SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Mimpi


Salam and good day REaDers...
Aku ni jarang sebenarnya nak ingat mimpi....(day-dreaming je yang aku ingat)....tapi ada la dua tiga mimpi yang aku berjaya ingat bila dah terjaga dari alam mimpi tu....termasuklah mimpi aku malam tadi...yang tak bestnya, mimpi bergenre sedih...dan ada la sedikit dramatik...mungkin pengaruh drama2 dan jugak story2 yang aku pernah baca...huhu

Kebiasaannya dalam mimpi aku, tak kisah la watak apa dan siapapun, akan terselit gak aku...tetiba jek watak tu boleh bertukar menjadi aku atau lebih senang cakap aku la yang bertukar menjadi watak tu...adoii pening aku nak explain...

Kisahnya tentang perempuan yang suaminya terjatuh hati pada perempuan lain...suaminya masih sayang sebenarnya pada isterinya tapi sebab dah tersangkut kat perempuan tu maka hatinya berbelah bagi...kalau tak silap aku, perempuan lagi satu tu macam main kotor gak la...mungkin ada unsur2 bomoh di situ (pengaruh cerita Tentang Dhia ni...hehe)

Sebenarnya mula2 watak perempuan tu adalahs eseorang yang aku pun tak pasti siapa...kemudian tetiba aku pulak yang jadi watak tu...then kelogikan akal geniusku menolak watak tu sebab aku ni kan belum kahwin....so kalau aku pegang watak tu, siapa nak pegang watak suami??? Then tetiba pulak pemegang watak tu adalah seorang yang aku kenal dan barulah watak suami boleh muncul sebab orang yang aku kenal tu ada suami...secara automatiklah suaminya pegang watak suami tu...

Untuk lebih dramatis dan gramatis...ada pulak watak anak yang masih kecil (dan di dunia realiti memang mereka ada anak kecil)....so bayangkanlah suami tu meninggalkan isteri dan anak kecilnya...tidakkah melankolik di situ??? Tapi aku ni jenis tak suka sad ending...sebab ni mimpi aku, maka ceritanya tak de la berakhir dengan kesedihan...si suami tu tetap memilih untuk bersama isteri dan anak kecil mereka...

Kiranya mandrum perempuan tu tak menjadilah tu...dikalahkan oleh CINTA suami isteri tu tadi...aku kagum sebenarnya watak isteri tu...sabar je....walaupun ditinggalkan suami, dia tak de la meratap, meraung, meroyan dan sebagainya...dia redha, pasrah..life must go on gitu...dan akhirnya dia mendapat kesudahan yang baik..

Mungkin sebab kagum dengan watak tu la kot aku pun menyebuk nak mainkan watak tu gak dan akhirnya rejected sebab tak ada suami...kwang kwang kwang

Gila la punya mimpi...boleh wat drama bersiri ni, tak pun buat filem jek...conform meletup mengalahkan Ombak Rindu...hihihi

Jangan salah faham ya, aku ni bukannya taksub pada mimpi....al-maklumlah, nak ingat mimpi pun susah so selalunya aku tak berapa mengendahkan tentang mimpi ni...tapi da alang2 teringat pulak mimpi malam tadi, tu yang terus tulis kat sini supaya boleh baca balik di kemudian hari dan gelak gulling2...

Sebut pasal taksub ni, adalah sorang kawan aku ni ala2 taksub dengan mimpi...bukanlah taksub tahap gaban dan mengarut tu...aku saja je hiperbola sebut taksub...dia ni jenis kuat bermimpi dan selalu ingat pulak mimpi2nya tu...dan memang selalu mimpi2 dia tu advance...lebih dramatis daripada mimpi aku...hihihi...macam mana aku tau??? Bukannya aku ada dalam mimpi dia pun...kalau dia ada mimpikan aku pun aku bukannya boleh berada dalam mimpi dia secara realnya sebab aku pun sibuk dengan mimpi sendiri...dan taka da Doraemon di sini untuk pinjamkan aku Tangga Mimpi yang boleh masuk mimpi orang lain (memang ada alat tu ek..tak caya, pegi baca komik atau tengok anime Doraemon)...dan kawan aku ni memang peminat Doraemon...fyi la...

Beliau ni memang selalu cerita pasal mimpinya...dan selalu gak la aku terpaksa menjadi pendengar sebab aku pernah beroommate dengannya...tapi menjadi seorang pelupa seperti aku, tentulah aku dah lupa apa mimipi2nya....cuma de satu kekal dalam ingatan aku sebab aku rasa mimpi beliau tu unik sangat....(dulu aku pernah sebut unik tu u-nik...sepatutnya sebutannya yunik...siap kena scold dengan kawan2 aku termasuk la si pemimpi ni...hehe)

OK, sambung cerita walaupun tak mula pun lagi cerita pasal mimpi beliau ni...ceritanya macam ni...seperti yang diceritakan oleh beliau la...beliau menjaga Nabi Muhammad S.A.W. yang sedang sakit...dan ada syaitan yang mengintai dari luar tingkap...tapi tak boleh masuk sebab ada Nabi Muhammad S.A.W. dalam tu....(masa aku taip ni da lewat malam..serius seram)

Hurmmm macam mana dia tau yang tu Nabi Muhammad S.A.W.??? Biasanya memang dalam mimpi kita, secara automatik kita akan tau watak2 dalam mimpi tu kan??? Well, for me macam tu la...tak tau la orang lain...

Well, sebab mimpi dia tu la, aku kagum dengan beliau...aku pernah terbaca kot dalam satu buku pasal agama...susah nak mimpikan Nabi...bukan semua orang boleh...yang terpilih je...tu yang aku rasa kawan aku ni terpilih...tahniah Zam!....cuba la melawat ke blog beliau...aku rasa ada beberapa mimpi beliau yang dikongsikan dalam tu..


Ramai orang cakap mimpi tu permainan tido....terutama tido petang...(nasib aku jarang tido petang)....tapi ada gak tafsir mimpi...dalam Islam pun ada percaya pada mimpi terutama mimpi Nabi Muhammad S.A.W.....kat bawah ni aku paste kan tentang mimpi Nabi Muhammad S.A.W...tak ingat la dapat daripada mana...sebab biasanya kalau aku jumpa apa2 yang best aku terus save kan ke laptop aku....hurmmm

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang daripada umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Mimpi Rasulullah ini membawa maksud yang mendalam kepada kita sebagai umatnya....bsebagai manusia, kita tak terlepas daripada melakukan dosa...maka amalan2 kita lah yang dapat menyelamatkan kita daripada siksaan atas dosa yang kita lakukan...adios bye bye bicycle



I'll be better~sayonara

No comments: