SeARCH for MoRe

Words and hearts should be handled with care for words when spoken and hearts when broken are the hardest things to repair!

NaKaMa

I Was A Boy


Salam and good day REaDers...

Masa aku tahun 6, aku pernah mengikuti Kem Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)....program ni dah tak ada dah sekarang rasanya...tak ada pun budak sekolah aku yang pegi....hurmmm...sebenarnya selalunya tahun 5 yang akan pegi kem PINTAR ni tapi tahun 1999 tu feng shui tahun 6 lebih baik agaknya, maka terpilihlah 10 orang daripada tahun 6 (tahun 6 sekolah aku ada 40 orang je), 5 lelaki dan 5 perempuan, aku adalah salah seorang daripada murid perempuan tersebut...harap maklum...

Flashback sedikit.....aku ni masa sekolah rendah memang kurang bertudung kecuali kat sekolah...tu pun kluar jek pintu pagar skolah terus tanggal tudung letak dalam raga basikal dan teruslah merempit balik rumah...masa aku tahun 1 hingga tahun 3 aku memang tak bertudung...tahun 4 aku mula bertudung pun sebab dilantik jadi pengawas sekolah...masa tu pengawas sekolah pakai baju putih sama macam students lain tapi tudung jek warna biru...tu yang kena pakai untuk membezakan aku dengan non prefects....kadang2 kat skola Arab (skola agama) pun aku lupa pakai tudung....sebelum balik slalunya de solat Asar, bleh plak aku solat tanpa memakai tudung...zaman Jahiliyah masa tu...ustaz dan uztazah pun beristighfar dalam hati jek gamaknya...hehe

Ok back to the story....di Kem PINTAR yang diadakan di Ulu Kinta, Perak tu mula2nya aku bertudung, sama macam kawan2 perempuan yang lain...tapi aku ternampaklah de sorang dua minah yang tidak bertudung...maka berbisiklah syaitan kat telinga aku suh tanggal tudung gak so masa tu iman memang kurang so terus la tanggal tudung dan tak pakai2 pun semasa menjalankan aktiviti2 di sana...kat kem tu dapat baju dan topi..topi tu wajib kena pakai so aku pakailah topi tu je...rasa best jek masa tu sbb aku perasan aku macho la...dengan rambut pendeknya dan pakai topi...

Satu hari tu masa baru balik dari mendaki bukit, berjalan balik dalam barisan ikut kumpulan...ketua kumpulan aku kt belakang aku...tetibe dia cakap kat aku..."Eh, ingat lelaki tadi!"....FYI, aku agak berkenan dengan ketua kumpulan aku tu sebab aku rasa dia agak kacak walaupun hidung dia besar sket (hihihi)...tapi bleh plak masa dia cakap macam tu aku rasa bangga....bangga dianggap lelaki...pelik kan? tapi benar...

Masa zaman gonjeng, aku sangat suka dianggap sebagai lelaki...aku berpakaian dan berperwatakan macam lelaki...kasar, ganaz...cuma aku tak pernah mencarut (hasil didikan mak aku)...malah masuk skola menengah baru start cakap "aku" untuk membahasakan diri...sebelum tu aku bahasakan diri nama aku (segan plak bila pikir balik)....

Aku rasa ni semua kena salahkan mak aku la...yela, lepas dapat kakak aku, mestilah beliau mengharapkan anak kedua beliau adalah lelaki...tapi takdir menentukan segalanya....terkeluarlah aku seorang perempuan....i used to think aku ni lelaki yg terperangkap dalam tubuh perempuan (macam abang2 lembut slalu pikir pasal diri dorang)...

Tapi Alhamdulillah aku tak tersasar jauh...faktornya?? kawan2....aku mana de kawan sangat dengan lelaki...yang ada pun budak2 kelas aku....tu pun kawan biasa2 jek...bukan BFF la...aku banyak kawan dengan perempuan sbb serasi sket jiwa kitorg....kawan lelaki hanya dibuat kawan gaduh je...huhu...

Tapi masa tu aku pun tak nak jadi lelaki...kenapa? aku takut nak bersunat...kehkehkeh....

Semakin besar aku semakin matang...bila masuk skola menengah aku mmg berkawan dengan perempuan sahaja...so makin lama makin feminin la....cuma perangai jek masih kasar...bad habit die hard....

Dulu aku pernah cakap aku takkan pakai make-up...sekarang bleh plak berhabis nak beli make-up...ish ish ish

Walaupun aku sekarang feminin tapi masih ada ciri2 kejantanan....aku suka berambut pendek (masa kecik mak aku asyik paksa potong rambut sbb takut kutu...satu hari tu beliau sogok aku dgn sport shoes...sejak tu aku suka rambut pendek sampai skrang walaupun beliau dah tak belikan kasut sukan tuk aku tapi aku malas nak jaga rambut...)

Aku juga menyimpan ekor pada rambut aku...tak bleh tunjuk gambar sebab aurat tu...alasan aku simpan ekor adalah aku taknak berambut panjang tapi aku nak tengok sampai mana rambut aku bleh panjang...susah gak de ekor ni...asyik tertonjol keluar dari tudung jek...maybe aku akan potong suatu hari nanti bila aku dah rimas sangat...sebelum ni dua kali aku pernah potong; skali sebelum masuk skola teknik...sebab masuk asrama, so takut la de cikgu check nanti...then bila da bese duk asrama aku start simpan balik..aku potong sebelum masuk maktab...aku de simpan lagi ekor tu untuk kenangan...huhu

Aku suka lagu2 rock dan hip-hop....pasal muzik ni tak bleh dipertikaikan sbb aku ni universal sket....semua lagu yang aku rasa best aku dengar jek...lagu dangdut nasyid pun aku layan tau..dalam playlist aku turut juga memuatkan lagu Chinese, taiwanese, Hindi, Japanese, Korean, Italian, Latin, lagu2 P. Ramlee Sudirman dan lagu2 oldies English....aku ni tak bias...kalo rasa lagu tu best aku dengar jek...cuma lagu rock tu lebih sket la sebab aku ni kipas-susah-mati A7X dan Linkin Park...(lagu2 Evanescence dan Limp Bizkit pun aku suka)

Aku suka pakai seluar....kat rumah aku pakai short...aku tak suka pakai kain batik....cuma lately aku da blaja pakai skirt....hurmmm ada peningkatan nampaknya...huhu

Aku suka benda2 streetwear...baju...wallet....belt....bag...shoes....cuma harganya mahal sangat....tapi still masa kat JB dulu aku siap de kad diskaun salah satu streetwear shop kat sana...huhu

Sejak kecik sampai sekarang aku suka baca komik...bukan shounen manga ek tapi komik Dragon Ball...penyiasat Remaja...Conan....dan aku suka tengok anime...One Piece adalah feveret aku...;)

Aku suka gadget2...berbanding kawan2 aku, aku tau la seba sedikit pasal komputer (tak de la tau banyak tapi aku pernah la format laptop aku sendiri)

Walaupun perwatakan aku macam jantan...tapi berkawan dengan perempuan jek...Alhamdulillah setakat ni aku masih terhindar daripada fitnah pengkid, lesbian dan sebagainya....(walaupun aku minat jek kumpulan t.A.T.u.)...tak tau la kalo de je orang mengata belakang aku....huhu....maybe aku gay la kot...sebab perwatakan macam lelaki tapi minat lelaki...aku drooling je tengok

Akanishi Jin


Bae Yong Jun


Jang Woo Young (2P.M.)


Kwon Sang Woo


Kim Jeong Hoon


Kim jae Wok


Kim Hyun Joong


Chow Yuen Fatt (masa muda)


Daniel Wu


Edison Chen



Donnie Yen


Louis Koo


Nicky Wu


Jimmy Lin


Toro


Jay Chou


Wu Zhun


Wang Lee Hom


Tony Leung Chiu Wai


Takuya Kimura


Takashi Sorimachi


Chad Michael Murray


Jason Behr


Brendan Fehr


Synyster Gates


(sekadar menyebut beberapa nama...ramai lagi kot)


OK kesimpulannya, people change....aku tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku pada diri aku...sejak dulu sampai sekarang...aku bangga pernah berlagak macam lelaki...dan aku bangga semakin berubah ke arah diri aku yang sebenar...seorang PEREMPUAN!!!


Sumber gambar: google images


I'll be better~sayonara


I am The Wheel of Fortune




You are The Wheel of Fortune


Good fortune and happiness but sometimes a species of
intoxication with success

The Wheel of Fortune is all about big things, luck, change, fortune. Almost always good fortune. You are lucky in all things that you do and happy with the things that come to you. Be careful that success does not go to your head however. Sometimes luck can change.

What Tarot Card are You?
Take the Test to Find Out.

Sumber: flarn




Yay...aku suka luck and good fortune....aku harap dorang sentiasa dengan aku...AMIN

Dulu aku pernah buat kuzi ni dapat kad Dragon....kali ni dapat kad lain plak...bukan bleh percaya benda ni...JUST FOR FUN....huhu



I'll be better~sayonara

Celebrity Morph






Salam  and good day REaDers...



MyHeritage: Celebrity Morph - Geneology - Ancestory


Sumber: myheritage

Hahaha...muka macam Kirsten Dust dou...layak la kiranya kalau aku nk berlakon citer Spiderman...hihihihi.. adios, bye bye bicycle


I'll be better~sayonara

My Celebrity Look-alikes




Salam and good day REaDers... 



Sumber: myheritage



Hahaha...muka aku de mcm Kurt Cobain 53%...tak bleh blah...hohoho

Tapi best la de muka iras2 Kirsten Dust dan Avril Lavigne...hehehe, adios, bye bye bicycle



I'll be better~sayonara



Fire Rabbit

FIRE RABBIT Horoscope
Feb 2, 1927 to Jan 22, 1928
Jan 29, 1987 to Feb 16, 1988

Rabbit people love to play under the moonlight. Quite fanciful, they respond to the power and beauty of nature and are always being pulled one way and the other to examine what they find. They are the luckiest of all twelve signs! But, it's more a result of "the harder I work, the luckier I get" than taking crazy chances. They are cautious, conservative, bright, and have a good head for business. Supremely pleasant to have around, these affectionate, naturally shy peacemakers seldom ever lose their temper. They sometimes appear to be singing the blues because of a natural but short-lived tendency towards despondency. Rabbits always inspire deep admiration and trust. Ginger Soup and Ginger Noodles are among the keys to good health!!

The Fire Rabbits stand out from the crowd of other Rabbits. You might expect Rabbits to be passive, quiet, and loners. Not so, the Fire Rabbits. These extroverts are leaders of the pack! Fire Rabbits intuitively sense the right way to bring out the best in themselves and other people. They are brave creatures, thirsty for life. Others eagerly follow them because of the promise of adventure and great fun, and they are never disappointed. Visionary explorers, Fire Rabbits inspire others to see beyond the surface. Unlike other Rabbits, Fire Rabbits have the potential to be truly rich. Enormously capable and hardworking, Fire Rabbits can achieve great things others cannot match. Captains in charge of their lives, they experience smooth sailing in their careers. The multifaceted Fire Rabbits experience great versatility in their lives. Their interests can range from Agatha Christie to bungee jumping, from caviar to enchiladas, from snowskiing to Scrabble. Speaking of Scrabble, spell Love: L-O-V-E is very kind to Fire Rabbits. Excellent lovers, they rapturously charm their partners with cozy fireplaces, affectionate hugs, and, most of all, undying support and loyalty.


Famous RABBIT people:


Hu Shih
Ahli falsafah China, penulis, dan diplomat


Hu Yao-Bang
Pemimpin People's Republic of China


Kim Young Sam
Ahli politik dan aktivis demokrat Korea Selatan

Sally Ride
Ahli fizik Amerika, bekas angkasawan NASA, dan wanita pertama dan yang rakyat Amerika termuda yang pergi ke angkasa



Leonardo Di Caprio
Pelakon dan produser filem Amerika


Frank Sinatra
Penyanyi dan pelakon filem Amerika


Bob Hope
Pelawak dan pelakon Amerika berbangsa British


Arturo Toscanini
Pemuzik dan konduktor Itali



Leontyne Price
Penyanyi soprano Amerika


Clare Boothe Luce
Penulis drama, editor, jurnalis, duta,, ahli sosial, dan ahli kongres Amerika


Tiger Woods
Pemain golf profesional Amerika


Sumber: tuvy
Sumber gambar: google images


ReD
Fire Rabbits have the potential to be truly rich
Ayat paling aku suka...hahahaha...harap2 will come true....and i'm excellent lover..mind you...hehehe....tapi sayangnya tak ada lover untuk membuktikannya...ramai Fire Rabbiters yang hebat2...tak tau la aku boleh jadi macam dorang ke tak...aku ni biasa2 jek...huhu



I'll be better~sayonara

Despicable Me (2010)



Salam and good day REaDers...


