SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

Despicable Me (2010)



Salam and good day REaDers...


Entry repost sebab dah terdelete yang lama....aku suka citer ni so aku nak review citer ni ada dalam blog aku...;)



Despicable Me adalah filem animasi-komputer berbentuk 3D yang dihasilkan oleh Universal Studios dan Illumination Entertainment. Filem ini mula ditayangkan pada 9 Julai 2010 di United State dengan kejayaan dari segi kritikan dan kewangan. Filem ini dibintangi oleh Steve Carell, Jason Segel, Russell Brand, Julie Andrews, Will Arnett, Kristen Wiig, dan Miranda Cosgrove. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sangat keji bernama Gru bercadang menggunakan 3 orang anak yatim dalam rancangan jahatnya, tetapi akhirnya anak-anak yatim itu mengubahnya menjadi seorang lelaki yang baik.


PLOT
Kisah bermula apabila sekumpulan pelancong yang menaiki bas tiba di Piramid Giza di Mesir, seorang budak yang hiper-aktif bernama Justin secara tidak sengaja terjatuh di atas Piramid dan mendapati piramid itu adalah belon getah yang disamarkan menjadi Piramid dan Piramid asal telah dicuri. Perkara ini menjadi berita gempar dan menjadi tanda tanya penduduk di seluruh dunia.
Di tengah-tengah sebuah bandaraya, terdapat sebuah rumah berwarna hitam dengan halaman yang tidak terjaga. Tanpa pengetahuan penduduk sekitar, di bahagian bawah rumah itu, tersimpan satu rahsia besar di mana, Gru (Steve Carell) dan askar-askarnya yang merupakan makhluk kecil berbentuk pil, berwarna kuning, memakai kaca mata, baju luar, dan berperwatakan seperti manusia. Apabila Gru mendapati piramid telah dicuri, dia merasa tercabar dan berhasrat mahu mencipta sejarah dunia dengan mencuri bulan. Gru cuba mendapatkan pinjaman daripada bank tempatan bernama Bank of Evil di mana dia menemui Vector (Jason Segel), dan mendapati bahawa Vectorlah yang telah mencuri piramid. Mr. Perkins (Will Arnett), pengerusi bank tersebut, enggan memberi pinjaman kepada Gru sehingga Gru berjaya mendapatkan pistol pengecil. Sebaik sahaja Gru keluar daripada bilik pengerusi bank tersebut, dengan marahnya dia menembak kepala Vector menggunakan pistol membeku ketika Vector sedang sibuk mengisi pistol piranha.

Gru dan pengikutnya mencuri pistol pengecil daripada makmal rahsia di Asia Timur, tetapi Vector berjaya merampasnya daripada Gru untuk membalas dendam kepada Gru kerana membekukan kepalanya; Gru melakukan pelbagai cubaan untuk merampas semula pistol tersebut tetapi tidak berjaya kerana dia sukar untuk memasuki kawasan kediaman Vector. Selepas melihat tiga anak yatim bernama Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier), dan Agnes (Elsie Fisher) memasuki kediaman Vector untuk menjual biskut, Grumengambil mereka sebagai anak angkat untuk mencuri semula pistol pengecil. Vector telah memesan biskut dalam kuantiti yang banyak, dan Gru dan pembantunya, Doctor Nefario (Russell Brand), mencipta beberapa robot berbentuk biskut untuk diletakkan di dalam kotak biskut. Robot biskut itu direka khas untuk membantu mencuri pistol pengecil daripada Vector. Cubaan itu hampir gagal apabila robot biskut itu secara tidak sengaja mengurung Gru dan pengikutnya di dalam rumah Vector, tetapi Gru dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri menerusi pintu utama.


Hubungan Gru dengan ketiga-tiga anak angkatnya mula baik apabila mereka pergi ke taman hiburan, "Funland". Gru mempersembahkan rancangannya kepada Mr. Perkins dan terkejut apabila Mr. Perkin masih enggan memberikannya pinjaman. Perkins memberitahu Vector (sebenarnya adalah anaknya Victor, yang menukar namanya sempena istilah matematik) bahawa Gru memiliki pistol pengecil. Gru bercadang melupakan rancangannya kerana kurang modal, namun anak-anak angkatnya dan pengikut-pengikutnya mengumpul duit masing-masing untuk menyokong Gru meneruskan rancangannya. Nefario mula merasakan ketiga-tiga gadis tersebut menyebabkan Gru hilang tumpuan terhadap rancangannya, telah menghantar semula mereka ke rumah anak yatim, dan mengecewakan Gru.


