi gambar-gambar Nam dan terbongkarlah bahawa dia juga menyukai Nam tetapi tidak berkesempatan untuk meluahkannya. Nam pergi ke USA untuk melanjutkan pelajaran kerana ayahnya berjanji akan membawa Nam tinggal bersamanya jika dia mendapat kedudukan pertama di sekolah.


9 tahun kemudian, Nam telah menjadi pereka fesyen yang terkenal dan Shone pula merubah kariernya daripada pemain bola sepak kepada jurugambar. Nam dan Shone disatukan dalam satu rancangan TV.

Sumber info: wiki

Sumber gambar: google images


RED

Aku bersyukur sangat sebab terdownload cerita ni....memang best dan berbaloi ditonton...ceritanya simple jek tapi sweet sangat...walaupun aku dah beyond remaja tapi still rasa terpanggil untuk terharu tengok cerita ni...hehe...mungkin gak aku rasa deja wu...rasa ironi....

Cerita ni pasal sorang high school girl yang dalam kategori tak popular ada crush pada seniornya yang dalam kategori popular....pompuan tu sedar diri dia tu cmne so dia hanya memandang dari jauh jek sehinggalah kawan2 dia dapat mengesan perasaannya...doranglah yang menolong dan memberi semangat kepadanya untuk try confess....

Kenapa aku rasa deja wu...ironi??? Sebab aku pun sama macam pompuan tu gak...kategori tak popular masa skolah dulu...ada crush...tengok dari jauh jek sebab tak brani confess... de kawan2 yang selalu bagi semangat....hahaha....rasa klaka jek bila fikir balik....tapi aku tak de la macam pompuan tu....aku memang tak berani nak confess plus aku rasa stakat cinta monyet jek...bukan betul2 true love...pompuan tu minat kat sorang jek smpailah habis cerita...aku plak minat ramai orang...keh keh keh...tu yang aku rasa just attrack jek...bukan betul2 suka pun....

Aku rasa ramai jek yang sama kes macam pompuan ni kan....having crush kat skolah...sanggup buat apa jek semata2 nak tengok si dia....banyak kali try nak confess tapi tak berani....berlawa2, berhias2 semata2 nak tarik perhatian si dia...huhu

Bak kata pompuan ni di awal cerita...

"All of us have someone who is hidden in the bottom of the heart. When we think of him, we will feel like umm... always feel a little pain inside. But we still want to keep him."

Aktres ni memang la cantik...diburukkan untuk sesuaikan dengan cerita...so memang senangla dia nak dicantikkan balik untuk tunjukkan perubahan dia daripada tak cantik jadi cantik....

Macam yang aku cakap tadi, ramai jek pompuan macam Nam, bila suka kat seseorang tu, akan buat benda2 yang agak gila....hehe

Happy giler sebab crush dia tau nama dia


Curi tengok

Malu2 bila dia dekat

Tunjuk caring


Simpan barang yang berkaitan dengan dia

Curi nombor telefon then try call

Percaya pada buku yang kononnya love guide

9 Recipes of Love (for students)

First, kepercayaan Greek - guna jari untuk mengukir nama orang yang disukai pada bintang

Second, kepercayaan Mayan - fokus, pandang orang yang disukai dan suruh dia buat something, kalau dia buat, maksudnya dia tu soulmate kita la

Third, kepercayaan Scotland - curi2 bagi si dia something yang bermakna buatnya dan dia tak boleh tau siapa yang bagi supaya dia tau ada orang yang berminat padanya

The Last Method

If you want to do because of love, do it all-out with your heart. Your beloved will come to you finally...


Cerita ni bukan saja pasal cinta, juga pasal persahabatan...macam mana kawan2 dia bersusah-payah tolong dia memikat Shone....then bila dia da jadi cantik, dia semakin jauh daripada kawan2 dia....nasib la dia cepat sedar, so persahabatan dorang masih dapat diselamatkan...


Aku rasa Shone tu sweet sangat....aku cuma geram sebab dia banyak jek peluang dia nak luahkan perasaan dia pada Nam tapi still dia tak nak luahkan...yela, nak dijadikan cerita...kalau dia luahkan awal2 tak jadi cerita plak nanti...hehehe...tapi still aku rasa dia sweet...

Ambilkan air untuk Nam

Dia bergaduh dengan orang sebab Nam

Dia still simpan ais krim yang Nam bagi

Dia simpan diari pasal Nam

Dia tangkap gambar Nam senyap2

Dia tahu Nam guna buku 9 Recipes of Love, dia siap tangkap gambar buku tu

Dia cakap Nam sama jek masa sebelum make-up dan selepas make-up tapi sebenarnya dia maksudkan Nam cute as always

Dia selamatkan Nam masa Nam hampir jatuh

Dia bagi Nam epal yang dia dah gigit sikit...dia tulis nota cakap epal tu confirm takde racun

Dia memerhatikan Nam senyap2

Dia bagi dorongan pada Nam

Dia ambil air yang Nam bagi masa dia main bola sepak

Dia tanam bunga untuk bagi Nam (tapi yang bodohnya dia cakap kawan dia yang bagi)

Dia hampir confess tapi tak sempat (eeeeeee)

Dia kecewa sangat masa Top confess kat Nam


Cerita ni sangat bermakna walaupun ceritanya simple jek dan de sesetangah orang akan cakap cheesy la. menggelikan la, whatever la......yang penting heronya CUTE...hehehe

Sumber gambar: capture guna GOM Player



TRAILER




Sumber: utube



I'll be better~sayonara