Entry repost sebab dah terdelete yang lama....aku suka citer ni so aku nak review citer ni ada dalam blog aku...;)



Despicable Me adalah filem animasi-komputer berbentuk 3D yang dihasilkan oleh Universal Studios dan Illumination Entertainment. Filem ini mula ditayangkan pada 9 Julai 2010 di United State dengan kejayaan dari segi kritikan dan kewangan. Filem ini dibintangi oleh Steve Carell, Jason Segel, Russell Brand, Julie Andrews, Will Arnett, Kristen Wiig, dan Miranda Cosgrove. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sangat keji bernama Gru bercadang menggunakan 3 orang anak yatim dalam rancangan jahatnya, tetapi akhirnya anak-anak yatim itu mengubahnya menjadi seorang lelaki yang baik.


PLOT
Kisah bermula apabila sekumpulan pelancong yang menaiki bas tiba di Piramid Giza di Mesir, seorang budak yang hiper-aktif bernama Justin secara tidak sengaja terjatuh di atas Piramid dan mendapati piramid itu adalah belon getah yang disamarkan menjadi Piramid dan Piramid asal telah dicuri. Perkara ini menjadi berita gempar dan menjadi tanda tanya penduduk di seluruh dunia.
Di tengah-tengah sebuah bandaraya, terdapat sebuah rumah berwarna hitam dengan halaman yang tidak terjaga. Tanpa pengetahuan penduduk sekitar, di bahagian bawah rumah itu, tersimpan satu rahsia besar di mana, Gru (Steve Carell) dan askar-askarnya yang merupakan makhluk kecil berbentuk pil, berwarna kuning, memakai kaca mata, baju luar, dan berperwatakan seperti manusia. Apabila Gru mendapati piramid telah dicuri, dia merasa tercabar dan berhasrat mahu mencipta sejarah dunia dengan mencuri bulan. Gru cuba mendapatkan pinjaman daripada bank tempatan bernama Bank of Evil di mana dia menemui Vector (Jason Segel), dan mendapati bahawa Vectorlah yang telah mencuri piramid. Mr. Perkins (Will Arnett), pengerusi bank tersebut, enggan memberi pinjaman kepada Gru sehingga Gru berjaya mendapatkan pistol pengecil. Sebaik sahaja Gru keluar daripada bilik pengerusi bank tersebut, dengan marahnya dia menembak kepala Vector menggunakan pistol membeku ketika Vector sedang sibuk mengisi pistol piranha.

Gru dan pengikutnya mencuri pistol pengecil daripada makmal rahsia di Asia Timur, tetapi Vector berjaya merampasnya daripada Gru untuk membalas dendam kepada Gru kerana membekukan kepalanya; Gru melakukan pelbagai cubaan untuk merampas semula pistol tersebut tetapi tidak berjaya kerana dia sukar untuk memasuki kawasan kediaman Vector. Selepas melihat tiga anak yatim bernama Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier), dan Agnes (Elsie Fisher) memasuki kediaman Vector untuk menjual biskut, Grumengambil mereka sebagai anak angkat untuk mencuri semula pistol pengecil. Vector telah memesan biskut dalam kuantiti yang banyak, dan Gru dan pembantunya, Doctor Nefario (Russell Brand), mencipta beberapa robot berbentuk biskut untuk diletakkan di dalam kotak biskut. Robot biskut itu direka khas untuk membantu mencuri pistol pengecil daripada Vector. Cubaan itu hampir gagal apabila robot biskut itu secara tidak sengaja mengurung Gru dan pengikutnya di dalam rumah Vector, tetapi Gru dan pengikutnya berjaya menyelamatkan diri menerusi pintu utama.


Hubungan Gru dengan ketiga-tiga anak angkatnya mula baik apabila mereka pergi ke taman hiburan, "Funland". Gru mempersembahkan rancangannya kepada Mr. Perkins dan terkejut apabila Mr. Perkin masih enggan memberikannya pinjaman. Perkins memberitahu Vector (sebenarnya adalah anaknya Victor, yang menukar namanya sempena istilah matematik) bahawa Gru memiliki pistol pengecil. Gru bercadang melupakan rancangannya kerana kurang modal, namun anak-anak angkatnya dan pengikut-pengikutnya mengumpul duit masing-masing untuk menyokong Gru meneruskan rancangannya. Nefario mula merasakan ketiga-tiga gadis tersebut menyebabkan Gru hilang tumpuan terhadap rancangannya, telah menghantar semula mereka ke rumah anak yatim, dan mengecewakan Gru.


Rancangan jahat Gru jatuh pada hari yang sama persembahan balet ketiga-tiga anak gadis itu. Gru mengecilkan bulan, menyimpannya di dalam poket, dan segera pulang ke bumi, tetapi dia terlepas persembahan tersebut. Dia menjumpai nota daripada Vector yang telah menculik anak-anak gadisnya, dan memesan Gru membawa bulan yang telah dicurinya ke rumah Vector. Selepas memaksa Gru menyerahkan bulan tersebut, Vector tetap tidak memulangkan gadis-gadis itu, tetapi membawa mereka terbang ke udara melalui ruang melepaskan diri di kediamannya. Gru mengejar Vector setelah pistol pengecil hilang kesannya (yang mana Dr. Nefario menggelarnya "Prinsip Nefario," lebih besar jisim sesuatu objek sebelum dikecilkan, lebih cepat objek tersebut pulih ke saiz asalnya), menyebabkan bulan semakin membesar dan membuka sangkar yang mengurungkan gadis-gadis yang diculik Vector. Gru menyelamatkan mereka dengan bantuan pengikutnya, sementara itu bulan yang semakin membesar menyebabkan Vector hilang kawalan dan kapalnya membawa bulan balik ke orbitnya.







WATAK-PERWATAKAN

Steve Carell sebagai Gru, sebelum ini merupakan orang paling keji di dunia. Dia mengambil 3 orang gadis sebagai anak angkat untuk mencuri pistol pengecil tetapi kemudian mula menyayangi gadis-gadis itu dan menjadi ayah mereka yang sebenar.
Jason Segel sebagai Vector (Victor Perkins), orang paling keji yang baru mengalahkan Gru. Dia memiliki senjata yang menggunakan hidupan laut sebagai peluru.
Russell Brand sebagai Dr. Nefario, rakan Gru yang merupakan seorang saintis. Terdapat klu yang dia adalah ayah kepada Gru tetapi Gru hanya menyatakan dia sebagai "kawan baik".
Julie Andrews sebagai ibu Gru.
Will Arnett sebagai Mr. Perkins, pengerusi bank yang sangat teruk dan merupakan ayah kepada Vector.
Kristen Wiig sevagai Miss Hattie, penjaga di rumah anak yatim "House of Girls". Dia tidak menyukai kerjanya dan bersikap kejam terhadap penghuni-penghuni rumah tersebut.
Miranda Cosgrove sebagai Margo, gadis yang paling tua itu di antara anak-anak angkat Gru. Dia tidak begitu percaya pada Gru pada mulanya.
Dana Gaier sebagai Edith, gadis yang kedua tua. Dia menyukai benda yang hebat dan memakai topi berwarna merah jambu. Dia adalah satu-satunya yang merasakan senjata ciptaan Gru dan Vector sangat hebat.
Elsie Fisher sebagai Agnes, gadis paling muda. Dai menyukai unicorn dan menyukai Gru sejak mula-mula lagi.
Pierre Coffin sebagai Tim / Bob / Mark / Phil / Stuart, lima daripada pengikut-pengikut Gru.
Chis Renaud sebagai Dave, satu daripada pengikut Gru.
Ken Jeong sebagai pengacara rancangan tv.
Danny R. McBride sebagai Fred McDade, jiran sebelah rumah Gru.
Jack McBraver sebagai ayah Justin yang melancong ke Mesir / penjaga gerai di karnival
Mindy Kaling sebagai ibu Justin.
Jemaine Clement sebagai Jerry, satu daripada pengikut Gru.
Rob Huebel sebagai wartawan dan pemberita tv.
Ken Daurio sebagai pengawal piramid.
Philip Mathew sebagai pengawal kedua piramid dan Philip Mathew yang sangat keji. Suara-suara tambahan sebagai pengikut-pengikut Gru.
Sumber info: wiki
Sumber gambar: google images









ReD's REVIEW





Aku tengok cerita ni dalam versi 3D....tak semua tempat ada.....tiket RM18......sebenarnya harga tiket tu RM13 je....RM5 tu mungkin sewa spec 3D kot......permulaan cerita ni boring sikit.......aku siap tertido2 lagi........tapi lepas tu makin best......makhluk kecil pengikut Gru tu comel sangat.....memang terhibur dengan telatah dorang.......Versi 3D pun best.....macam real je........terutama scene roller coaster.....rasa macam aku sendiri yang naik........cerita yang aku tengok tak de sari kata....tapi boleh faham gak la apa yang dorang cakap.....cara Gru cakap ala-ala Perancis sikit....lagipun tak banyak percakapan dalam ni....lagi banyak aksi.........bagi aku cerita ni ok la........aku bagi 3.5 daripada 5 bintang......... adios bye bye bicycle



OFFICIAL TRAILER



Sumber: utube



I'll be better~sayonara