Rancangan jahat Gru jatuh pada hari yang sama persembahan balet ketiga-tiga anak gadis itu. Gru mengecilkan bulan, menyimpannya di dalam poket, dan segera pulang ke bumi, tetapi dia terlepas persembahan tersebut. Dia menjumpai nota daripada Vector yang telah menculik anak-anak gadisnya, dan memesan Gru membawa bulan yang telah dicurinya ke rumah Vector. Selepas memaksa Gru menyerahkan bulan tersebut, Vector tetap tidak memulangkan gadis-gadis itu, tetapi membawa mereka terbang ke udara melalui ruang melepaskan diri di kediamannya. Gru mengejar Vector setelah pistol pengecil hilang kesannya (yang mana Dr. Nefario menggelarnya "Prinsip Nefario," lebih besar jisim sesuatu objek sebelum dikecilkan, lebih cepat objek tersebut pulih ke saiz asalnya), menyebabkan bulan semakin membesar dan membuka sangkar yang mengurungkan gadis-gadis yang diculik Vector. Gru menyelamatkan mereka dengan bantuan pengikutnya, sementara itu bulan yang semakin membesar menyebabkan Vector hilang kawalan dan kapalnya membawa bulan balik ke orbitnya.







WATAK-PERWATAKAN

Steve Carell sebagai Gru, sebelum ini merupakan orang paling keji di dunia. Dia mengambil 3 orang gadis sebagai anak angkat untuk mencuri pistol pengecil tetapi kemudian mula menyayangi gadis-gadis itu dan menjadi ayah mereka yang sebenar.
Jason Segel sebagai Vector (Victor Perkins), orang paling keji yang baru mengalahkan Gru. Dia memiliki senjata yang menggunakan hidupan laut sebagai peluru.
Russell Brand sebagai Dr. Nefario, rakan Gru yang merupakan seorang saintis. Terdapat klu yang dia adalah ayah kepada Gru tetapi Gru hanya menyatakan dia sebagai "kawan baik".
Julie Andrews sebagai ibu Gru.
Will Arnett sebagai Mr. Perkins, pengerusi bank yang sangat teruk dan merupakan ayah kepada Vector.
Kristen Wiig sevagai Miss Hattie, penjaga di rumah anak yatim "House of Girls". Dia tidak menyukai kerjanya dan bersikap kejam terhadap penghuni-penghuni rumah tersebut.
Miranda Cosgrove sebagai Margo, gadis yang paling tua itu di antara anak-anak angkat Gru. Dia tidak begitu percaya pada Gru pada mulanya.
Dana Gaier sebagai Edith, gadis yang kedua tua. Dia menyukai benda yang hebat dan memakai topi berwarna merah jambu. Dia adalah satu-satunya yang merasakan senjata ciptaan Gru dan Vector sangat hebat.
Elsie Fisher sebagai Agnes, gadis paling muda. Dai menyukai unicorn dan menyukai Gru sejak mula-mula lagi.
Pierre Coffin sebagai Tim / Bob / Mark / Phil / Stuart, lima daripada pengikut-pengikut Gru.
Chis Renaud sebagai Dave, satu daripada pengikut Gru.
Ken Jeong sebagai pengacara rancangan tv.
Danny R. McBride sebagai Fred McDade, jiran sebelah rumah Gru.
Jack McBraver sebagai ayah Justin yang melancong ke Mesir / penjaga gerai di karnival
Mindy Kaling sebagai ibu Justin.
Jemaine Clement sebagai Jerry, satu daripada pengikut Gru.
Rob Huebel sebagai wartawan dan pemberita tv.
Ken Daurio sebagai pengawal piramid.
Philip Mathew sebagai pengawal kedua piramid dan Philip Mathew yang sangat keji. Suara-suara tambahan sebagai pengikut-pengikut Gru.
Sumber info: wiki
Sumber gambar: google images









ReD's REVIEW





Aku tengok cerita ni dalam versi 3D....tak semua tempat ada.....tiket RM18......sebenarnya harga tiket tu RM13 je....RM5 tu mungkin sewa spec 3D kot......permulaan cerita ni boring sikit.......aku siap tertido2 lagi........tapi lepas tu makin best......makhluk kecil pengikut Gru tu comel sangat.....memang terhibur dengan telatah dorang.......Versi 3D pun best.....macam real je........terutama scene roller coaster.....rasa macam aku sendiri yang naik........cerita yang aku tengok tak de sari kata....tapi boleh faham gak la apa yang dorang cakap.....cara Gru cakap ala-ala Perancis sikit....lagipun tak banyak percakapan dalam ni....lagi banyak aksi.........bagi aku cerita ni ok la........aku bagi 3.5 daripada 5 bintang......... adios bye bye bicycle



OFFICIAL TRAILER



Sumber: utube



I'll be better~sayonara

No comments: